Thursday, March 2, 2017

DARAH

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Awal pagi ketika bangun, saya sedikit pening. Mungkin tekanan darah tak stabil, fikir hati memujuk. Ketika mandi, ludahan kahak pula bercampur darah. Saya tak berasa sakit pun. 

           Pelik. Tak pernah berlaku pun keadaan ini sebelumnya. Saya sedikit bimbang, dan mula berfikir yang bukan-bukan. Mungkin ada penyakit berbahaya? Atau ada luka di trakea? Bermacam persoalan timbul. Lebih jauh lagi, saya mula memikirkan adakah itu tanda awal bahawa saya sudah disenaraipendekkan ke...

      Selepas mandi dan solat subuh, kahak bercampur darah semakin kurang. Hati kembali berbunga mengenangkan pada tarikh yang sama 16 tahun lalu, putera ketiga kami Atif Faizi dilahirkan.  

          Tambah seronok, dalam group whatapps Bravo, YDP PIBG Tuan Yuzry turut berfoto dengan Faizi pagi ini.

Atif Faizi bersama YDP PIBG MTD berswafoto pada hari lahir ke-16

Kisah darah awal pagi tadi semakin saya pendamkan di hati.

5 comments:

  1. Jaga kesihatan cikgu baik-baik . Saya doakan cikgu supaya cepat sembuh dan dapat jauhi daripada penyakit yang berbahaya . Patutlah semalam saya nampak cikgu seperti sedikit tidak bermaya di hadapan kelas saya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nabila, memang cikgu tak sihat seminggu ni

      Delete
    2. Sama-sama, cikgu. Kalau tak sihat,kenapa tak ambil MC selama cikgu sakit? Mana tahu nanti sakit tu lagi teruk daripada yang cikgu sangkakan.

      Delete
    3. Dah pergi klinik, rupanya BP naik sebab tak rehat. Sekarang dah stabil dan keadaan dah normal. Syukur. TQ

      Delete
  2. Alhamdulillah kalau takde apa-apa. Risau bebenar saya.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan