Wednesday, May 3, 2017

JMFR 2017: Berjaya Tamatkan Kayuhan 110 km

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Usai program penutup MYIPO bersama Menteri KPDNKK, Dato' Seri Hamzah Zainuddin di SMK Sungai Bayor pada Sabtu 29 April, saya terus memecut menuju ke Teluk Batik, untuk mengambil 'goodies' JMFR 2017.

Seperti mana sebelumnya, JMFR 2017 adalah program kayuhan santai berbasikal menjelajah daerah Manjung, yang dianjurkan oleh Kelab Kilat TNB Janamanjung Teluk Rubiah sejak 10 tahun lalu. Tidak seperti selalu, kali ke-10 ini bermula di Teluk Batik, Lumut. Hero saya, Afif Wajdiy menyertainya buat kali kedua. Kali ini saya berpesan kepadanya agar mengikut kayuhan peloton hadapan. 
"Kamu jangan ikut baba, sebab kayuhan baba agak perlahan.." pesan saya kepadanya. Saya tahu kemampuannya. Pasti dia boleh berkayuh lebih laju daripada saya kerana tenaga mudanya kuat. Lagipun dia lebih banyak berlatih berbanding saya, yang semakin sibuk dengan tugas baharu.

Pada keesokannya, 30 April 2017, kami solat subuh di Masjid Rahmaniyah Lekir, sebelum terus bergerak menuju tempat permulaan. 

Kayuhan bermula 7.30 pagi, dengan dirasmikan oleh Datuk Syamsul Ahmad, pengurus besar TNBJ. Seramai 1012 orang peserta menyertai kayuhan, kurang sedikit daripada edisi tahun 2016. 
Bergaya sebelum memulakan kayuhan 110 km

Kami berkayuh menaiki Bukit Teluk Batik dan terus menuju ke Pantai Remis, melalui Jambatan Bainun. Stesen pertama hentian kami di Kg Permatang Acheh, selepas kayuhan sejauh 47 km. 
Saya dan bekas pelajar, Janggut @ Hafizuddin

Selepas itu, kami berkayuh lagi hingga ke hentian kedua di Kg. Tengah, Beruas. Saya teruskan kayuhan sehingga kaki kekejangan di laluan Sungai Wangi-Sitiawan. Mujur juga ada marshall yang membantu menyembur ubat anti-kejang, dan akhirnya saya sampai juga di kaki bukit Teluk Batik. Di situ, sekali lagi saya diserang kekejangan dan terpaksa menolak GIANT TCR ke puncak, sebelum turun dengan laju hingga ke garisan penamat, tepat jam 1.05 petang. 
Jumpa lagi dalam JMFR 2018

Ketika sampai di sana, Wajdiy sudah pun lebih awal tiba, dalam kelompok 50 orang pelumba peloton hadapan. 

Tahniah Wajdiy. kamu memang kuat! 

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Tahniah cikgu terutamanya anak cikgu!
    Tahun depan cikgu pasti boleh!

    ReplyDelete
  3. Kayuh untuk kesihatan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu, cikgu. Buat benda dengan tujuan baik-baik.
      Camne sekolah baru cikgu?

      Delete
    2. Alhamdulillah, sekolah baru pun menyeronokkan, dengan cabaran baru, suasana baru, hidup perlu diteruskan Nabila

      Delete
  4. hahaha janggut.... hahaha lejen nama tu..hihihu

    ReplyDelete
  5. Best laa bkayoh dgn ayahanda pengetua hihu...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan