Tuesday, December 30, 2008

Hari Transisi Aqil Di SKL

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Aqil Najmi, anak keempatku, sudahpun memasuki tahun 1 pada sesi persekolahan 2009. Hari ini, dia mengikuti program transisi di SKL. Program transisi ialah hari untuk memberi pendedahan kepada murid tahun 1, supaya mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Ucapan guru besar, cikgu Zulkyply banyak menjelaskan akan kepentingan menjaga keselamatan anak-anak dan peraturan sekolah secara umu.

Syukurlah, Aqil sudah boleh membaca sebelum masuk tahun 1. Sebenarnya, keadaan masa kini menuntut ibu bapa lebih berusaha untuk mengajar anak-anak membaca dan mengira sebelum masuk ke tahun 1. Bukan seperti zaman aku dulu, masuk tahun 1 baru nak kenal ABC.. Kalau di tahun 1 baru nak belajar mengeja, pasti anak-anak berkenaan ketinggalan.

Ramai ibu bapa yang hadir memberi sokongan, dan kebanyakan bapa yang kutemui memang nampak prihatin dengan apa yang dinyatakan guru besar.

Guru besar memaklumkan, dalam keadaan hari ini, KPM banyak memberi keutamaan untuk membantu keluarga miskin, seperti Rancangan Makanan Tambahan, Tabung Pelajar Miskin dan seumpamanya. Segalanya bergantung kepada butiran yang terkandung dalam borang maklumat yang perlu diisi oleh ibu bapa.

Mungkin Pokli, Pak Din (Mountdweller), dan blogger lain yang anaknya sudah besar, tidak perlu lagi bersusah payah menguruskan anak-anak di sekolah rendah. Jadi, inilah masa sibuk aku pada awal tahun ini.

Kesimpulannya, program transisi yang berjalan lancar telah mengurangkan masalah untuk murid tahun 1 menyesuaikan diri.

14 comments:

  1. Selamat Pagi Yop Brahim : Seronok budak2 sekarang. Mak Ayah semuanya prihatin...itulah apa yg disaksikan.

    kalau bagus tahun 6 ukurannya berapa A kamu dapat.....
    kalau bagus tahun 1 ukurannya ...dah boleh baca ABC.

    Semua macam tu. Ada kawan2 kat sini riso benor anak dia tak tahu ABC...dah malu benor gamaknya...

    Itu cerita hari ni yop.zaman kita dulu.masuk darjah 1 baru nak kenal....

    ReplyDelete
  2. saya rasa tak puas hati jugak. anak akak saya kat kl pun dah pandai baca sebelum 6 tahun. anak cikgu pun begitu.

    tak puas hati sbb akak saya hantar anak dia masuk smart reader. tapi mcmana anak2 kat kg2 yang xde smat reader, yg mak bapak x mampu, yg mampu tapi xde peluang sbb jauh, yg mcm2 lagi...

    takde ke jalan penyelesaian dari kerajaan.dengar cerita pra sekolah pun pilih2 pelajar2 jugak betul ke?

    ReplyDelete
  3. Tak ada anak kecil, ada anak yang besar, susah juga, nak hantar anak masuk kolej semula, terkejar kesana dan kemari. Sentiasa sibuk dengan anak-anak.

    ReplyDelete
  4. tak sabar azza nak g skolah 2hb ni..pendaftaran budak2 tahun 1..sure macam2 gelagat leh tgk..hehee

    ReplyDelete
  5. Saya hanya pandai membaca ketika darjah empat! Tapi sekarang alhamdulillah...saya jadi penagih buku tegar.

    ReplyDelete
  6. takut dengan silabus sekolah zaman sekarang.... mengerikan, horrible :(

    ReplyDelete
  7. Buat semua sahabat blogger, terima kasih sudi meninggalkan coretan.

    Andainya dalam seminggu dua ini, seolah-olah blog ini seumpama jarang terusik, ia disebabkan kesibukan saya. Maaf sekali lagi. Saya hargai kunjungan anda ke sini.

    ReplyDelete
  8. Bro Jinggo,

    Hakikatnya, zaman dah berubah. Samalah dengan keupayaan menggunakan ICT. Dulu heboh tak tau membaca dikata buta huruf.

    Tapi la ni, kalu buta ICT, tertinggey kite. hehehehe.

    Tak gitu?

    ReplyDelete
  9. Razor,

    Persekitaran memainkan peranan. Pernah main polisentri, galah panjang dan jengket-jengket?

    Budak sekarang tak pastilah saya, tau atau tidak permainan tradisional ni.

    Budak bandar biasanya advance dengan computer games, tapi kalau budak kampung, setakat buat sommersault di tebing sungai, takde masalah.. tengok pacat lintah pun tak geli.

    Itulah kelebihan budak di kampung-kampung..

    ReplyDelete
  10. Pokli,

    Marah ke saya masuk nama dalam entry? Harapnya tidaklah.

    Anak kecil, lain ragamnya. Dah remaja, dan besar, lagi lain ragam dam karenahnya.

    Iyalah, saya sekarang ni terkejar-kejar dengan sekolahnya, kelas ngajinya, kegitan kokurikulumnya.

    Pokli dan Pakdin, masalah lain lah pulak. Nak jenguk anak yang jauh di mata, bimbangkan keselamatannya, dengan siapa dia berkawan,.. huh, saya akan menempuh suasana tu 10 tahun lagi, Insya Allah..

    ReplyDelete
  11. Azza,

    Selamat kembali bertugas.

    Memang pasti sibuk terutama awal tahun.

    Tanggungjawab, harus diutamakan.

    ReplyDelete
  12. Saudaraku Rozlan,

    Teringat tentang seorang tokoh saintis moden yang terkenal dengan teori e=mc, Albert Eistein.

    Asalnya budak yang tidak bijak di peringkat awal sekolah, tapi akhirnya jadi manusia yang diiktiraf hebat.

    Moralnya ialah, jangan mudah label anak-anak kita, sebab kebijaksanaan mereka bertambah ikut umur.

    Macam tuanlah juga, biarpun darjah 4 baru boleh membaca, kini dah jadi ulat buku...

    Hmm, manusia memang makhluk yang hebat, kan?

    ReplyDelete
  13. Maksu,

    Zaman kita sekolah, dengan zaman sekarang dah berbeza sangat.

    Silibus ikut zaman, kalau tak berubah, kita gagal melahirkan modal insan yang sesuai dengan zaman ini.

    Matematik tahun 5 pun boleh memeningkan kepala saya..

    ReplyDelete
  14. Salam bertemu kembali, minta maaf dah lama tak singgah..

    Selamat memulakan alam persekolahan yg baru untuk adik2 semua.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...