Thursday, April 30, 2009

Diugut Bapa Samseng

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Ketika berada di kelas kelas, satu panggilan masuk diterima. Tertera di skrin adalah nama seorang lelaki (aku sebut sebagai M) yang memang aku kenal perwatakan samsengnya.

Dia marah-marah, dan akulah yang jadi tempat dia meluahkan perasaan tidak puas hatinya.

"Cikgu guru disiplin ka?" tanyanya dengan nada keras di hujung talian.

"Semua cikgu adalah guru disiplin, tapi ketuanya bukan saya," kataku menyusun ayat.

"Tolong bagitau cikgu disiplin, saya nak balik gelang anak saya yang dia rampas!"

Aku memaklumkan prosedur rampasan barang. Kataku, pelajar tak boleh bawa hiasan, termasuk gelang. Agak panjang juga penjelasanku, tapi dia masih tak puas hati.

"Saya baru balik dari KL, pecahkan kepala orang. Jangan sampai saya pergi sekolah, ada lagi kepala cikgu sekolah tu yang kena pecah pulak!" katanya marah.

"En. M, negara ada undang-undang. Sekolah pun ada undang-undang. Datanglah, tuntut daripada kami secara baik. Saya rasa kami pun tak nak simpan gelang tu." Aku memujuknya.

"Betul, kita ada undang-undang. Cikgu tau tak, saya sibuk, tak ada masa! Saya boleh datang ke sekolah, dengan anak buah saya 12 orang. Tapi kalau saya datang, adalah cikgu yang pecah kepala. Sekarang, cikgu cakap pada cikgu disiplin, pulangkan balik gelang anak saya tu!" Dia mengugut.

Bimbang dengan ugutannya, aku memaklumkan kepada pihak atasan. Cikgu Amri (Ketua Guru Disiplin) sudah kumaklumkan.

Aku maklumkan juga kepada En. Mat Jamal, pekerja PRA yang kebetulan memang mengenali M. Sekurang-kurangnya, tidaklah aku simpan dalam hati.

"Huh, tak usahlah cikgu bimbang, bukan betul sangat otaknya. Kalau dia datang, biar saya yang uruskan." Kata Mat Jamal, yang juga orang tempatan. Daripada Mat Jamal juga, banyak kutahu tentang M.

M, seorang anggota PEKIDA, memang panas baran orangnya. Pernah kudengar kisah dia terminum racun rumput masa remaja, nyaris mati ketika itu. Orang-orang kampung juga kenal dengan perwatakan samsengnya. Ibu sendiri pun pernah dipukulnya. Dia juga pernah masuk penjara dan kahwin cerai entah kali ke berapa, aku pun tak pasti. Umurnya menjangkau lima puluh, tapi perangainya sejak muda tidak berubah.

Aku termenung seketika. Mudah benar orang seperti M bertindak mengikut perasaan. Kekadang sedih juga dengan sikap masyarakat sebegini. Mudah membuat tindakan yang membuta tuli, akhirnya merugikan diri serta masyarakat.


10 comments:

  1. Hmm..ada juga yang peras ugut cikgu cikgu macam ni ye?
    Jenis apakah manusia yang sebegini..

    Semoga hatinya diberi Hidayah Allah..
    Manalah tahu kan..
    Di penghujung nyawanya..Diakhir akhir umur..
    Kita tak tahu..

    Berahim Nyok,
    Take care..
    orang macam ni kita tak leh jangka..Kut dibuatnya sungguh nanti, naya pulak kita.

    ReplyDelete
  2. Keselamatan cikgu-cikgu zaman sekarang semakin terancam..Kalau di kampung2 diserang dengan parang dan golok.. Di bandar2 pulak, diserang dengan surat saman..Kenapa ada ibubapa yang tidak bersikap terbuka..di sekolah cikgu mendidik anak-anak kita menjadi manusia..kak tirana rasa tidak ada salahnya..

    ReplyDelete
  3. Salam sdr. Brahim.

    Minggu ni agaknya minggu cerita samseng kot? Orang macam ni tunggu saja, betul tak dia berani!

    Perkara lebih kurang begini juga berlaku pada saya semasa umur 20'an. Sepupu saya dibalun oleh 3 orang Cina dengan tongkat. Bila tak terdaya melawan dia berlari pulang dan beritahu saya. Kebetulan masa itu saya baru selesai solat asar. Saya tukar kain dan pakai seluar pendek dan berlari mengikut sepupu saya ke lokasi dia dipukul.

    Tiba di situ Cina 3 ekor tu masih ada. Tanpa berkata apa-apa saya meluru dan bantai ketiga-tiga Cina tu sekali dan selepas kena beberapa biji penangan saya mereka lari masuk ke sebuah rumah Melayu berhampiran. Saya kejar sampai ke tangga rumah Melayu itu.

    Tiba di situ saya minta tuan rumah halau Cina tu keluar atau saya akan ke dalam rumah. Tuan rumah tidak berani nak halau, jadi saya masuk ke dalam dan tibai lagi beberapa biji. Barulah mereka berlari keluar dan melarikan diri.

    Petang itu juga pada jam hampir 5.30 petang, sedang saya minum di kedai kopi berhampiran rumah, datang 2 manusia Melayu rasanya berumur lebih tua dari saya. 2 Melayu ini terkenal di Kota Bharu sebagai kaki pukul dan memang ada nama gelaran. Mereka menanyakan siapa Din. Saya bangun saya kata sayalah Din. "kenapa" saya tanya. Salah seorang dari mereka bertanya "Kenapa sedap-sedap jer pukul orang?" Saya soal balik "Kenapa, Cina tu sepupu awakkah?, saya pukul Cina tu sebab mereka bantai sepupu saya sehingga bengkak bengkil. Kalau Cina tu sepupu awak, jum kita ke luar kedai nih".

    Saya bangun sambil berkata " Kalau aku kalah, aku puas hati sebab tolong sepupu aku dan aku tidak terjejas apa-apa, orang-orang Kota Bharu tidak ramai kenal aku. Tapi kalau kamu berdua aku kalahkan mana kamu nak letak muka?. Seluruh Kota Bharu kenal kamu orang gedebe, kaki pukul. Kota Bharu akan gempar. Nama aku akan naik!"

    Mereka terdiam dan tidak berganjak dari dalam kedai. Tengok mereka tidak berganjak, saya masuk balik dan berkata lagi "Kalau kamu tak nak keluar, jom kita minum. Aku belanja". Jadi kami pun minum kopi bersama dan akhirnya mereka menjadi rapat dengan saya. Rupanya mereka diupah oleh Cina tu untuk pukul saya dengan beberapa ratus ringgit!

    Maafkan saya sdr. Brahim. Cerita ni panjang sikit. Buat macam blog sendiri pula.

    ReplyDelete
  4. yop

    beredau darah teman membaca...
    itu penyakit tu..
    penyakit tak reti nak marah bertempat........

    kalau teman ditempat itu pun - apa pilihan kita.
    suruh dia buat sekolah sendiri.
    dan buat undang2 sendiri...

    sebab teman yakin
    pada dsiplin dan peraturan......

    yang sebut PEKIDA tu - no komen......

    ReplyDelete
  5. en.nyior,

    harap en.nyior terima ini sebagai pengalaman yg tak semua cikgu punyainya...

    asal masalahnya hanyalah pada gelang..kenapa mesti dipanjangkan sampai tibai menibai...saya jadi bingung dgn TAHAP pemikiran bangsa kita sendiri...terang-terangan salah tapi masih berani menunjukkan sifat 'konon-konon aku lah terhebat' pada tempat yang salah...apa kes ni??

    kenapa tidak CUBA untuk berfikir sedikit ke hadapan pun jadi la....jgn la sandarkan pekida sebagai tiket untuk membangga-bangga diri...ingatlah, Allah itu lagi berbilion kali kuasanya...

    p/s: kalaulah bapaknya dah perangai macam ni...anaknya nanti tak tau la berapa kali lagi "hebat" dari bapaknya...memang sangat kurang ajar!!!

    ReplyDelete
  6. Ashley,

    Manusia ni macam-macam perangai. Yang saya ceritakan ni adalah sebahagian daripada kisah manusia yang 'tidak betah' berurusan dengan manusia lain. Makaseh atas ingatan.

    Kak Tirana,

    Makaseh sudi jenguk. Saya harap pehni takde dah kes begitu.

    Kak perasan tak, Azza (Azza Irah) yang dah lama saya tak dengo habo. Selalu jugak saya singgah di blognya, tapi kekadang tak update. Dah tukar address kot?

    Pak Din,

    Saya tertarik dengan keberanian Pakdin menguruskan Cina 3 ekor tu. Pada saya, Pakdin memang berani. Saya belum tentu lagi nak melawan.

    Pakdin, memang ada jenis Melayu yang makan Melayu. Jenis ni, banyak boleh di'beli' dengan wang ringgit.

    p/s: Masa belasah Cina tu, ada guna kapok kecik? Hehehehe..

    ReplyDelete
  7. Bang Jinggo,

    Memang berderau saya semasa 'diugut' nak pecah kepala. Tapi kata kawan saya, Mat jamal, si M hanya samseng taik minyak.. Cuma, saya berhati-hati sekarang ni. Saya yakin, kalau saya di pihak yang betul, tiada apa nak digusarkan.

    ReplyDelete
  8. NRU72,

    Memang susah berdepan dengan orang sebegini, tapi pengalaman melaluinya menjadikan kita matang.

    Amacam Savvy, ari tu nampak parking kat Bakau D' Muara, hang makan solo ka?

    ReplyDelete
  9. Salam Sdr. Brahim.

    Lawan dengan tangan kosong saja sdr. Brahim. Kalau guna kapok kecik, agaknya ke "Dalam" saya.

    ReplyDelete
  10. En nyior,

    bakau d' muara tu kedai panel after school muehehe...aku solo je...maklumla...takde sape nak temankan kite ni...hmmm.....mendalam sungguh maksud tu kan din???:)

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...