Monday, May 4, 2009

Azan dan Kematian

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Tidak ramai daripada kita suka berbicara soal mati. Hakikatnya, 5 tahun lalu, aku masih punya mak dan ayah, kini semuanya tinggal kenangan. 10 tahun lalu, 20 tahun lalu, 30 tahun lalu, hidup bersama orang-orang yang kini sudah ke alam baqa' pernah kulalui.

Itulah hakikat hidup. Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Siapa yang boleh menjamin hidupnya pada hari esok? Ironinya, celik mata, aku selalu fikirkan apa yang nak dibuat hari ini. Cukup susah untuk kita mengucapkan syukur kerana masih diberi peluang untuk hidup.

Kita selalu melihat orang sakit, sama ada yang uzur ringan, mahupun yang nazak dan hampir mati. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, apakah mustahil untuk Allah kelukan lidahnya ketika nazak?

Tidakkah kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba ? Ketika itu, kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." (Sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut, dengan izinNya telah menjanjikan syurga untuk mereka.)

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

Jadikanlah doa ini sebagai panduan menghadapi kematian yang entah bila-bila menjengah:
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ."semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

Cuba fikirkan,

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak.

Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya

(Disesuaikan daripada satu artikel dalam Halaqah untuk renungan bersama)

6 comments:

  1. Kita renung yang terjadi di sekitar kita. Ambillah sebagai iktibar dan pengajaran. Mudah-mudahan kehidupan kita diberkati dan kematian kita dirahmati. Amin.

    ReplyDelete
  2. tima kasih utk nukilan ini :)

    ReplyDelete
  3. Salam sdr. Brahim.

    Semua yang saudara nukilkan tu betul.

    Terima kasih di atas peringatan. Kita adalah makhluk yang berotak tetapi lemah! Lemah apa? Muhasabahlah diri.

    ReplyDelete
  4. Semoga peringatan ini untuk kita bersama sama mempraktiskannya!
    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, kau berilah rahmat kepada rakan-rakan bloggerku.

    Buat semua rakan:

    Pokli, Maksu, Pakdin, Ashley dan semua yang menyinggah di sini, hargailah persahabatan yang kita miliki..

    ReplyDelete
  6. din,

    bagi aku la, zaman skarang teknologi terlalu canggih sampai dunia dah terasa macam cepat berputar...tup tap tup tap dah 24 jam berlalu...nak nyampai ke sebulan, kejap je..

    dek kerana teknologi semakin canggih, manusia, memang tak pernah bersyukur dgn apa yg dah ada.mula la mencari peluang2 baru sampaikan terlepas pperkara2 fardhu kerana masa yg dianggap tak mencukupi..termasuklah 'terlepas' dari mempelajari ilmu2 fardhu..

    teringat pula 1 kisah,

    seorang hamba mencabar Allah di depan hamba2 yg lain..
    "kalau Allah benar2 wujud, matikan aku sekarang juga!!!" sampai la 10 minit menunggu, si hamba ni masih tak mati..lalu dia pun beredar dgn rasa bangga yg Allah itu benar2 tak wujud...konon2 benarlah sangkaannya itu di hadapan hamba2 Muslim yg lain..
    sesampainya di rumah, dia terus ke bilik air untuk mandi..si hamba ni kemudian meniggal dalam bilik air kerana terjatuh dalam bilik air tu..

    moral yg aku pelajari dari cerita seorang ustaz ni : Allah akan biarkan (berikan) sedikit masa utk hamba2 Nya bertaubat, kembali semula ke pangkal jalan yg benar..kenapa Dia tidak mematikan hamba tadi on the spot?? sebab, kalau la time tu jugak hamba ni mati, nescaya la semua orang akan takut yg amat sgt..jadi, ibadat kita bukan atas dasar ikhlas, tapi atas dasar takut..kerana Allah menyayangi perbuatan hamba2 Nya yang IKHLAS...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan