Thursday, May 14, 2009

Spaghetti dan Pizza

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Spaghetti ialah makanan tradisi dari Itali. Ia memang sedap dan dianggap makanan mewah oleh kalangan rakyat Malaysia.

Namun spaghetti sauce ada pelbagai jenis. Ada yang traditional, cheesy, onion with mushroom dan chunky. Versi chunky bukan datang dari Italy. Itu ditemui oleh Howard Moskowitz - individu yang bertanggungjawab kepada idea:

‘There is no best Pepsi, there are best Pepsis’

‘There is no best mustard, there are best mustards’

Idea Howard menyebabkan beliau berusaha untuk hadir dengan idea baru dalam perusahaan makanan dan ini melonjakkan jualan Prego, salah satu jenama bagi produk sos spaghetti. Kejayaan Howard ada kaitan dengan paradigma atau cara berfikirnya dalam memahami manusia. Manusia bukan hanya akan membeli Pepsi terbaik dengan kadar kemanisan 10%, tetapi manusia akan membeli Pepsi-Pepsi terbaik. Maksudnya? Tidak ada satu jawapan untuk menjawab ‘Pepsi terbaik’. Lain manusia, lain citarasa, maka lain pula ‘Pepsi terbaiknya’.

Mengapa perlu pilih terbaik? Bagi industri makanan, ia ada kaitan dengan ‘jualan’ dan menggembirakan pelanggan. Begitulah juga dengan pizza. Itu pun sinonim sebagai makanan Itali. Agaknya, apa sahaja makanan luar, yang unik sifatnya, akan dianggap makanan mewah. Capati bagaimana? Ia pun makanan luar juga. Setidak-tidaknya, ia dari Asia Tengah.

Saya biasa membeli pizza Zan's, yang diusahakan secara francais kecil-kecilan. Di daerah saya, ada gerai Zan's Pizza di sebuah pasar raya. Harganya berpatutan jika dibandingkan dengan pizza yang dikeluarkan oleh restoran makanan segera ala Amerika. Rasanya lazat. Jika tidak, masakan anak-anak saya menggemarinya. Lebih penting lagi, ia adalah produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Amat membuka selera.

Seorang rakan saya, Ustaz Faisal namanya, turut mengusahakan produk pizza secara kecil-kecilan. Asalnya, untuk anak-anaknya. Apabila ada rakan yang menempah, maka tersebarlah kemampuannya membuat pizza. Dengan kemampuan yang terhad, pizza beliau dikeluarkan secara terhad juga.

Sebenarnya, industri makanan memberi pulangan lumayan. Tak kira daripada mana asalnya, jika ia dapat disesuaikan dengan tekak masyarakat Malaysia, pasti ia boleh menarik minat pelanggan.


4 comments:

  1. Salam cikgu,

    Saya seakan mangli menjamah spaghetti. Di sini ia menjadi makanan utama selepas roti dan nasi. :)

    http://www.faridrashidi.com

    ReplyDelete
  2. Farid, lama juga kita tak bertanya khabo. Saya pun sibuk kebelakangan ni.

    Jaga diri. Makaseh singgah.

    ReplyDelete
  3. Roti, pizza dan spahetti adalah makanan orang orang Arab juga. Orang Arab yang MENEMUI Keju..

    GANDUM adalah pilihan utama Bangsa Arab...berbanding ASIA TIMUR.

    Kita memilih BERAS.

    Mak arab rajin membuat roti Pizza!Roti sandwich. Roti pitta. Roti Kebbab.
    Mereka juga suka makan Lasagna, Spaghetti, macaroni dan segala yang berkaitan dengannya.

    so ianya bukanlah berasal dari ROM/Italy..cuma mungkin dipopularkan sahaja..
    ...harap maklum.

    ReplyDelete
  4. sudah berkira-kira nak buat spaggeti.. beberapa hari ini.. tapi teringin pula nak buat laksa sebab nak tanam semula daun kesum yang dah meninggi tuh ;)

    Di sini pizza pun buat sendiri jek.. sebab hampir mudah mendapatkan semua bahan dengan harga yang murah.. dimalaysia saya rajin buat spagetty sendiri.. jrg sgt saya makan diluar.. ;)

    walau apa pun.. makanan tradisi juga jadi idaman .. nasi ambang.. teringat2 lama tak makan ;)

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan