Saturday, June 27, 2009

Allah Penentu Segalanya..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

2. Kemalangan

Saya memakai tali pinggang keledar ketika kereta bergesel dengan sebuah Triton yang masuk ke laluan saya ketika ia membuat pusingan U. Saya selamat.

Adakah kerana saya bernasib baik?

Tidak, sebenarnya Allah menentukan saya selamat. Syukur ketika itu saya bertali pinggang keledar. Hanya kaki bengkak sedikit, tapi tiada kecederaan atau pun patah. Tetapi pengalaman ditabrak sebegitu menakutkan juga. Andainya Allah memutuskan nyawa saya sampai setakat itu, saya pasrah.


2. Kematian MJ

"Semoga Allah sentiasa merahmati rohmu, Michael," demikian doa Jermaine Jackson selepas mengumumkan kematian adiknya, Michael Jackson kepada media semalam, ketika spekulasi bertiup hebat mengenai punca kematian Raja Pop itu.

Jermaine atau Muhammad Abdul-Aziz Jackson yang memeluk Islam 20 tahun lalu dan sentiasa memberi penerangan kepada adiknya mengenai agama itu, merayu kepada media agar tidak mengganggu keluarganya.

Penyanyi kontroversi berusia 50 tahun itu mengalami jantung terhenti ketika di rumah tengah hari kelmarin dan doktor peribadinya cuba menyedarkannya tetapi gagal, kata Jermaine.

MJ mempunyai jumlah peminat yang bukan sedikit. Saya juga meminati lagu-lagunya ketika zaman remaja dahulu. Pernah dikhabarkan MJ membeli satu alat berbentuk vakum kalis bunyi bertujuan melewatkan kematiannya. Sayangnya dia gagal. Begitu juga pelakon Charlie's Angels yang seksi pada zaman mudanya, Farrah Fawcett. Pelakon itu juga tidak dapat lari daripada kematian.

Pelbagai spekulasi timbul berkaitan kematian MJ. Yang pasti, Izrail, malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa manusia tidak pernah leka dan alpa. Dia juga tidak hirau akan status dan kehebatan makhluk Allah.

Begitulah janji Allah, penentu segalanya.


4 comments:

  1. Salam Tuan.

    Innalillahi wainnailaihi rajiun..

    Bila tiba masanya kembalilah kita kepada Allah yang Maha Kekal

    ReplyDelete
  2. takziah kat hang.....


    aku tak minat MJ.... huhuhu

    ReplyDelete
  3. salam... saudara sorang je ke lam kete? ahli2 lain selamat?

    ReplyDelete
  4. Cikgu ein.. rehat2kan minda dan badan.. ambil masa untuk kembalikan semangat ;)

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...