Monday, June 29, 2009

Bagai Quran Buruk...

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

"Cepatlah!" herdik seorang lelaki lingkungan 40-an kepada seorang tua.

Ketika itu, aku ingin mengisi minyak di stesen Mobil. Seorang lelaki tua, yang kukira usianya menjangkau lebih 80 tahun sedang bertinggung di pintu masuk tandas stesen minyak tersebut.

Mungkin juga agak 'nyanyuk', menyebabkan orang tua itu bertinggung seolah minta dipujuk untuk masuk ke kereta. Stesen minyak ketika itu agak sibuk dengan pengunjung. Jadi, drama pendek itu amat menarik perhatian sebahagian besarnya, termasuk aku.

Barangkali, yang meninggi suara itu adalah anaknya, sebab rupanya seakan-akan orang tua tersebut.

"Dah lambat ni, cepat masuk kereta." Kata lelaki itu lagi.

Orang tua itu sangat uzur, jalannya membongkok. Terpaksa dipimpin seorang budak lelaki, mungkin cucu, atau mungkin juga cicitnya.

Mereka akhirnya meneruskan juga perjalanan.

Dapat aku rasakan orang tua itu mahu berehat, sebab keadaan kereta yang sempit dek ramai penumpang, menyebabkan dia enggan meneruskan perjalanan. Malah dia selesa 'lepak' dipintu tandas, sehingga menyebabkan anaknya tadi hilang sabar.

Teringat pesan ayah, orang tua umpama Quran buruk, katanya.

Entahlah, kekadang aku terfikir juga, kalau sudah menjangkau usia emas, janganlah dilayan sebegitu.

Sedih sebenarnya. Rindu pun ada. Terutama kepada Ali Hassan bin Ahmad dan Aminah binti Md Husin. Moga Allah merahmati roh mereka.

2 comments:

  1. Masa kita kecik2 dulu, ayah dan ibu layan kerenah kita dengan sabar tapi kita pulak tak sabar melayan kerenah mereka ketika mereka tua... Sayu rasa hati. Nanti anak2 kita pun akan buat perkara yang sama kat kita..what you give, you get back.. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang bersabar melayan kerenah orang tua masing2.

    ReplyDelete
  2. Betoi kak..
    Makaseh atas sokongan moral dan pandangan yang baikk..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...