Monday, June 15, 2009

Jagalah Tulisan Kita...

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Ada sebuah objek di atas meja, begini rupanya.

Namun hadir seseorang dan menyatakan objek tersebut ialah 'kertas'.

Betulkah kertas? Atau buku?

Kalau ditanyakan, 'buku itu dibuat dari apa? ' , sudah tentu jawapannya benar.

Namun kalau ditanya 'apa itu?', jawapan yang betul ialah 'buku'.

Perkara di atas amat ringkas dan mudah. Tetapi ada orang yang keliru malah bergaduh kerananya. Ada juga yang tidak menghargainya, malah jarang sekali membeleknya.

Kalau bergaduh, puncanya kerana apabila disuruh ambil buku, si kawan tidak mahu mengambilkannya sebab 'itu kertas' bukan buku, kata kawannya.

Asas di atas - melabel atau memberi nama tepat pada perkaranya - adalah kemahiran yang amat diperlukan. Itulah yang menjadikan Nabi Adam mendapat sujud tasyrif (memuliakan).

Iblis melabelkan aspek yang salah. Biarpun benar iblis dicipta dari api dan Nabi Adam dari tanah, namun perkataan 'khoir' atau 'lebih baik' itu perlu diletakkan pada tempatnya. Kalau ia diletakkan secara semborono tanpa kefahaman sebenar, itu menyebabkan Allah melaknat makhluk yang berputus asa (dari perkataan balasa -iblis) dari rahmat Allah.

Apa akan jadi kalau terpampang di dada akhbar:

Kaum Melayu lebih baik dari kaum Cina

Malaysia lebih baik dari Indonesia

Menjadi lelaki lebih baik dari menjadi perempuan

Ia akan menyebabkan perbalahan, yang akhirnya mungkin mengakibatkan kesan yang lebih buruk. Peperangan!

Jadi, bahasa dalam penulisan harus dijaga agar tidak menjengkelkan, malah kemahiran menulis yang diasah itu seharusnya dibajai dengan rasa tanggungjawab terhadap kesejahteraan ummah seluruhnya.

Tetapi itu bukanlah penghalang kita untuk mengkritik atau menegur.

Selagi kita bernama manusia, tak salah dari salah dan dosa. Andainya ada yang menegur, itu maknanya masih ada yang sayang akan kita.

7 comments:

  1. :: Benar...setuju sesangatnya. Begitu besar PENGARUH KOMUNIKASI lisan @ bukan lisan dan kemahiran KAEDAH MENTERJEMAHkan maklumat sgt penting dlm apa jua keadaan.

    :: Malangnya, masih kedapatan individu yang mengeluarkan idea @ pendapat atau menterjemahkan maklumat TERASKAN EMOSI & PERSEPSI.

    :: Hati-hati di jalanraya..

    ReplyDelete
  2. Salam sdr. Brahim.

    Bagi saya kritik atau teguran adalah rahmat kerana membuatkan kita sedar dan akan memacu kita ke arah yang lebih baik. Walau pun teguran itu bertujuan menghina. Kita terima dan berterima kasih. Cuma mungkin kita akan nasihatkan sipenegur itu supaya lebih berhemah dan lebih berhikmah. Saya jenis yang tidak suka menegakkan "benang basah". Di dalam mesyuarat pun sekiranya dikritik, dan memang saya tahu apa yang saya buat itu salah, saya akan meminta maaf dan berjanji akan membaikinya.

    Begitu juga dengan kewajaran meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kalau diletakkan di tempat yang salah, emas pun tidak akan dipandang bernilai.

    ReplyDelete
  3. Mengkritik pun ada seninya...Tak boleh tembak sebarangan kerana itu akan membawa kepada perbalahan. Boleh jadi kita perlu belajar seni mengkritik...

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan Tirana. Kritik pun ada seni. Menasihat pun ada seni. Bercakap dan menulis pun ada seni.Pendek kata, seni komunikasi itu perlu dipelajari.

    ReplyDelete
  5. Wah, Pokli, berani letak foto real...

    Setuju dengan Pokli, Lan, Pakdin dan Tirana.

    Saya berasakan kalau ada kritikan membina, ia baik untuk memajukan diri.

    Tapi bergantung juga kepada ego masing-masing.. Jika seseroang itu egonya tinggi, sukar untuk dia menerima kenyataan kesilapannya..

    ReplyDelete
  6. ...bab mengkritik mmg kena betul gayanya. Kekadang kalu tersilap langkah...buruk padahnya.

    ReplyDelete
  7. menegurlah utk kebaikan dari segi meninggikan syiar2 Islam. insyallah, everything will be fine

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...