Tuesday, June 23, 2009

Malang Tak Berbau!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Saya kemalangan.

Benar. Saya diarah ke Ipoh untuk satu bengkel Penyediaan Bahan di BTPN. Saya memandu sendirian ke sana.

Dalam perjalanan, ketika di persimpangan, sebuah kenderaan pacuan 4 roda membelok pusingan U dan masuk ke laluan saya. Apa lagi, kereta saya bergesel dengan pikap tersebut.

Kereta saya terhimpit pula dengan sebuah Kelisa. Kami sama-sama terbabas ke pokok sawit.

Mujur, saya selamat. Ketika kejadian, saya memakai tali pinggang keledar.

Syukur, tiada kecederaan. Syukur amat.
Memang malang tidak berbau.

Saya akan berehat untuk sementara. Blog ini tak dapat dikemas kini buat sementara.

Sebenarnya, saya masih terkejut.

6 comments:

  1. Cikgu Izzuddin..

    Berehatlah untuk pulihkan semangat. Syukur alhamdulillah tak jadi apa-apa pada cikgu.

    Kak tirana pun biasa kemalangan..Lama juga ambil masa untuk pulihkan semangat..dan boleh memandu semula

    ReplyDelete
  2. alhamdullah - cgu masih selamat.
    semuga dipermudahkanNya.

    ReplyDelete
  3. Semoga selamat dan berehat. Sepanjang bulan ini saya berkali-kali juga turun menaiki kereta, ke Negeri Sembilan, Pahang, WPKL, Putrajaya dan Cyberjaya. Bimbang juga perjalanan jauh yang kerapkali meletihkan dan menjemukan. Harap-harap tidak berlaku sebarang musibah.

    ReplyDelete
  4. Salam ,
    Teman br nak kenal..moga takde ape-ape...cikgu mane yer?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah sdr. selamat. Saya yakin di saat kejadian saudara tidak lalai dan mampu menggunakan semua pancaindera dan fikiran dengan tidak panik.

    ReplyDelete
  6. salam
    alhamdulillah moga cepat sembuh

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...