Friday, June 5, 2009

Pentaksiran Lisan Cara Lama Wajar Difikirkan..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

"Dah makan?" Aku memulakan perbualan bersama calon persendirian ULKCP.

Dia menjawab, dan selepas itu, sesi perbualan menjadi lebih mudah. Begitulah, selama 4 hari bertugas mentaksir calon persendirian yang menduduki Ujian Lisan untuk peperiksaan ulangan SPM, memberi persepsi yang pelbagai tentang calon.

Secara keseluruhan, pentaksiran begini lebih efektif berbanding pentaksiran ULBS di peringkat sekolah. Secara jujur aku nyatakan, KPM harus memikirkan kembali kaedah pentaksiran lisan seperti kaedah sebelum ini; pentaksir lisan dari sekolah luar datang dan menilai pertuturan calon. Ia lebih menjadikan calon memberi persepsi positif terhadap ULBS.

Bagaimanapun, KPM tentulah mempunyai alasan tersendiri.

Berbalik tentang calon ULKCP yang menduduki ujian lisan ini, beberapa persepsi dapat kubuat. Antaranya:

1. Calon yang sudah bekerja nampak lebih matang dan lebih bersungguh-sungguh, berbanding calon lepasan sekolah yang baru habis SPM tahun lalu.

2. Calon bukan Melayu kebanyakannya tidak mampu menguasai bahasa kebangsaan dengan baik, malah ada yang tidak menjawab dengan jelas. Perkataan 'disiplin', 'akhlak' dan ' pun tidak boleh difahami. Tapi sesetengahnya memang sudah bersedia. Ada juga yang boleh berinteraksi dengan baik.

3. Calon lepasan SPM yang mengulang kertas BM, kebanyakannya menyesal kerana tidak mendapat kepujian dalam BM. Kebanyakannya bertekad untuk mendapat keputusan yang baik dan menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

4. Kaedah pentaksiran oleh penguji luar (bukan guru sekolah yang sama) wajar difikirkan oleh KPM, khususnya LPM. Ini kerana calon lebih teruja dan menunjukkan kesungguhan, berbanding cara sekarang yang dijalankan di peringkat sekolah masing-masing.

Hakikatnya, ujian lisan bukan sekadar untuk lulus dan mendapat sijil, tetapi ia memberi konotasi yang lebih luas, iaitu memartabatkan bahasa kebangsaan ke darjat yang sewajarnya.

2 comments:

  1. Salam sdr. Brahim.

    Menjadi kehairanan sekiranya pelajar Melayu gagal di dslam ujian lisan.

    ReplyDelete
  2. Pakdin, Tiada hairannya dalam dunia kita sekarang. Budak Melayu semakin kurang membaca, justeru gagal dalam BM bukan satu yang mustahil.

    Samalah dengan Pendidikan Islam, kalau gagal PI, sepatutnya malu jadi orang Islam, tapi malukah mereka yang gagal itu?

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...