Sunday, June 21, 2009

SELAMAT HARI BAPA!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Siapa juga anda, asalkan seorang lelaki, sudah berkahwin, punya isteri, anak (atau mungkin bakal punya anak), saya ucapkan SELAMAT HARI BAPA.

Berbanggalah sebagai seorang bapa kepada anak-anak yang dilahirkan. Anak-anak kita adalah amanah. Keluarga kita adalah amanah. Isteri kita adalah amanah.

Kepada keluargalah maruah kita disandarkan. Andainya keluarga kacau bilau, sebenarnya, bapalah yang bertanggungjawab.

Jangan bangga mempertontonkan aurat anak perempuan dan isteri kita di khalayak ramai. Kelak, kita juga menyimpan sahamnya untuk akhirat.

Jagalah makan, minum, tempat tinggal dan keperluan mereka, sebab selagi diberi amanah, itulah tugas kita sebenarnya.

Sekali lagi, SELAMAT HARI BAPA!

3 comments:

  1. Selamat hari bapa buat cikgu Izzuddin..Mudah2an tabah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

    ReplyDelete
  2. Sblm terlewat...Slmt hari Bapa drpd crew Wakuba Today...

    ReplyDelete
  3. Cikgu ein.. selamat hari ayah.. semoga sukses selalu dan terus bergaya ya ;)

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...