Thursday, July 23, 2009

Hamil Akibat Zina

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pada tahun 2005, ketika SPM hampir berlangsung, kami dikejutkan peristiwa murid perempuan terpaksa di'cuti'kan ke Pusat Pemulihan Akhlak di sebuah bandar jauh dari sekolah. Rupa-rupanya, perbuatan 'haram'nya telah membuahkan hasil. Pelajar perempuan itu hamil hasil hubungan zina dengan teman lelaki.

Semasa mengambil keputusan SPM, aku sempat berbual dengannya. Kasihan melihat remaja perempuan seperti dia. Mak dan ayah bercerai, menyebabkan jiwanya memberontak. Salah pilih haluan, menjadi 'santapan' jantan sundal yang memang mengambil peluang terhadap kelemahannya.

" Saya hanya dapat menyusukan anak saya selama tiga hari, cikgu." katanya perlahan. Ada riak insaf di wajahnya.

Dia kepingin melihat dan menjaga 'anak'nya sendiri, tetapi ibunya telah menyerahkan bayi itu kepada orang lain, yang dia sendiri tidak tahu siapa dan di mana hendak dimulakan pencarian.

Aku hanya mampu beri nasihat, agar dia tidak mengulangi perbuatan buruknya.

Hari ini, kami terkejut lagi. Khabarnya, peristiwa yang hampir sama berlaku.

Bukan tidak dinasihat, tetapi segelintir remaja perempuan hari ini seolah-olah tiada rasa malu, sehingga menyerahkan mahkota kegadisan mereka kepada jantan yang bukan bergelar suami.

Khabar angin ini semakin kuat bertiup.

Entahlah. Ada guru sudah mula tersengih-sengih sambil berkias,

"Kita nak dapat cucu haram lagi..." katanya berbisik.

4 comments:

  1. Salam Ziarah

    Budak-budak sekolah sekarang ni memang dah terlampau liberal. Pergi sekolah bukan nak belajar sangat. Kes-kes begini dalam kalangan pelajar sekolah bukan hal yang baru. Sudah sekian lama merebak malangnya sejak kebelakangan ini ia semakin menjadi-jadi seolah-olah nilai ini telah diterima secara umum dalam masyarakat kita.

    Mereka tidak lagi segan silu di khalayak ramai untuk bermesraan. Terdapat juga ibu bapa yang liberal dalam hal ini dan membiarkan anak mereka berkelakuan begitu kerana dianggap moden dan hal ini terjadi di tempat saya tinggal. Ibu bapa membawa anak mereka yang hamil tanpa ayah untuk digugurkan sebanyak 3kali. Bukankah ini menunjukkan ibu bapa seolah-olah 'merestui' hal sedemikian.

    Generasi kita perlu kembali ke pangkal jalan, jika tidak, Malaysia akan lenyap satu hari nanti kerana mempunyai ramai remaja sebegini.

    ReplyDelete
  2. Bila nilai kemasyarakatan kita semakin longgar, budaya tegur menegur dianggap songsang. Selalunya hanya tersedar selepas nasi menjadi bubur

    ReplyDelete
  3. Semakin merebak gelaja tak bermoral di kalangan pelajar sekarang ni..Semakin maju kita semakin hancur keperibadian. Semua kena main peranan untuk membetulkan tapi kadang-kadang buntu, tak tahu nak buat macam mana. Mungkinkah ibubapa kena berbalik semula menjaga anak macam mak ayah kita dulu jaga anak. Satu aje kak tirana nampak kekurangan, pendidikan samada di rumah, di sekolah atau dalam masyarakat, agama sudah diletakkan entah ditahap berapa. Jika kita dulu, agama itu diletakkan di tahap pertama.Remaja sekarang seolah-olah tidak dididik mengenali Islam. Itulah puncanya. Jika asas Islam itu kukuh dan kuat dalam diri mereka, insyaAllah mereka tidak akan terjebak. Anak-anak sekarang belajar agama seperti mereka belajar matapelajaran lain sedangkan agama ialah untuk diamalkan dan dijadikan cara hidup kita. Well, nak tuding jari kepada siapa? Kepada diri kita sendiri...Kita yang tidak membekalkan agama yang secukupnya pada mereka.System pendidikan kita yang terlampau menjurus ke arah akedemik sehingga kadang-kadang pendidikan sahsiah itu diketepikan.Ibubapa, guru2, masyarakat dan kerajaan patut jadikan issue ini sebagai agenda pertama untuk difikirkan dan diambil tindakan kerana ia semakin parah.

    ReplyDelete
  4. tiada formula yg berkesan utk elak dari maksiat.YG terselamat pon hanya yg bernasib baik saja.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...