Tuesday, July 14, 2009

Patriotiknya Rakyat Indonesia

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Aku pernah ke bumi Indonesia seketika dahulu, bersama rakan-rakan sekolej. Negara jiran ini sangat luas, dan terletak di Lingkaran Api Pasifik. Pada 1883, Letusan gunung berapi Krakatao menumpahkan lava dan debu lebih sebulan. Pulau tersebut akhirnya tenggelam, dan muncul puncak gunung berapi yang lain yang diistilahkan Anak Krakatao.

Di Sumatera, ada tasik air tawar terbesar di Asia, iaiatu Danau Toba. Di tengah tasik ini, muncul pulau Samosir, yang sebenarnya adalah puncak gunung berapi yang telah pendam. Panoramanya sangat indah dan mendamaikan.

Begitulah Indonesia, yang memiliki banyak pulau. Pulau yang paling maju dan ke hadapan, tentulah pulau Jawa, manakala Sumatera berkeadaan sederhana. Pulau Flores agak terkebelakang. Begitu juga dengan Sulawesi dan Lombok.

Kedudukan pulau-pulau yang jauh dari Jakarta menyebabkan ekonomi sesetengahnya tidak berkembang. Sementelah pula, jika tiada hasil bumi atau produk pelancongan yang dapat menggalakkan aktiviti parawisata.

Dek banyak pulau, ada sesetengahnya tidak dapat dimajukan. Bergantung cara mana ia ditadbir oleh pemerintah tempatan. Pulau Batam, lebih maju berbanding Riau, biarpun jaraknya dekat.

Indonesia pernah mengalami 'kehilangan wilayah' apabila Timor Timur mengisytiharkan kemerdekaan. Dalam konflik Pulau Sipadan dan Ligitan, negara itu sekali lagi menggigit jari akibat keputusan Mahkamah Dunia yang memihak kepada Malaysia. Kini, Sipadan dan Ligitan sah milik Malaysia. Syukurlah.

Akhir-akhir ini, konflik terbaru melibatkan Pulau Ambalat. Dalam satu demontrasi rakyat Indonesia di hadapan kedutaan Malaysia di Jakarta, mereka bagai seirama, menghina dan mengeji negara kita.

Aku memang tidak hairan dengan tindak balas rakyat negara Pancasila ini, kerana semangat patriotik mereka sangat tinggi.

Pernah dengar lagu kebangsaannya? Lagunya sangat bersemangat, apatah jika dinyanyikan beramai-ramai.

Bahasa Indonesia sangat dimuliakan. Jangan bermain soal bahasa, kerana bahasa mereka diletak pada kedudukan yang sangat istimewa. Mereka bangga menyatakan bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Sebaliknya, kita masih berpolemik untuk menggunakan bahasa Melayu, ataupun bahasa Malaysia. (Dalam hal ini, kekadang pening kepala, mengapa kita tidak gunakan istilah Bahasa Malaysia?).

Siapa Rudy Hartono? Cina atau Jawa? Jika anda nyatakan beliau sebagai suku Jawa, anda ternyata silap. Bekas pemain tersohor Indonesia ini adalah keturunan Cina Indonesia. Bahasa pertuturannya adalah bahasa Indonesia tanpa pelat Cina.

Rakyat Indonesia mengagumi sejarah perjuangan mereka menuntut kemerdekaan. Mereka mengusir Belanda sebaik tamat perang dunia ke-2.

Apabila menerima kiriman emel foto ini, aku terfikir untuk berkongsi rasa dengan rakan lain. Adakah mereka ini biadab, atau terlebih patriotik?











)


No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

DAMAILAH IJAN, WIRA NEGARA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Keranda jenazah Ijan dibawa ke masji...