Sunday, October 18, 2009

Meninggal Dah Sarjan Itu..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pertengahan Jun 2009 lalu, saya mengalami kemalangan kecil yang mengakibatkan kerosakan kepada kereta, mujur juga saya tidak tercedera. Kes itu diuruskan seorang sarjan, yang sibuk mengambil foto kejadian. Namanya Sarjan Saidin, bertugas di IPD Manjung.

Saya hanya mengenali sarjan yang hampir pencen ini semasa kemalangan tersebut. Dia mengambil beberapa keterangan dan foto, dan akhirnya memang kemalangan tersebut bukan salah saya. Pihak pemandu Mitsubishi Triton yang menghimpit kenderaan sayalah yang bersalah. Saya dapat menuntut insurans kepada pihak ketiga untuk urusan baik pulih kenderaan itu.

Kelmarin, ketika berbual dengan seorang bapa, yang juga polis di IPD Manjung, barulah saya tahu sarjan tersebut meninggal dunia tidak lama yang lalu.

Menurut Koperal Ramli yang memang rapat dengan arwah, sarjan tersebut mengadu sesak nafas ketika bertugas dan diberi rehat di rumah. Mungkin sudah qadarnya meninggal di sisi isteri, sarjan Saidin akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya di rumah.

""Cukup mudah dia meninggal, cikgu." Ujar Koperal Ramli ketika berbual bersama saya di asrama. Dia memohon izin membawa anaknya pulang kerana mertuanya sakit di Hospital Bukit Mertajam.

Sarjan Saidin mesra orangnya. Perangainya disenangi, dan sering diusik rakan-rakan kerana 'mudah latah'. Kehilangannya di IPD Manjung masih dirasai. Moga Allah menempatkannya di sisi orang yang beriman.

4 comments:

  1. Meninggal dengan mudah...moga-moga kita nanti begitu juga. Al Fatihah buat marhum.





    Psst: Semalam solat zuhur di Masjid Batu 10. Paginya beli keropok lekor di pasar Sabtu depan tu. Saja lepak di rumah adik yang mengajar di sekolah sekitar situ....

    ReplyDelete
  2. Orang baik cepat di ambil tuhan. Memang terasa sungguh kehilangan orang yang pernah membantu atau pernah bersama kita.Kita doakan kesejahteraan di dunia dan di akhirat

    ReplyDelete
  3. Xiiinam, ada adik di Lekir? Memang setiap Sabtu ada pekan sehari.

    Menjelang tgh, semuanya selesai.

    Saya senang dengan kehidupan di sini. Tak menyesakkan saya, tapi tiada Broadband 3G Celcom, hanya GPRS jer. Jadilah....



    Anjang,

    Memang begitu janjinya. Polis pun manusia biasa.

    ReplyDelete
  4. salam...kunjungan,mai lihat dan baca & salam pkenalan..TQ

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...