Friday, October 23, 2009

Gotong Royong Bilik Guru

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Esok, Sabtu 24 Oktober 2009, Kelab Guru akan mengadakan gotong royong membersihkan bilik guru, bilik solat dan seumpamanya. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada program LADAP, selain satu taklimat "Menabung Cara Islam" akan diadakan di Pusat Sumber pada hari berkenaan.

Menurut Pengerusi Kelab Guru, En. Nazeem Elmy, gotong royong tersebut bertujuan mengemaskan bilik guru agar lebih selesa untuk para pendidik.

"Kami telah menyediakan pelan kedudukan meja guru yang lebih sesuai. Di samping itu, kami akan memunggah bahan lama yang tidak perlu." katanya .

Beliau berharap semua guru yang tidak terlibat dengan program lain, hadir ke aktiviti berkenaan. Pihak KGKT dilaporkan turut menyediakan jamuan untuk sambutan Hari Raya dan Deepavali selepas gotong royong.

Pengetua, Pn. Hajah Che Saliha bt Che A. Rahman turut menyokong aktiviti ini. Beliau berharap para guru dapat mengeratkan hubungan dengan rakan sejawat demi pembangunan sekolah.

"Saya akan semak guru yang tidak hadir. Jika tiada sebab yang munasabah, cikgu perlu beri surat tunjuk sebab." katanya mengakhiri taklimat, menyebabkan dua tiga orang guru yang bercadang ponteng, mencebikkan muka...

Hehehe..

11 comments:

  1. ha2...
    patut PM kena buat macam tu juga - masa persidangan di Parlimen.
    tak datang - hantar surat.

    yop mungkin hulu selangor ( parlimen ) adalah PRK terbaru..
    sekarang semua dah sibuk bekerja.

    ReplyDelete
  2. sekolah sy dulu ada kubur, selalu gotong royong bersih kubo hehehe.

    ReplyDelete
  3. Sape la agaknye 2-3 orang guru yang mencebikkan muka tu..

    Heehe...

    By the way, seronok dapat share story 13th month dengan ko tadi..:-)

    Harap2 tak disalah ertikan maksud '1 bulan' yang missing in action tu... kehkehkeh...

    SELAMAT BERGOTONG ROYONG PADA SEMUA...

    ReplyDelete
  4. Bro Jinggo,

    Nujum lagi ker? Kalu ada PRK terbaru, tentu dh dapat maklumat sahih ni.

    Mike ni, selangkah laju dari angin, dan biasanya tepat lak tu...

    Nujum moden, hehehe

    ReplyDelete
  5. Khairi,

    Kubo? Mak aih... Jenuh le buang rasa takut.

    Tapi bila ramai-ramai, banyak le pulak cerita, hilang takut timbul lawak jenaka..

    ReplyDelete
  6. Bab gotong royong ni bukan cikgu je tak berapa suka...anak murid pun ramai yg ponteng kalau tahu nk buat gotong royong.

    Saya kat rumah pun gotong royong jg...tapi kemasnya dpt bertahan beberapa hari je. Orang menyepah lebih ramai dari orang mengemas. Aduhai...sbb tu tak boleh gemuk2 bdn.

    ReplyDelete
  7. Apabila gotong-royong memang ramai yang tak suka, Tambahan apabila dilaksanakan pada hari cuti, kalau masa P&P mesti ramai yang suka

    ReplyDelete
  8. AGLAGN,

    Tak pasan muka sape, tapi ada la yang mulanye nak monteng, pehtu terus tak jadi...


    Tak tahu buat surat tunjuk sebab, katanya...


    Asyiq,

    Kalau still kurus, ok ler tu, jangan melidi, sudahlah... hihihihi


    Anjang,

    Betul, sokong 110%.

    ReplyDelete
  9. Salam cikgu Brahim,
    Selamat bergotong royong,
    semoga mengeratkan lagi 'silatulrahim' sesama cikgu terutama 3 orang cikgu yang mungkin dah ada agenda lain kot...

    ReplyDelete
  10. runsing esok nak buat program dengan mat saleh
    ;(

    ReplyDelete
  11. Izakhairi, makaseh singgah.

    Rasanya mereka yang berniat ponteng perlu sediakan alasan yang kukuh..


    Joerimjow,

    Makaseh sudi tinggal jejak. "Mat Salleh.."??

    Kami yang buat program dgn Mat coklat dan Minah sawo matang ni pun ada problem gak...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan