Tuesday, October 6, 2009

Jaga-jaga Pengetua, Guru Boleh Saman Anda!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Terkejut juga baca berita kes seorang guru yang menyaman pengetua kerana memalukannya di khalayak rakan. Ini sekaligus menjatuhkan reputasi Rozilah Abdullah, 37 tahun di sebuah sekolah di Pahang.

Pengetuanya perempuan juga. (Biasalah, pengetua perempuan memang cerewet dan 'banyak mulut'). Pengetua tersebut disaman kerana memalukan guru tersebut sehingga menyebabkan dia dipanggil oleh kaunselor PPD dan pergerakan gaji tahunannya dihentikan.

Bacalah, dan nilaikan sendiri.

Guru saman pengetua yang didakwa menjejaskan reputasinya

KUANTAN 6 Okt. — Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di sini mengemukakan saman RM228,000 terhadap pengetua sekolah terbabit kerana didakwa menjejaskan reputasinya.
Rozilah Abdullah, 37, yang memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini melalui Tetuan Balkhis Alias & Co pada 12 Ogos lepas menamakan pengetua, Aluwiyah Osman sebagai defendan.
Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada hari ini, namun Hakim Hassan Abdul Ghani kemudian menetapkan 5 Nov. ini sebagai sebutan semula selepas wakil Pejabat Peguam Negara memohon tempoh masa untuk memfailkan penyataan balas terhadap tuntutan saman berkenaan.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Rozilah mendakwa pada 24 Julai tahun lepas, defendan memalukannya di hadapan guru lain dengan menuding jari ke arahnya serta menyatakan beliau enggan mematuhi perintah defendan.
Rozilah mendakwa defendan telah membuat satu laporan terhadapnya dan berikutan itu seorang kaunselor daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan memanggilnya ketika beliau sedang mengajar memaklumkan satu laporan telah dibuat terhadapnya.
Rozilah, yang telah bertugas selama 13 tahun sebagai guru, mendakwa akibat laporan defendan, beliau telah menerima surat bertarikh 13 Feb. 2009 yang menyatakan tiada pergerakan gaji bagi beliau untuk tahun 2009.
Beliau juga mendakwa tidak pernah diberikan peluang membela diri kerana tidak dipanggil atau diberikan peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketuanya itu. - Bernama



17 comments:

  1. Kes marah sgt la ni.....kecohlah bila buku bertemu ruas! Kita tunggu dan lihat perkembangan cerita ni.

    ReplyDelete
  2. Asyiq, kuikuikui..

    Biasalah, pengetua pompuan, kenalah 'tahan telinga'...

    Timun dengan durian, menggolek dan digolek, sama je kesannya..

    ReplyDelete
  3. pengalaman saya berbosskan perempuan........
    kadang2 begitulah
    eloklah tu..
    pengajaran untuk yang lain...
    sebab kalau dah guru macam ni macamana yang lain...........

    ReplyDelete
  4. Mesti ada unsur-unsur lain yang tidak dinyatakan.. Salah faham yang akhirnya membawa kemudaratan.. Tidak boleh juga kita salahkan jantina.. Yang kurangnya di sini, sikap PROFESIONALISMA antara kita.. Tingkatkan prestasi tanpa mengetepikan PROFESIONALISMA.. Baru ada 'attitude'..

    p/s : cakap berdasarkan pengalaman berkhidmat dalam bidang korporat satu masa dulu..

    ReplyDelete
  5. Cikgu sama cikgu berjuang, anak murid apa cerita? hehehehe..

    ReplyDelete
  6. Bro Jinggo,

    Pada pendapat teman, memang pengetua ada kuasa, tapi jika merendahkan guru sehingga terjejas kewibawaannya, itu memang tak patut.

    Guru dan pengetua kena sama-sama bersatu, baru sekolah boleh maju.

    Kalau pengetua asyik hentam cikgu, cikgu hilang minat.

    'Core bussines' utama ialah pelajar..

    SELAMAT MENYAMBUT PMR UNTUK ANAK-ANAK KITA..

    ReplyDelete
  7. AGLAGN,

    Syukur di tempat kita takde peristiwa ni.. (Akan datang tak taulah plak)

    SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN PMR KEPADA ANAK-ANAK KITA..

    ReplyDelete
  8. Kak Tirana,
    ibarat gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah..

    SELAMAT MENJAWAB PMR KEPADA ANAK-ANAK KITA, bermula hari ini Rabu 3 Oktober dan berakhir pada Selasa depan 13 Oktober.

    ReplyDelete
  9. Menjadi ketua tidak bererti kita boleh buat sesuka hati pada orang bawahan..
    Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan di antara dua orang itu sahaja..tidak perlu tuduh menuduh..saman menyaman...adu mengadu..lapor melapor..
    .
    .
    .
    Kes ini boleh dilihat sebagai satu pengajaran.

    ReplyDelete
  10. Kak Hida, dengo nasihat saya. Kalau dah jadi pengetua satu hari nanti, jangan ketepikan perasaan anak buah terutama cikgu yang perit jerih menaikkan nama sekolah.


    Hehehehe.. Ada peluang ke, kak?

    ReplyDelete
  11. wow! errr, saya pun rasa nak saman orang. skrg ramai org makin kurang ajar kepada fellow worker

    ReplyDelete
  12. Maksu, saman Maksu, jangan tak saman.

    Untung sabut timbul, dapat pampasan, tapi kalau 'untung batu' tenggelam.

    Hapah pun tak dapat...

    ReplyDelete
  13. Saya mengajar di sekolah perempuan...semua staf perempuan...dan selama ini tak pernah berpengetuakan lelaki...


    Tapi Alhamdulillah....bukan saja bergaul secara profesionalisma...tetapi sebagai keluarga.


    Pssst: Untuk pengomen yang di atas...bukan semua perempuan macam tu ya! Tapi, pengetua yang diceritakan ni pun...memang sudah lebih!

    ReplyDelete
  14. Berahimnyok,
    aku hanya insan biasa basikal tuuaaaaa...
    ha ha ha

    ReplyDelete
  15. Xiinam,

    Sekolah perempuan macam convent kurang masalah.

    Disiplin budak pun terkawal.

    Kalau di tempat saya, jenuh ler..

    ReplyDelete
  16. pengetua pompuan emosi

    ReplyDelete
  17. dalam quran kata, lelaki je pemimpin. guru lelaki je layak jadi pemimpin. jadi pengetua. aku dah pengalaman 4 sekolah. 2 bos laki. 2 bos puan. kita ni byk tugas bukan ngaja je. aku tak siap buku rekod ngaja 3 bulan, rilex je bos laki panggil dgn hikmah, suh wat pelan2 tempoh 2 mggu. tp bos puan, nak col terus tatatertib mari. jangan bodo ikut buku je. kita ni manusia ada bicara. aku bukan kisah naik gaji naik pangkat. sampai mati gaji macam ni pun tak kisah. tak gerak. sbb yang tenangkan hidup kita,cukupkan hidup kita, rezeki..ingat kawan2, bukan wang.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan