Sunday, October 25, 2009

Risiko Rumah Di Tepi Jalan





Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


Tengah hari tadi, sebuah lori kecil membawa peralatan sembahyang Cina terlanggar sebuah rumah., betul-betul di hadapan Warung Selera Kampung, yang menjadi tumpuan masyarakat di sini.

 Kejadian tersebut berlaku terlalu pantas. Mengikut ceritanya, pemandu Cina itu gagal mengawal kenderaan setelah bergesel dengan sebuah lori lain. Akibatnya, dia terbabas sehingga melanggar bahagian tepi rumah tersebut.


Bukan itu sahaja, sebuah Iswara sedan milik tuan rumah yang malang itu turut rosak teruk. Mujurlah tiada kemalangan jiwa. Hanya melibatkan kerosakan rumah dan kenderaan.




Pelik juga jika berumah di tepi jalan. Kemalangan yang tak sepatutnya berlaku, boleh menyebabkan kerugian yang bukan sedikit.

7 comments:

  1. Ngerinya aku pernah ada pengalaman seumpama ini. Semasa sedang minum di kedai tepi jalan pukul 12.00 tengah malam. Tiba-tiba sebuah kereta terbabas dan hampir masuk dalam kedai. Elektrik terputus. Nasib baik kereta tu sangkut kat tiang sign board. Kalau tidak tepat menuju ke tempat aku dan isteri sedang minum dan mungkin menghentam kereta aku di luar kedai di mana 2 orang anak aku sedang tidur dalam kereta.
    30 jam aku tak bercakap dan menggigil.

    ReplyDelete
  2. Laa...kebetulan pula. Tadi masa bawa anak ke kedai mencari guli nak main congkak, sebuah lori terbabas di tepi jalan melanggar kedai kereta terpakai.

    Saya ckp ngan anak sy...."mujur kita lambat skit dr lori...kalau idak entah2 kita yg kena heret sekali"....nauzubillah min zaalik!!

    Harap2 tokeh lori jgn lupa bayar kerugian tuan rumah....jangan lupa!!!

    ReplyDelete
  3. Inilah yang kita sebut sebut Malang Tak Berbau.. Sedar2 dah jadi..

    ReplyDelete
  4. Anjang,

    Memang patut lah terkedu jap, kalau nyawa hampir melayang.

    Asyiq,

    Pasal ganti rugi tu, memang patut dimintak. Tadi, tuan rumah tu dah urus mana yg perlu. Tapi 'patah kaki' lah sebulan, sebb kereta masuk 'wad'..

    ReplyDelete
  5. AGLAGN,

    Malang tak berbau, Man U tersungkur di Anfield pun tak disangka jugak.

    Huhuhuhu...

    ReplyDelete
  6. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. Sekarang perbidalan itu perlu disambung ke .......Kalau takut..

    ReplyDelete
  7. Kalau takut dilanggar lori, jangan berumah di tepi jalan. hehe.

    Masalahnya jalan yg dibuat di tepi rumah. ;p

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan