Thursday, October 8, 2009

Kebetulankah Inderapura Terbakar 8 Oktober?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Awal pagi ini, KD Inderapura, sebuah daripada kapal pengangkut milik tentera kita yang berlabuh di Lumut,  diberitakan terbakar.

Adakah kebetulan, atau sememangnya disabotaj? Bukankah kumpulan subversif rakyat Indonesia, BENDERA telah menetapkan tarikh 8 Oktober sebagai hari mengganyang Malaysia?

KD Seri Inderapura terbakar


IPOH: KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di sini.

Kejadian dilaporkan kira-kira 6 pagi tadi dan sehingga kini usaha memadamkan kebakaran masih berjalan.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman, berkata laporan awal menyatakan kebakaran membabitkan bahagian pejabat dan bahagian muatan barang.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

"Polis juga belum menerima laporan daripada TLDM Lumut," katanya ketika dihubungi. - Bernama

4 comments:

  1. Salam sdr. Brahim.

    Dengar khabar berlaku sort-circuit. Makna kebakaran berlaku kerana masalah penyelenggaraan dan penyeliaan.

    ReplyDelete
  2. Agak sensitif kalau terdengar berita tentang kebakaran ni, kerana saya pernah tinggal sehelai sepinggang, dan kehilangan ahli keluarga dalam bencana kebakaran ....

    Semoga kebakaran kapal ini dapat dikawal...

    ReplyDelete
  3. bETUL TU pAKDIN.

    Along bukan bertugas di situ, kan?


    tAPI SAYANG BANYAK BEKALAN KE PADANG MUSNAH BEGITU SAJE.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

DAMAILAH IJAN, WIRA NEGARA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Keranda jenazah Ijan dibawa ke masji...