Thursday, October 15, 2009

TAHNIAH ARGENTINA!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Akhirnya Maradona menarik nafas lega. Setelah kedudukan skuad Argentina bagai telur di hujung tanduk sebelum ini, pasukan itu akhirnya menempatkan diri dalam senarai pasukan ke pusingan akhir Piala Dunia di Afrika tahun hadapan.

Argentina layak ke Piala Dunia (UTUSAN ONLINE)

15/10/2009 8:42am

MONTEVIDEO 15 Okt. - Argentina layak ke Piala Dunia 2010 apabila berjaya menundukkan Uruguay 1-0 pada perlawanan kelayakan terakhir zon Amerika Selatan hari ini.
Gol kemenangan anak buah Maradona itu dijaringkan oleh Mario Bolatti pada minit ke-85.
Selain Argentina, pasukan lain dari zon itu yang sudah melayakkan diri ke Afrika Selatan ialah Brazil, Chile dan Paraguay manakala Uruguay pula terpaksa bersaing di peringkat "play-off".
- AP

Kedudukan Maradona belum selamat, kerana skuadnya masih kelihatan pincang. Jika tiada usaha pro-aktif, mungkin Argentina pulang awal.

p/s: Tak boleh komen lebih-lebih, sebab saya bukan sehebat Shebby, pengulas kita yang bertugas di ASTRO-ESPN.

2 comments:

  1. moga pasukan Malaysia akan sampai jua ke peringkat piala dunia nanti

    ReplyDelete
  2. Lambat lagi, Maksu... Kedah pun dah bertabur la ni. Dulu perform baguih, tapi la ni, sampai Azrai pun letak jawatan.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...