Saturday, February 13, 2010

Kapal Selam Tak Boleh Menyelam... Hehehehe..

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Apabila membaca kisah kapal selam tak boleh menyelam, sedangkan ia baru dibeli dengan harga yang bukan murah, ia pasti menggelikan hati ramai orang.  Di sebalik humor tersebut, pasti ada cerita sedih tentang kapal selam negara yang jadi kebanggaan kita. Duit rakyat dilaburkan untuk sesuatu yang kurang berkualiti, pasti menjadi persoalan dan isu utama di kedai-kedai kopi sehinggalah ke Parlimen.
 

Kerosakan KD TAR boleh diperbaiki pengeluar: Zahid (Berita Harian)

MELAKA: Kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam cuma kerosakan kecil yang tidak menjejaskan operasinya dan boleh diperbaiki oleh pengeluar.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata siasatan juga telah dilakukan terhadap kerosakan yang dialami kapal selam itu.

"Kita ada tempoh jaminan ke atas kapal selam itu dan kita yakin pihak pembekal atau pengeluar akan memperbaikinya," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Markas Tiga Divisyen, Kem Terendak, di sini hari ini.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin, dan Panglima Tiga Divisyen, Mej Jen Datuk Razali Ahmad.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris kelmarin melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lalu.

Panglima Tentera Laut, Jen Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, semalam mengesahkan kerosakan itu yang dikesan pada 17 Januari lalu ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pengkalan Tentera Laut Diraja Melaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata penyertaan Malaysia dalam eksais Gobra Gold hanya sebagai pemerhati sahaja.

"Kita merasa cukup sehingga kini untuk menjadi pemerhati di dalam eksais itu kerana kita ada eksais lain dengan Thailand yang bersesuaian dengan kehendak kita," katanya.

5 comments:

  1. Kapal selam scorpene ni yang dikaitkan dengan kematian altuantuya... Masa beli kapal selam ni dulu pun dah timbul macam2 kontroversi...Tak hairanlah kalau sekarang pun masih timbul macam2 masalah tentangnya.

    ReplyDelete
  2. Salam sdr. Brahim

    'scorpene' macam scorpion jek. Itu sebab tak boleh selam.

    Menteri ni sama dua kali bangang juga, yang rakyat persoalkan bukannya pasal latihan tetapi kenapa Sub yang baru dibeli berbillion rm tu sudah bermasalah, belum pun digunakan secara rasmi lagi. Kalau berlaku kecemsan atau perang bagaimana? kita bukannya sehingga 50 biji Sub. atau kapal perang.

    ReplyDelete
  3. Tadi baru berborak pasal kes ni..tu nasib baik tak boleh tengelam, kalu tak boleh timbul lagi parah :)

    ReplyDelete
  4. tahu xper
    baru beli kut dah rosak sana sini

    selamat makan limau banyak2...hehehe

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Tirana,

    Agaknya, ada hantu Altantuya di dalam kapal selam tu... Kakakakaka..

    Salam Pakdin,

    Kalau sebutan Perak, bunyi Scorpene tu, "Sekopen", maknanya kerak pada kulit atau jumlah yang sedikit.. Hahahaha...

    Isra,

    Makaseh sudi singgah. Kalau tenggelam, rasanya habis semua rahsia pembuatan kapal ni dibongkar..

    Salam Hans,

    Tak berbaloi beli dengan jumlah yang mahal, lebih baik beli friget kelas Lekiu, boleh dapat empat lima biji... Kelas lagi...

    Limau?? Hehehehe... Mau tercirit kalau makan banyak..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...