Wednesday, February 17, 2010

Menteri Pun Terkejut Kebanjiran Warga Asing?

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Dilaporkan dalam Utusanonline, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terkejut apabila melihat sendiri kebanjiran warga asing yang memenuhi lokasi-lokasi pelancongan di Kuala Lumpur semasa cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini. 

Lambakan warga asing luar biasa


WAJAH warga asing begitu menyerlah di kawasan kaki lima berhampiran sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, semalam.


PUTRAJAYA 16 Feb. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terkejut dengan lambakan warga asing yang disifatkan beliau luar biasa.
Fenomena tersebut, katanya, semakin ketara apabila kumpulan warga asing itu dilihat keluar beramai-ramai di sekitar ibu negara setiap kali musim cuti umum yang agak panjang.
Menurut beliau, realiti lambakan itu tidak bertepatan dengan rekod warga asing berada di negara ini termasuk yang berdaftar dengan agensi pengambilan pekerja asing.
“Dalam tempoh cuti umum sempena sambutan Tahun Baru Cina, saya berkesempatan meninjau sendiri suasana di ibu negara.
“Sememangnya amat jelas setiap kali cuti umum yang panjang khususnya apabila rakyat tempatan balik ke kampung, ibu negara akan dibanjiri oleh warga asing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Hishammuddin, hasil tinjauan mendapati sebahagian besar daripada mereka bukan pelancong asing tetapi mendakwa bekerja di negara ini secara sah.
“Saya mendapati keadaan ini sebagai luar biasa dan membimbangkan.
“Berdasarkan pemerhatian rambang, kita dapat melihat sebahagian besar warga asing yang membanjiri ibu negara ini adalah daripada beberapa negara tertentu,” katanya.
Beliau berkata, selain dikhuatiri mendatangkan kesan sosial, isu keselamatan serta ketenteraman awam, keadaan itu boleh menjejaskan imej negara termasuk menyebabkan pelancong asing yang tulen berasa tidak selesa.

3 comments:

  1. Kalau dah tahu takut dan bimbang, cubalah buat sesuatu, jangan sekadar cakap takut dan bimbang...lepas tu duduk senyap aje..Diorang duduk di dalam pucuk pimpinan, tentu ada authority untuk buat sesuatu.. lain la macam kita yang cuma rakyat biasa..kalau kita bercakap pun umpama anjing menyalak bukit aje..

    Tapi memang betul la Cikgu Izuddin, memang ramai bangsa asing yang datang bekerja di sini. Nak tengok diorang, tunggu cuti macam cuti raya puasa, raya china..penuh KLCC tu dengan diorang..memang menakutkan.

    ReplyDelete
  2. aik,dia buat2 terkejut jer kut
    takkan dia tak tahu ramai
    ker tak baca surat khabar
    dah nampak menteri2 yg tak amik berat pasla isu2 penting dkt malaysia

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Tirana,

    Agaknya, kita ni terlalu liberal, kan?

    Saya setuju, kita hanya rang kecil, tak ada kuasa. Sebagai Menteri, Hishamuddin patut buat sesuatu. Jangan terkejut saje..


    Hans,

    Apa lagi boleh saya katakan, kecuali mengiyakan pandangan anda. Saya pun, seperti mana rakyat Malaysia lain, resah dan gelisah sebab jumlah pendatang (bukan pelancong luar) yang bekerja di negara ini semakin bertambah.

    Stigma dan mentaliti mereka membawa budaya sendiri, bercampur dengan suku sakat sendiri semasa cuti TBC lalu, kekadang menimbulkan rasa takut kepada orang tempatan...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...