Sunday, February 21, 2010

Pembunuhan Terancang Ala Hollywood

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Filem-filem Hollywod banyak memaparkan kisah perisikan. Antaranya termasuklah siri James Bond yang terkenal dengan 'tagline' 007. Saya minat dengan trilogi Jason Bound, lakonan Matt Damon yang pada pendapat saya, lebih realistik dengan dunia perisikan CIA, milik Amerika yang dikuasai pengaruh Yahudi. 

Baru-baru ini, pembunuhan Mahmud al-Mabhouh, seorang daripada pemimpin kanan Hamas di Dubai dikaitkan dengan perancangan perisikan Israel, Mossad. Umum mengetahui Mossad adalah acuan CIA. Pihak berkuasa Britain dan Ireland mengesahkan pasport yang digunakan sembilan orang individu yang disyaki terlibat dalam pembunuhan tokoh Hamas itu adalah palsu.

Dalam siri pertama trilogi Bound, Jason Bound lakonan Matt Damon terkejut setelah mendapati banyak pasport dengan pelbagai pengenalan diri tersimpan di sebuah peti bank di Switzerland. Dia sebenarnya keliru dan hilang ingatan selepas gagal dalam tugasnya untuk membunuh seorang pemimpin negara Afrika. 

Menurut Al-Jazeera, sembilan pemilik pasport berkenaan dikenalpasti ada kaitan dengan sepasukan 11 orang pasukan khas yang terlibat dalam pembunuhan Mahmud al-Mabhouh di hotel Dubai pada 20 Januari lalu.

Pihak berkuasa Dubai telah mendedahkan identiti 11 suspek berkenaan  dalam bentuk foto, pengenalan  pasport dan CCTV. Mereka  juga mengaitkan penglibatan Mossad dalam pembunuhan berprofail tinggi itu.





Dhafi Khalfan, Dubai's police chief, said on Monday that he had not ruled out "the involvement of Mossad [Israel's intelligence agency] or other parties in the assassination".
Kumpulan pembunuh itu dipercayai menyewa bilik hotel berhadapan bilik al-Mabhouh  ketika masa pembunuhan dalam masa 24 jam tanpa menggunakan kad kredit dan membuat panggilan telefon.

Menurut polis lagi, pembunuh al-Mabhouh menggunakan alat elektronik  khas untuk memasuki biliknya  dan beliau dipercayai mati setelah menerima kejutan elekrtik yang tinggi menyebabkan jantungnya berhenti.

Al-Mabhouh tidak menggunakan nama keluarganya ketika memasuki Dubai. Pihak berkuasa Israel pula sehingga kini mengambil sikap berdiam diri dan tidak mengeluarkan kenyataan berhubung tuduhan Moosad terlibat dalam pembunuhan pemimpin Hamas tersebut. Hamas menyatakan al-Mabhouh adalah pemimpin briged
Izz al-Din al-Qassam, sayap kanan Hamas.

Nampaknya, perisikan Mossad menggunakan pembunuh upahan mereka dengan perancangan rapi  untuk menamatkan riwayat sesiapa yang dianggap musuh. Apa yang mereka 'gagal' ialah menyembunyikan identiti pembunuh berkenaan, tetapi operasi tersebut dianggap berjaya. Dalam trilogi Bound, dia diburu oleh ahli pasukannya sendiri setelah dia ingin menukar corak hidupnya. Tidak mustahil, ahli kumpulan itu akan dibunuh jika berpaling tadah atau belot.

5 comments:

  1. musuh.. memang sentiasa mencari peluang.

    ReplyDelete
  2. tak selamat juga penggunaan kad kredit ni

    ReplyDelete
  3. fuh ori ni cikgu :)

    cerita bourne mmg best. tapi cerita mabhuh ni tak best.

    ReplyDelete
  4. Cikgu..rajin nye cikgu tulis and ulas pasal pembunuhan ni. Boleh buat buku ni..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...