Thursday, November 20, 2008

Anda Marah Tak Kenyataan Ini?

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Ketika aku singgah di sebuah kedai fotostat milik seorang Cina, aku tertarik untuk memaparkan perbualan bersamanya. Aku senang memanggilnya 'Uncle', kerana usianya yang lanjut. Sambil menyuruhnya membuat salinan beberapa dokumen penting, aku berbual dengannya. Anak-anaknya tidak bekerja di Malaysia. Dua di Singapura, seorang lagi jurutera di Australia.

Memang orang Cina hari ini, tak banyak anak macam orang Melayu. Orang Cina sebenarnya lebih praktikal, kerana jika anak sikit, lebih mudah diberi perhatian. Itu sebabnya, sekarang ini jumlah anak Cina semakin rendah berbanding Melayu dan India.

"Mengapa anak uncle tak mau balik, kerja di Malaysia?" tanyaku menguji Cina tua itu.

"Susahla, ini Malaysia mana mau terima orang Cina kerja,"katanya, menyebabkan aku tersentak.

"Saya berani cakap, Malaysia tak mau bayar anak saya."katanya dengan nada yakin.

"Anak uncle yang memilih, dia tak mau kerja di Malaysia." kataku.

"Lu tengok saya, sudah tua pun, masih kerja," kata Cina tua itu.

"Orang Melayu, mana kerja macam saya. Sudah tua, boleh goyang kaki."

Aku tak bersetuju dengan kata-katanya. Lalu aku katakan, bahawa orang Cina sukar hendak bekerja dengan syarikat Melayu. Biasanya, Melayu yang akan kerja di syarikat Cina,kataku. Lagipun, Cina lebih suka kerja dengan bangsanya sendiri.

"Tapi, saya respect orang Cina, rajin,"kataku.

"Cina bukan rajin, tapi usaha kuat. Lu tau ka, Malaysia aaa, ini macam pokok daun emas, daun sudah jatuh (gugur), tapi orang Melayu tak mau kutip saja. Kita orang Cina talak(bukan) itu macam.." Kata Cina tua itu.

Selesai urusan, aku tinggalkan 'uncle' dengan prinsipnya.

Aku terfikir sendirian, agaknya beginilah tanggapan orang Cina terhadap bangsa kita. Aku tak marah, sebab ada pandangannya yang betul. Ringkasnya, aku rasa orang Cina pandang rendah bangsa Melayu sebab sikap bangsa kita asyik mengharap 'tongkat' atau bantuan kerajaan.

Ada kala, aku rasa tercabar juga, sebab seolah-olah ia memperlecehkan orang Melayu. Tapi orang Cina selalu tolong bangsanya, jika dah berjaya. Orang Melayu, bila dah berjaya, selalu lupa pada bangsa. Berapa ramai Melayu yang dah berjaya, tapi tak semua ingat nak tolong bangsa. Sebaliknya, kerajaan yang sediakan pelbagai bantuan atau istilahnya tongkat.

Kekadang, ahli politik pun begitu. Cakap tentang jati diri bangsa, agama, bla..bla..bla... Tapi bila dapat tender, dialibabakan kepada tauke Cina. Kalau dapat untung sikit, tukar kereta mewah, tambah isteri dan seumpamanya.

Agaknya, bila mentaliti bangsa kita nak berubah?

p/s: Agak sibuk kebelakangan ini, menyiapkan laporan dan tugasan hujung tahun. Kalau blog tak dikemaskini, harap maaflah..

18 comments:

  1. I like this anecdot. Memang terkesan. Melayu yang dah berjaya dan kaya-raya ramai yang lupa akar diri. Walaupun tidak semuanya.

    Aku percaya...aku percaya...sungguh!

    ReplyDelete
  2. Banyak lagi pandangan yang negatif bangsa lain kepada bangsa Melayu. Perdebatan juga banyak berlangsung mengenai sifat,sikap,pandangan dan nilai Melayu. Yang penting Melayu generasi baru harus 'berani berubah'. Macam mana .. boleh lah saudara Izuddin buat satu entry lagi ... :)

    ReplyDelete
  3. cikgu din, saya totally agreed dgn uncle tu. haha. kalau jumpa mana2 uncle cina musti borak pasal ni jugak.

    sekurang2nya taknak la diorng sampai mati duk pegang teori tu kan?

    tapi mmg betul pun tu..melayu senang sikit dah mcm senang byk.

    hmm

    ReplyDelete
  4. Sikap inilah yang boleh menggugat keamanan tanahair Malaysia. Kenapa..bila tak dapat kerja marahkan kerajaan, lalu ke luar negara.

    Itulah persepsi namanya. Malaysia tetap bumi bertuah.

    ReplyDelete
  5. cikgu ein..

    ya ada kebenarannya.. tapi sedikit sebanyak kita juga perlu muhasabah diri sendiri dan cuba perbaiki diri termampu mungkin..

    Tapi apa juga bangsa kita punya jati diri yang kuat.. walau kemana pun kita mengembara bila berjumpa sesama bangsa malaysia kita tetap tegur sapa (walaupun tidak semua)

    Kadang pernah juga kata dengan rakan-rakan.. andai apa2 terjadi pada negara kita? antara bangsa yang ada dinegara kita? siapakah yang sanggup berkorban mempertahankan negara dan agama? Teringat masa zaman gawat dulu.. ramai org cina lari keluar negara tinggalkan malaysia kerana lebih selesa cari duit di negara org.
    Kebanyakan bangsa melayu? tetap setia bersama membina kehidupan.. saya tidak anti mana-mana bangsa.. tetapi mengajar anak2 pelbagai bangsa banyak mengajar saya tentang jati diri.. tentang kesungguhan.. malah bila berada dinegara orang.. masih juga ada nilai budi bahasa dan tolong menolong di kalangan org melayu..

    ReplyDelete
  6. Salam sdr,

    "Emas sudah gugur, Melayu tadak mau kutip" Isu tongkat ini memang sudah lama diperdebatkan di zaman Tun Mahathir lagi. Tapi orang Melayu marah.

    Bagi saya selagi orang Melayu diberikan tongkat selagi itu Melayu tidak mampu berjalan tanpa tongkat.

    Di Kelantan, Melayu berniaga tembakau, Cina juga berniaga tembakau, Siam juga berniaga tembakau tetapi kenapa syarikat Melayu saja yang lingkup?

    Peniaga tembakau adalah anak emas kerajaan. Modal pusingan diberikan pinjaman, keperluan input di berikan subsidi spt. baja, racun dan plastik peneduh. Alat mesin spt. pump, hose, sprinkler, mesen bajak ringan semua diberikan subsidi. Pasaran tembakau dijamin 100% oleh kerajaan. Dari daun klas primium sehingga daun klas habuk akan habis terjual.

    Dalam pada segala kemudahan dan jaminan diberikan, syarikat Melayu lingkup dengan hutang yang bertambah. Syarikat orang lain semakin kembang dan membesar. Siapa lagi yang kita nak salahkan kalau bukan sikap kita sendiri?

    ReplyDelete
  7. yang aku tau...melayu memang suka tongkat...tongkat ali..

    ReplyDelete
  8. Hakikatnya melayu tidak mahu bersyukur..macam-macam kemudahan dah diberikan tetapi tetap mahu tikam menikam sesama sendiri..akhirnya bila orang lain yang ambil peluang keemasn itu orang melayu tetap lagi leka..dan satu lagi orang Melayu kan terkenal dengan tolak ansurnya..suka bertolak ansur tak kira tempat cikgu..esok kalau orang nak jajah lagi tanah melayu..entah lebih tolak atau ansurnya yang lebih...entahlah

    ReplyDelete
  9. Rozlan,

    Katakanlah kebenaran walaupun pahit. Memang ada Melayu yang lupa diri bila kaya.

    Tapi kalau nak dibanding dengan pencapaian Cina hari ini, bangsa Melayu jauh ketinggalan.

    Pengangguran dalam masyarakat Cina rendah kerana syarikat Cina sama ada kecil, besar akan pastikan bangsanya dapat kerja dengan mereka.

    ReplyDelete
  10. Pokli,

    Negara kita berpasakkan demokrasi. Sesiapa pun berhak beri pandangan.

    Saya setuju bahawa 'Melayu generasi baru harus berani berubah..' seperti tulisan Pokli.

    Adakah kita harus menunggu terjadinya pembersihan etnik seperti di Bosnia atau Palestin, baru Melayu nak sedar?

    Saya harap tidak sampai begitu.

    ReplyDelete
  11. Razor,

    Orang Cina bangga dengan tamadun mereka sejak dahulu lagi. Mereka bangunkan Tembok Besar sejak Dinasti Ching, mereka mencipta kain sutera dan pelbagai lagi.

    Mereka migrasi ke negara ini asalnya sebagai buruh lombong. Tapi hari ini, mereka boleh duduk lebih tinggi, berdiri lebih gagah dari orang Melayu.

    Hari ini, Barack Obama menjadi Presiden kulit hitam pertama di Rumah Putih.

    Tak mustahil,.. segalanya mungkin.

    ReplyDelete
  12. Saudaraku Rahisam,

    Saya pun tidak setuju dengan kenyataan uncle Cina tu. Pada saya, itu satu escapisme, meletakkan salah pada bahu orang lain.

    Hakikatnya, orang Cina memang sudah sebati dengan 'ong' atau kekayaan. Di mana mereka boleh cari wang dan untung, ke sanalah mereka pergi.

    Itu sebabnya ramai Cina berhijrah ke Australia, Kanada dan Britain. Tapi jaringan mereka kuat. Atas nama bangsa, mereka boleh tolong menolong di rantau orang.

    Melayu kena berubah, bak kata Pokli, ..kena berani berubah.

    ReplyDelete
  13. Iina, saya tertarik dengan frasa ini:
    "..antara bangsa yang ada dinegara kita? siapakah yang sanggup berkorban mempertahankan negara dan agama? Teringat masa zaman gawat dulu.. ramai org cina lari keluar negara tinggalkan malaysia kerana lebih selesa cari duit di negara org.
    Kebanyakan bangsa melayu? tetap setia bersama membina kehidupan.. saya tidak anti mana-mana bangsa.. tetapi mengajar anak2 pelbagai bangsa banyak mengajar saya tentang jati diri.. tentang kesungguhan.. malah bila berada dinegara orang.. masih juga ada nilai budi bahasa dan tolong menolong di kalangan org melayu.."

    Kebenarannya adalah, Melayu kekal dengan jati diri apabila berasa terancam agaknya. Tapi di Malaysia sekarang, jati diri Melayu terancam secara perlahan-lahan.

    Moga Iina dapat kekal dengan jati diri Melayu yang beradab dan berhemah di rantau orang.

    ReplyDelete
  14. Moundweller,

    Saya terkesan dengan tulisan tuan:

    "..Syarikat orang lain semakin kembang dan membesar. Siapa lagi yang kita nak salahkan kalau bukan sikap kita sendiri?"

    Saya kira Melayu Singapura terpinggir, tapi hakikatnya, Melayu di sana berdaya saing. Melayu Pattani yang membuka kedai makanan di negara kita bercambah bagai cendawan selepas hujan. Melayu Champa dari Kemboja, boleh berniaga kain baju; Melayu Acheh menguasai jalan Chow Kit dan gerai buah di Pasar Borong Selayang.

    Maknanya, benarlah sikap kita yang menyebabkan kita dipandang rendah. Bukan kerana fizikal atau rupa.

    ReplyDelete
  15. Adi Iman,

    Terima kasih sudi singgah. Sudikan lagi ke sini

    ReplyDelete
  16. Habiha69,

    Saya rasa tolak ansur tu perlu, tapi ada hadnya. Cuma, Melayu ni kuat sangat dengkinya pada bangsa sendiri. Kalau saya berniaga pisang goreng, minggu depan, ada Melayu yang turut jual pisang goreng, menu yang sama, jarak dekat-dekat.

    Tak lama kemudian, mulalah tersebar fitnah, santau dan seumpamnya. Budaya Cina, ada juga dengki, tapi tak teruk macam Melayu. Setuju?

    ReplyDelete
  17. hehehe
    abih camno? kasik jawab dgn realiti.

    ReplyDelete
  18. Saya setuju dengan kenyataan yang melayu kuat hasad dengki... tak suka melihat orang lain senang dan ingin menjatuhkan.. erm... tapi adakala saya merasakan sebenarnya tidak kira melayu, cina, india, mahupun apa bangsa.... ia bertitik tolak dari 'diri kita sendiri'... ada juga, bangsa2 lain yang merempat dan tidak membangun, masih ada juga orang cina yang tidak maju dan mendapat pembelaan saudara sebangsanya, ada juga bangsa india menindas kaum sendiri..

    apa pun, isu kelayuan bangsa umpama melihat dari satu skop yang besar. memandangkan yang dikaji dan dilihat atau penduduk malaysia majoriti nya melayu dan diikuti kaum lain.. maka, sikap buruk itu terlihat banyak pada orang melayu.. sedang ia juga penyakit yang ada pada setiap bangsa atau individu...

    jika dilihat, persoalan ini sebenarnya amat berkaitan dengan diri kita sendiri. sikap individu.. mahu berubah atau tidak? mahu maju atau mundur?

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...