Thursday, November 6, 2008

Kura-kura Yang Perlahan..

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.
Suatu petang, ketika sedang pulang dari tugas tambahan di sekolah, aku ternampak seekor kura-kura sedang melintas jalan. Entah mengapa, terdetik hatiku untuk menyelamatkannya lantas membawanya pulang ke rumah.Sikap ingin tahu dalam diri kanak-kanak begitu tinggi. Sebenarnya, anak-anakku bukan biasa melihat kura-kura yang sebenar, melainkan di TV, buku dan zoo sahaja.
"Baba, dia makan apa?"
"Mana kepala dia?"
"Mak dia tak marah ke kita ambil kura-kura ni?"
"Boleh tak kita bela dia, baba?"
Itulah antara pertanyaan mereka yang begitu bersemangat melihat kura-kura yang kemalu-maluan dan asyik menyorokkan kepalanya dalam cengkerang.
Semua pertanyaan mereka kujawab dengan baik, biarpun ada soalan yang kekadang tidak perlu kujawab.
Kura-kura tergolong dalam spesis haiwan liar, hidup dua alam dan makan hidupan air serta tumbuhan seperti kangkung.

"Kami boleh bela dia, baba?"

Tak upaya kubela kura-kura itu anak-anakku, sebab dunia kita dan haiwan ini berbeza.

"Biarlah kura-kura itu hidup dalam dunianya." kataku.

Beberapa alasanku seolah-olah tak mahu diterima mereka. Nampak sedikit kekecewaan pada wajah mereka...



Tapi akhirnya, anak-anakku boleh juga menerima hakikat bahawa kura-kura perlu dilepaskan kembali ke habitat asalnya.

Petang itu juga, kami ke anak sungai di depan rumah yang jaraknya tidak sampai 100 meter, lalu kura-kura itu dilepaskan kembali.

Satu cerita menarik tentang kura-kura ialah kisahnya berlumba dengan sang arnab. Akhirnya, kura-kura yang dianggap lemah dan lembab berjaya mengalahkan arnab yang terlalu yakin. Banyak pengajaran yang dapat diambil dari kisah itu.

15 comments:

  1. Sifat ingin tahu di kalangan kanak-kanak memang tinggi lebih-lebih lagi perkara yang diorang tak pernah alami dan nampak sebelum ini. Sebagai ibubapa kita harus memberi galakan kepada mereka dengan membenarkan mereka menyentuh, merasa, memandang dan mendengar. Jangan kita takut-takutkan mereka dengan sesuatu yang tak sepatutnya mereka takut.

    ReplyDelete
  2. satu entry yg menarik - moral untuk kita :kita tidak mewarisi bumi ini dari nenek moyang kita..anak 2008 dah seakan JAHIL dengan kura2.bagaimana kalau 2028....giliran anak2 diaorg bertanya......apa nak jawab yop......

    ReplyDelete
  3. Bandar semakin membesar dan kehidupan dikampung tradisional semakin mengecil. Ramai juga yang sudah tidak kenal pokok padi dengan mengatakan ianya pokok beras. Kecintaan kepada alam sekitar dan habitatnya perlu dipupuk kepada generasi yang mewarisi kita.

    ReplyDelete
  4. iya nak. dunia hidup di dunia lain, dunia bunian .......

    ReplyDelete
  5. Tirana,
    Sifat ingin tahu, ingin meneroka memang wujud dalam diri insan. Kalau tak dipandu, penerokaan itu songsang jadinya.

    Remaja hari ini, yang terjebak dalam dunia hedonisme dan hiburan, kerana tidak dipandu dengan betul...

    Jadi panduan untuk kita yang ada anak ni..

    ReplyDelete
  6. Bro Jinggo,
    Teman pun ada rasa sayang pada flora dan fauna.. warisan yang sangat perlu dipertahankan demi anak cucu kita nanti..

    ReplyDelete
  7. Pokli,
    Betul apa yang dinyatakan. Rasanya, dalam kalangan blogger yang sering bertandang ke sini, Pokli paling senior, lebih banyak makan garam, asal jangan terlebih, sudahlah...
    Nati kene daroh tinggi la pulok..

    ReplyDelete
  8. Maksu,
    Eeeeeeeeeeeeeeeeeeee,..takutnya kat nenek ni..

    ReplyDelete
  9. cikgu..bnyk kali sy lihat kura2 cuba lintas hway..ntah berjaya atau tidak..tp kekerapan binatang cuba melintas jln menunjukkan manusia sudah semakin rakus mengambil habitat mereka.

    chayok cikgu. cikgu dh jd hero semlm. :)

    ReplyDelete
  10. Agaknya kalau budak-budak lebih kenal ninja turtle dari kura-kura?:)

    ReplyDelete
  11. Kura-kura walaupun merangkak perlahan tetapi tidak berhenti tidur akhirnya menang. Orang pun sama kalau asyik tidur saja sampai ke tua pun tang tu juga.

    Ada kura-kura boleh keluarkan suara, entah betul ke berita kat tv tu!

    ReplyDelete
  12. Wilda, nak kata jadi hero, tak juga, tapi ada ilmu yang dapat diterap pada anak-anak, ilmu menghargai alam dan isinya.

    Macamne study, hope you'll success?.. Struggle to survive!

    ReplyDelete
  13. Ibnurashidi,

    Begitulah kanak-kanak sekarang, lebih kenal computer games daripada konda kondi, tau tentang hp daripada polisentri. Dah berubah dunia hari ini, dulu tak sama dengan cara kini. Apa nak buat, inilah globalisasi, jangan sampai lupa diri, supaya kita tidak rugi.

    ReplyDelete
  14. Puterabumi,

    Itulah moralnya, kura-kura yang lambat, jangan disangka tidak upaya bersaing.

    Saya pernah baca dalam Mastika, ada kaki ekor percaya kura-kura yang selamat menyeberang jalan kalau "dipuja" akan menunjukkan nombor ekor yang bakal naik... Kononnya lah, saya tak percaya, sebab saya bukan kaki ekor...

    ReplyDelete
  15. kalau dulu kat kampung senang la nak jumpa kura2 tp skrg akibat pembangunan,penambakan laut,sungai telah mengganggu habitat mereka ni...kanak-kanak sekarang harus diajar cintakan alam sekitar agar dimasa hadapan ada dikalangan mereka yang mampu membangunkan negara tanpa merosakkan alam sekitar

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...