Sunday, November 2, 2008

Pengajaran Kisah Abby-Norman

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Siapa yang mengikuti perkembangan artis tanah air, pasti tahu kisah pasangan suami isteri, Abby Abadi dan Norman Hakim.

Sebelum ini, mereka pernah 'bercerai' seketika gara-gara Norman Hakim berbalas mesej dengan seorang artis baru.Dua hari lalu, dunia artis tanah air gempar lagi apabila Norman ditangkap basah dengan pasangannya Memey, seorang lagi artis baru di premis yang menjadi pejabatnya jam 3 pagi. Aku tak mahu mengulas kisah ini, kerana ia sudahpun diulas panjang lebar oleh Gayah Gebu dalam Metro Ahad, dan Zubir Yunus dalam Berita Minggu yang kubeli kejap tadi.

Arwah ayah pernah mengingatkan aku, agar menjaga hubungan suami isteri sebaik mungkin.
"Jangan mudah mendengar berita pihak ketiga," kata ayah menasihatiku selepas berkahwin dulu.

"Sebagai suami, jalankan tanggungjawab kamu. Jangan ingat kahwin ni mudah,.. Tolak ansur kena ada." Antara pesan ayah yang masih kuingat.

Sebenarnya, ikatan perkahwinan yang sah umpama tali yang terikat kukuh. Ia harus disuburkan dengan kasih sayang dan kejujuran.

Kini, sudah lebih 11 tahun usia perkahwinan kami, nasihat dan panduan arwah ayah banyak membantu mematangkan hubungan aku dan isteri.

Bohonglah, kalau dikatakan tiada sengketa antara aku dan isteri, tapi ia dapat diatasi melalui tolak ansur dan musyawarah. Lagipun, kelahiran enam cahaya mata menambahkan lagi kasih sayang antara kami.

Analogi hubungan suami isteri, bak lirik lagu P Ramlee dalam kisah Tiga Abdul:
'..sedangkan lidah, lagi tergigit, apa pula suami isteri,
buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi.'

Pasangan pelakon yang ayah amat hormati ialah arwah Roseyatimah dan suaminya, aktor Datuk Mustapa Maarof kerana berpisah hanya kerana bercerai mati.

Artis hari ini terdedah kepada perbuatan curang dan mainan pihak ketiga, kerana dunia mereka begitu. Apa kurangnya Abby Abadi, cantik dan tak pernah kudengar cerita kurang enak tentangnya. Tapi kalau dah namanya manusia, kekadang kita tak bersyukur dengan apa yang ada.

Teringat aku kata-kata seorang sufi, yang dijadikan lirik dalam lagu nasyid:
"..Apa yang ada, jarang disyukuri, apa yang tiada, sering dirisaukan, nikmat yang dikecapi, akan terasa apabila hilang. Apa yang diburu, timbul rasa jemu, apabila sudah di dalam genggaman."

Mungkin Norman Hakim akan menghargai isterinya selepas kehilangan Abby. Moga itu tidak berlaku.

15 comments:

  1. Cikgu Izzudin,

    Saya tengok, pasangan zaman sekarang ni mudah sangat bercerai berai..Bukan di kalangan artis sahaja, orang biasa pun..

    Pantang larang dalam rumahtangga tidak dijaga dengan sempurna.. Toleransi semakin kurang..sabar pun tak berapa ada..Skill komunikasi lagi jauh..

    Berbalik kepada niat perkahwinan itu sendiri.. Kawin kerana apa? Kerana cinta? kerana harta? kerana rupa? Agaknya pasangan muda-muda sekarang ni tak berapa nak faham kenapa mereka berkahwin..apa tujuannya dan apa niatnya... itulah sebabnya jadi begitu...

    ReplyDelete
  2. ade bdk junior sblh blek sy cucu datok mustapa maarof...

    ReplyDelete
  3. menjadi sempadan utk saya..
    menjadi sempadan utk cikgu dan sume..
    yg kita tetap milik Dia..
    bila2 masa nikmat kebahagiaan dr kita yg dipinjam boleh ditarik kembali...

    ReplyDelete
  4. Tirana,

    Apa yang berlaku dalam perkahwinan hari ini agak menakutkan. Labih ramai yang bercerai berai. Akhirnya kesannya kepada anak.

    Saya biasa berdepan dengan pelajar bermasalah. Selalunya. mereka memang ada masalah keluarga; ibu bapa bercerai, bapa penagih dadah, ayah kahwin lain, dan seumpamanya.

    Perkahwinan yang sepatutnya dijaga dan dipelihara, kini mudah terungkai ikatannya.

    Moga-moga semuanya menjadi sempadan dalam kehidupan kita.

    ReplyDelete
  5. Put,
    cikgu antara peminat pelakon veteran seperti Datuk Mustapha Maarof. Antara lakonannya yang terkesan, termasuklah Seri Mersing dan Hang Tuah dan Bawang Putih Bawang Merah (versi Malaysia tau...)

    Tanpa yang lama, yang baru takkan wujud. Orang lama perlu dihormati, kerana mereka lebih dulu makan garam..

    ReplyDelete
  6. Azza,

    Hakikatnya ialah kita semakin menuju ke arah kebejatan yang semakin memburuk.

    Sudah ada dalam kalangan masyarakat kita yang sudah tidak meyakini institusi rumah tangga.

    Di Singapura, generasi mudanya lebih suka hidup tanpa ada ikatan perkahwinan. Hidup bersama, jika 10 tahun ada keserasian, barulah berkahwin.

    Berzina dahulu, kemudian baru wujudkan ikatan. Di negara kita pun, dah ada. Tengok remaja yang terlanjur, atas nama cinta, rela serahkan maruah diri dan tubuh badan.

    ReplyDelete
  7. Aku percaya bahawa tolak ansur dapat selamatkan rumah tangga. Tetapi kekadang, emosi menjadi raja sehingga manusia tenggelam punca dan membiarkan nafsu menguasai akal. Aku salah seorang yang pernah merasai detik kehancuran perkahwinan.

    ReplyDelete
  8. mudah....kawin sebab nafsu....hehehe
    bosan boleh tinggalkan begitu sajer

    ReplyDelete
  9. yop - penat benor teman : cadang2 tadi nak tulis dlm bab ni - tapi teman tengah syudy kes Aziz M.Osman ni....berkaitan dengan Norman - fakta nya jelas - apa yg di tulis dalam BERITA MINGGU....dunia ini memang masih ADIL....yg pentingnya yop : semuga Allah beri perlindungan pada ketiganya.Norman.Abby dan Memey.....kata tirana - perkahwin ini di dahulukan dengan niat...yg lain2 kerja tuhan yop....

    ReplyDelete
  10. Puterabumi,

    Perceraian walaupun halal, dibenci Allah.

    Apa yang telah terjadi, hanya sejarah lampau. Adik saya pernah melaluinya, dua kali, gara-gara orang ketiga dan ego sang isteri.

    Kini, dia lebih rela menyendiri. Saya tidak memaksanya untuk kali ketiga. Biarlah masa menentukan, katanya. Benar, dia kecewa dengan kegagalan itu. Syukur sebab dia masih bertahan dan mampu meneruskan hidup.

    ReplyDelete
  11. Pendekar,

    Jika mentaliti kita menganggap kahwin sebagai proses jual beli kereta, begitulah jadinya. Andai tak suka, cerai.

    Tapi ia memberi kesan rantaian, kerana anak-anak yang kehilangan kasih sayang akan memberontak.

    Untuk jangka panjang, proses kahwin-cerai akan mengakibatkan generasi muda hilang keyakinan terhadap institusi perkahwinan.

    Budaya berzina akan subur dan akhirnya kita akan menjadi seperti tamadun barat; apabila menghalalkan kahwin sejenis dan duduk serumah tanpa ikatan nikah.

    Nauzubillah....

    ReplyDelete
  12. Bro Jinggo,
    Saya akan baca posting berkaitan Aziz M Osman tu.

    ReplyDelete
  13. suami isteri kena sama-sama menghargai ikatan perkahwinan mereka dan treasure every moment

    saya akan sambut anniversary ke 16 pada mid-nov ni, insyallah. moga2 Allah panjangkan jodoh saya dan suami saya... amiinnn

    ReplyDelete
  14. betul2.... kena banyak tolak ansur dalam perkahwinan...anggap perkahwinan macam satu organisasi...semua ada peranan untuk memastikan organisasi berjaya...penting juga didikan agama dan yang paling penting...lakukan semuanya kerana Allah...insyaAllah...

    ReplyDelete
  15. Dari dlu lagi dok nampak..kalau artis kahwin mesti berakhir cerai..ntahla..koreksi dan muhasabah balik nape jadi gitu..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...