Tuesday, November 11, 2008

Selamat Menghadapi SPM, Pelajarku.

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Bertalu-talu mesej yang masuk ke skrin sejak dua tiga hari yang lalu.
"Maafkan saya cikgu,"
"Saya mohon restu, cikgu"
"Doakan kejayaan saya dalam SPM"
Dan bermacam-macam lagi mesej yang dihantar, dengan maksud yang lebih kurang sama. Pelajar-pelajar yang agak rapat hubungannya dengan aku, memohon maaf, restu dan dihalalkan ilmu yang telah dicurahkan kepada mereka.

Sebenarnya, aku telah pun halalkan segala ilmu yang kuberi. Aku juga ampunkan dosa mereka, biar sebesar mana dosanya, sebab aku bukannya sempurna. Aku pun ada salah juga dengan bebudak ini. Iyalah, nobody's perfect... Kekadang, aku mungkin ada mengeluarkan kata-kata yang menyinggung hati mereka. Budak-budak ini pun manusia, ada hati dan perasaan.

Hari ini, bermulalah cabaran untuk pelajar tingkatan 5, seluruh negara yang bakal menjawab soalan Bahasa Melayu dan Sejarah, diikuti Bahasa Inggeris pada esoknya. Tentulah aku pun ada juga rasa bimbang, kalau-kalau anak murid tak dapat menjawab dengan baik. Semua ibu bapa inginkan kejayaan anak-anaknya. Guru pun begitu juga. Tiada guru yang doakan pelajarnya gagal. Kami buat majlis solat hajat di sekolah tempoh hari, dan ramai bapa yang hadir memberi sokongan. Syukurlah, ibu bapa seperti ini ada rasa tanggungjawab berkongsi dengan sekolah.

Aku doakan semuanya berjaya. Aku doakan semuanya tenang menjawab soalan SPM. Selalu aku berpesan, doa saja, tak cukup. Kena ada usaha, baru boleh berjaya. Kekadang budak Melayu mudah percaya pada air penerang hati. Aku katakan, minumlah air yassin dua tiga balang, tapi kalau tak berusaha, tak terang juga hati. Sebab aku yakin, Allah hanya tolong mereka yang berusaha untuk berjaya.

Dan aku berharap, semasa keputusan diambil Mac 2009 nanti, anak-anak ini akan menitiskan air mata gembira, bukannya duka. Itulah harapan aku. Mungkin....

12 comments:

  1. Mudah-mudahan anak-anak kita yang menghadapi peperiksaan bermula hari ini akan dapat menjawab dengan tenang dan lancar dan seterusnya akan berjaya dengan cemerlang.

    ReplyDelete
  2. Tirana,

    Begitulah harapan dan doa saya.

    ReplyDelete
  3. siapa keluarga mertua cikgu di kg darat batu rakit tu ye? mungkin kita sembahyang raya di masjid yang sama..hehe!

    anyway, debar hati nok masuk dewan spm 10thn lalu x payah cerita lah. tapi serius ckp, sy x pernah tahu yg cikgu2 kami sbnrnya ambil berat smpai mcm ni sekali. kalau la dulu ada blog, musti saya tahu apa yg cikgu2 saya rasa..

    ReplyDelete
  4. yop - sedih benor teman dengor cerita cgu ni.pandangan yg ikhlas datang dari seorang guru. semuga ilmu2 yg ( mengalir ) ini mampu mencorakkan kita besok ( diakhirat )......semuga yop dan kawan2 mendapat keberkatanNya.dan selamat periksa untuk kome2.....

    ReplyDelete
  5. Bro Jinggo, begitulah guru, our core bussiness is student.

    Tanpa mereka, tiadalah guru.

    ReplyDelete
  6. Artikel ini mengingatkan saya kepada guru-guru saya dahulu. Ada yang masih hidup, bersara dan meninggal dunia. Sampai hari ada beberapa pesanan guru yang masih terpahat dalam hati. Apa pun saya turut berdoa bahawa mereka akan mampu menjawab yang terbaik. Hidup Cikgu.

    ReplyDelete
  7. Pokli,

    Sajak Usman Awang mengangkat martabat guru, pabila moral saya kekadang jatuh dan tidak bersemangat, sajak itu mendorong saya kembali bertenaga.

    ReplyDelete
  8. cikgu..maaf saya menghilangkan diri tiba2..
    ntah kenapa, tiba2 rasa kecil hati dgn dunia blogging. salah saya, suka sgt buat keputusan mengikut emosi.

    insyaAllah, sebulan dua lagi akan lahirlah web perniagaan farmasi ibu saya. itu fokus saya skrg di samping projek akhir tahun dan pengajian saya. skiranya ada kekuatan, saya akan wujudkan blog peribadi semula.

    buat masa ini, saya selesa menjadi pembaca. saya akan sentiasa mengunjungi blog cikgu. :)

    cikgu, adik saya juga sedang 'bertarung' sekarang. spm. moga dpt menjwb dgn baik.

    -wilda

    ReplyDelete
  9. Wilda,
    setiap yang kita buat mesti beralasan, biarpun mungkin keputusan itu tak disukai orang lain.

    Tak mengapalah. Teruskan, cuma saya tak dapatlah tahu dunia wilda, dulu ada juga cerita tentang bodyguard, tentang penyelia yg ngantuk dan letih ketika wilda sibuk buat presention dan macam-macam lagi.

    Apa pun, moga berjaya dalam bidang yang diceburi...

    ReplyDelete
  10. Mudah-mudahan berkat doa cikgu, murid-murid dapat menduduki peperiksaan dengan tenang. Kecemerlangan murid-murid dalam peperiksaan bukan setakat menjadi kebanggaan ibu bapa,malahan sekolah dan guru juga berasa amat bangga. Kejayaan murid adalah kejayaan guru.

    ReplyDelete
  11. Puterabumi,

    Kembali menguatkan semangat. Terima kasih.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...