Saturday, November 8, 2008

Otak Berkarat Di Pulau Mutiara



Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Ini kali kedua aku ke Pulau Mutiara tahun ini. Kali pertama pada Mac lalu untuk satu mesyuarat anjuran JPN Perak. Kali ini pula, untuk menghadapi kursus yang menentukan tahap kerjayaku sebagai guru.

Perjalanan tidaklah membosankan, kerana aku ditemani dua orang dua wanita, iaitu Kak Ani dan Kak Yati. Kami tiba pada jam 4 petang, di Hotel Copthorne, Tanjung Bungah setelah melewati perjalanan sejauh 207 km. Jambatan Pulau Pinang semakin tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah.

Seingat aku, jambatan ini mencipta sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara ketika itu.

Aku bertemu semula dengan rakan lama di UPM dulu, antaranya Cikgu Falid. Room mateku bernama Ku Muhammad Najmi, dari Kedah. Banyak persamaan antara aku dengannya. Kami sebaya, punya isteri yang juga cikgu, tetapi jumlah anakku lebih ramai daripadanya.

Kursus ini memberi peluang untuk aku mengenal rakan baru. Di sini, kami berkampung 7 hari di samping melakukan beberapa tugasan, sama ada bentuk individu mahupun kumpulan. Alahai, otak dah berkarat, lama dah tinggalkan kuliah dan nota.

Bersama Hajah Zainab, bekas atase pendidikan di Indonesia, kami memecahkan tembok diri yang menghalang interaksi. Hakikatnya, ramai manusia yang kutemui di sini mempunyai kehebatan dalam bidang masing-masing. Ada pensyarah maktab, pentadbir dan guru matrikulasi yang turut sama menjalani kursus yang dianjurkan Yayasan Guru dan KPM ini.

Mujur aku sempat siapkan tugasan individu sebelum tiba di sini.

"Itulah, suka sangat kerja last minute,.." kata sang isteri yang menegur kelewatanku menyiapkan kerja.

Dan seperti biasa, aku hanya diam dan tersengih.....

9 comments:

  1. Mudah-mudahan Cikgu Izzuddin melalui kursus ini dengan jayanya...

    ReplyDelete
  2. Jauh perjalanan luas pandangan. Selamat berkursus lagi.

    ReplyDelete
  3. Tirana,

    Terima kasih atas sokongan..

    Banyak yg nak kena buat nih..

    ReplyDelete
  4. Azza,

    Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah..

    Penang agak sesak, terutama kenderaan yg bertali arus.

    ReplyDelete
  5. Pokli,

    Kekadang penat asyik kursus ni. Tapi dah tanggungjawab, nak buak guane lagi? Dok beghahi doh....

    ReplyDelete
  6. Langkah mula amat penting untuk meneroka perjalanan seterusnya...kan?

    ReplyDelete
  7. Bro Lan, betul, seribu langkah pun, mesti dimulakan dengan satu langkah..

    Tapi penin wooooooo..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...