Friday, May 8, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa


Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Ramai rakan dan lawan yang mengulas kemelut politik di Perak yang entah bila tamatnya. Jadi, untuk meneutralkan keadaan, biarlah blog lain membahaskan perkara ini, sama ada dengan cara yang elok, emosi atau pelbagai cara ulasan, mereka mempunyai pandangan yang tersendiri. Dalam dunia siber, setiap orang berhak menyatakan pendapat, biarpun mungkin pendapatnya tidak sama dengan orang lain.

Apabila menyentuh persoalan bahasa, tersentak aku dengan peristiwa pagi tadi. Seorang rakan sejawat (kusebut A)mempertontonkan beberapa helai baju sutera untuk rakan-rakan yang berminat. Baju itu adalah untuk sampel jualan kepada rakan sejawat di pejabat kami. Malangnya, dalam keadaan kelam kabut, baju batik sutera (yang harganya agak mahal itu) ditarik oleh seorang rakan lain, (kunyatakan sebagai B) yang pada hemat aku berlaku secara tidak sengaja. Aku yang berada di situ hanya melihat senario yang tiba-tiba menjadi panas dek kerana baju sutera tersebut.

A berasa marah dengan tindakan B sehingga mengeluarkan ayat yang pada hemat aku, tidak sesuai sebagai orang muda kepada orang yang lebih tua.

"Tak pernah beli baju batik sutera ke? Memang baju ni mudah koyak!" katanya dengan nada tidak puas hati.

Aku tak pasti apa berlaku selepas itu, tetapi sewajarnya ayat begitu tidak manis dituturkan, apatah lagi jika ditujukan kepada orang yang lebih tua.

Pada pandangan aku, baju itu pun tidaklah koyak sehingga jelas kelihatan. Tak sampai pun dua inci, dan hanya benang yang 'retas'. Boleh dijahit semula. Selesai masalah.

Mengapa harus ditutur perkataan yang boleh merenggangkan hubungan sesama insan?

Kata rakan lain, si A memang begitu. Mulutnya memang 'bisa', dan jenis 'cakap lepas'.

Teringat kata-kata Seniman Agung P. Ramlee dalam Seniman Bujang Lapok, "Bahasa Menunjukkan Bangsa..". Agaknya, bangsa kita sudah semakin biadab. Mat Rempit yang semakin mengganas, peragut yang semakin zalim dan terbaru, sidang DUN Perak yang ala Taiwan, semuanya membuktikan masyarakat kita makin biadab...

P/s: Speaker tak rosak lagi, nape tuko?.. tanya seorang rakan. Aku terkedu..(politik lagi..)


3 comments:

  1. mmm makin hilang budi bahasa skrg nie kan.. sebab harta sebab benda lebih utama dari budi bahasa dan sopan santun.. sedih!!

    ReplyDelete
  2. Iina,makaseh singgah.

    Untuk renungan kepada kita juga. Saya tak maksudkan orang lain, kekadang saya pun mungkin berlaku biadab kepada orang lain tanpa disedari.

    Cakap siang pandang-pandang, cakap malam, dengar-dengar..

    ReplyDelete
  3. Sesetengah orang memang bermulut laser.. cakap lepas tanpa memikirkan perasaan orang lain... tapi kalau orang laser dia balik, tahu pulak dia terasa hati...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...