Tuesday, May 26, 2009

Sayangnya Akil Hayy...

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Siapa yang tidak kenal dengan Akil Hayy, seorang ustaz muda berwatak artis yang mempunyai tarikan tersendiri. Kalau berceramah, dia mampu mengaji, menyanyi dan mengajuk sehingga audiens tidak jemu mendengar celotehnya.

Sebelum ini, khabar angin yang tersebar itu ditepis dan dikilas oleh empunya diri, tetapi kali ini, si isteri membuat pengakuan.

Tuhan Itu Sesungguhnya Maha Kaya

(dipetik daripada MURAI.com)


KL, 25 MEI 2009:
Murai Batu sebenarnya sedih kalau dengar cerita orang nak cerai-berai. Lebih-lebih lagi kalau pasangan itu sudah ada anak-anak yang sedang membesar. Kesan yang diterima daripada penceraian jarang-jarang positif sebab ia meninggalkan akibat yang sangat tidak sihat kepada sesebuah institusi kekeluargaan dan perkahwinan.

Sebab itu dengan ilmu sebesar zarah yang Murai Batu ada ini, Murai Batu ingat bahawa perkara halal yang Tuhan paling benci adalah penceraian. Rupanya satu benda yang Murai Batu baru belajar, cerai berai itu tak kenal status iaitu daripada orang jahil macam Murai Batu ini hinggalah orang cerdik pandai macam 'pendakwah' Akhil Hayy.

Semalam, akhbar Metro Ahad melaporkan kenyataan isteri Akhil iaitu Maizawati Zainal, 33, akan menuntut cerai daripada suaminya. Kes mereka akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, pada 2 Jun 2009 ini dan mereka dilaporkan hendak berpisah secara redha. Hari ini muka depan Harian Metro pula menyiarkan berita yang lebih sensasi iaitu kenyataan Maizawati seterusnya tentang Akil yang didakwa dah tak pulang ke rumah dan anak mereka pun terpaksa ditukarkan sekolah kerana tertekan. Hasil perkahwinan mereka, Akhil dan Maizawati dikurniakan 6 anak.


Murai Batu tak mahu cakap panjang-panjang. Dulu bila Murai Batu dedah Akhil, 40, keluar tengok wayang dengan Waheeda, 31, tuan tubuh yang kena tegur itu terus melenting macam cacing kena panas! Mereka cakap Murai Batu sengaja reka cerita tanpa usul periksa tetapi Murai Batu percaya yang berada di atas sana jangan sekali-kali kita lupa kerana itulah Pemilik segala 'CCTV' yang paling benar yang kadangkala memberikan clue kepada yang lain. God is the Greatest. Tuhan itu sesungguhnya Maha Kaya.

Walaupun isterinya dah buat pengakuan, Murai Batu sebenar masih belum percaya. Yalah tak dengar sendiri daripada tuan tubuh, nanti kata kita buat cerita lagi. Kan tak baik kita buruk sangka dengan 'ustaz' sebab dia ikon masyarakat. Lalu, jauh di sudut hati, Murai Batu minta sangat-sangat, kalau boleh janganlah cerita Akhil-Waheeda ini menjadi seperti episod Jejai & Nora Danish. Jangan Waheeda jadi pihak ketiga macam seseorang itu tapi versi bertudung.

Sekali lagi janganlah ada pihak yang terburu-buru nak tuduh Waheeda sebagai punca sebab hubungan Akhil dan Waheeda sangatlah suci dan murni - hanya rakan seperlakonan Akhil dalam program Akhil sendiri. Mereka hanya menjadi suami isteri dalam lakonan semata-mata - macam statement Akhil sendiri dalam akhbar, baru-baru ini.

Lagipun Waheeda khabarnya dah anggap Maizawati macam kakaknya sendiri, jadi takkanlah Waheeda nak celah bedah, cilok atau betray kakaknya yang selama ini 'meminjamkan' suaminya untuk tugas berdakwah dan berlakon kan? Tak gitu Waheeda?

Kekadang, jadi orang hebat, hebat jugalah cabarannya. Moga mereka tabah, tetapi imej Akil Hayy sudah jatuh terjelepuk.

Selepas ini, tak usahlah berceramah tentang 'parenting skills' atau yang bertemakan kekeluargaan, dibimbangi memakan diri.

7 comments:

  1. sesungguhnya Allah menguji orang yang hebat dengan cabaan yang hebat juga...

    P/S lama tak singgah di blog cikgu izzudin..masa sangat terhad...Maaf ye..

    ReplyDelete
  2. Kak, salam. Saya pun agak sibuk jugak. Kekadang tak sempat jenguk blog kawan-kawan..

    Makaseh singgah,..

    ReplyDelete
  3. Alangkan Saidatina AISYAH, isteri Rasullullah pun terkena FITNAH yang BESAR..dan hampir hampir Rasullullah menceraikannya..
    inikan pula AKIL hayy yang sengaja mengundang bahaya FITNAH dalam RUMAHTANGGANYA..

    uk alahai...berlakon ngan pompuan yang bukan bini sendiri..
    hmmmmmm..

    dakwah bersama keluarga lah Us Akil wehh..itu lebih baik.

    ReplyDelete
  4. Kak Hida, jatuih bangunnya lelaki kerana wanita...

    fikir-fikirkan....

    ReplyDelete
  5. yop

    cerita yang biasa..
    Ustaz Rock kita tu - insan biasa...
    kadang2 terlupa - yang ada yg lain sentiasa mencari dan terus mencari - membuka dan terus membuka aib orang lain..........

    semuga Allah permudahkan cerita ustaz rock kita.
    sebab ada yang dia tahu kita tidak tahu.......

    ReplyDelete
  6. Betoi Bro Jinggo..

    Tapi yang teman heran, nape dia buka ruang untuk orang hentam dia?

    Tadi isterinya di WHI TV3 bercakap tentang apa yang dihadapinya kini. Orangnya tak kurang cantiknya, malah, rasanya lebih manis daripada Waheeda... Cuna, dah anak 6.

    Agaknya, Akil kena muhasabah diri semula, eloklah keluar dari dunia seni yang penuh hipokrasi jika nak selamatkan rumah tangganya. Itupun kalu boleh diselamatkan lagi..

    Sebab dari gaya isterinya, dan nekad untuk jadi ibu tunggal.

    ReplyDelete
  7. Susah juga jadi ikon masyarakat yea...lepas ni sape pulak nak bercerai berai. Na`uzubillah.

    Paling saya risau yang berpasangan dalam cakaran harimau...minta simpang la kan??

    Maruah mereka seperti maruah kita juga...moga semuanya baik2 belaka.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...