Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu..

Foto bersama mak ayah dan Yong, 1972.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Maaflah jika 'entry' kali ini emosi sedikit. Sempena Hari Ibu, aku ucapkan selamat kepada Kak Tirana, Kak Hida, Iina, Asyiq, dan blogger lain yang bergelar ibu, yang pada hemat aku telah memberi khidmat terbaik buat keluarga masing-masing. Bersyukurlah kerana menjadi ibu, kerana dapat mengandung dan melahirkan anak.

Biarpun sesetengah orang melihat ia sebagai satu bebanan, hakikat yang pasti adalah ia eksklusif untuk wanita. Lelaki tak akan, dan tak mungkin melalui pengalaman seperti anda semua. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, hanya ibu sahajalah yang mengetahui perit jerih dan sukarnya mengandung dan melahirkan anak.


Sebenarnya, hatiku sayu menatap foto ini. Setiap kali teringat mereka, hanya doalah dapat dititipkan. Tiada yang lebih berjasa selain daripada kedua-duanya. Kenangan bersama kedua-duanya akan kekal dalam memori.

Kepada yang masih mempunyai mak dan ayah, bersyukurlah. Gunalah peluang ini sementara ada. Jangan sia-siakan. Apabila seorang sahabat bertanyakan Rasulullah tentang siapakah yang harus didahulukan selepas Allah dan Rasul, baginda meletakkan ibu di kedudukan yang tinggi berbanding ayah. Tiga kali baginda menyebut 'ibu', sebelum baginda menyebut 'ayah'.

Begitulah hebatnya ibu. Tapi ini hanya untuk ibu-ibu yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik, bukannya bohsia yang membuang bayi dan anak zina di merata-rata, atau pelacur yang menjual tubuh di lorong-lorong gelap. Itu tidak layak digelar ibu.

Sekurang-kurang, aku masih punya mak mertua. Alhamdulillah.

Buat Cek, terima kasih atas segalanya.


3 comments:

  1. Salam..

    uwaaaa..terharu le sangat!

    terimakasih izuddin..
    (saja tak nak panggel brahimnyok)

    I am neither the best daughter nor the best mother. I am just a plain one...somehow I'll try to do the right thing..accordingly!

    ReplyDelete
  2. Kak Hida,

    Moga anak-anak kak berbangga dengan ibu mereka. Berdasarkan entry yang lepas-lepas, saya tahu merekalah permata hati Kak Hida.

    Amat malang jika tiada anak yang dapat menghargai jasa ibu...

    ReplyDelete
  3. all the best utk sekelian ibu-ibu :)

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...