Saturday, July 4, 2009

Mentaliti Budak Melayu Hari Ini

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kalau budak Melayu dahulu, kemiskinan akan menjadikannya kuat. Semangat untuk mengubah nasib diri dan keluarga akan memacu diri untuk berjaya. Anak-anak kampung yang asalnya nelayan, pekebun kecil dan buruh akhirnya dapat menjadi lebih baik daripada ayahnya.

Semuanya berkat daripada kesungguhan mereka untuk berubah.

Sekarang, keadaan agak berbeza. Mereka yang berlatarbelakangkan kemiskinan akan semakin ketinggalan. Dari segi semangat pun, golongan pelajar miskin khususnya lelaki, mudah terjebak dengan gejala sosial seperti merokok dan merempit. Kalau tidak dikawal, mereka mudah dipengaruhi dadah dan gejala sosial lain.

Peristiwa kematian tragis bekas siswi UTM ketika melahirkan anak luar nikah baru-baru ini adalah gambaran jelas betapa gejala sosial masyarakat kita, khususnya Melayu sudah semakin tenat.

Mentaliti budak-budak Melayu hari ini, hanya memerlukan tiga perkara; rokok, motor dan betina.

Ada sesiapa yang tidak setuju?

5 comments:

  1. Setuju.. Kak Tirana dulu miskin tapi semangat berkorbar untuk masuk universiti..hehehe..Tak pernah terfikir pun nak masuk universiti tu rupanya guna banyak duit tapi alhamdulillah dapat biasiswa.

    Kak tirana rasa sedikit sebanyak bergantung kepada peranan ibubapa juga. Ayah dan ibu kak tirana dulu tidak putus-putus memberi semangat dan nasihat. Mereka selalu bercakap dan memberi bimbingan supaya minda kak tirana terbuka dan melihat sesuatu yang positif. Dan lagi satu ada abang2 yang menjadi contoh. Melihat mereka masuk universiti, semangat kak tirana pun semakin membara. Dan akhirnya ayah dan ibu akan balikkan semua perkara kepada agama. Menuntuk ilmu merupakan tuntutan agama. Itu yang selalu mereka ulang-ulang menyebut.

    Agak2 ibubapa sekarang bagaimana? Ibubapa sekarang sibuk cari duit hingga anak-anak terabai pendidikannya. Tapi kalau mereka tak bekerja keras mencari duit macam mana mereke nak hidup sebab kos sara hidup sekarang ni meningkat. Harga barang semua naik. Ada yang kerja sawah sebelah siang, malam, buat part time menjual di pasar malam. Jadi bila masa nak bercakap dan berinteraksi dengan anak-anak. Semua faktor yang menyumbang kepada salah laku remaja sekarang saling berkait-kait. Bila kos sara hidup meningkat, ibubapa terpaksa lebihkan masa bekerja untuk mencari duit, dengan itu masa bersama anak-anak semakin berkurang. Anak=anak pula bila ibubapa tak ada untuk mengawal dan memerhati, mulalah dia bercampur dengan kawan-kawan di luar. Dapat pulak pengaruh yang tak baik dari kawan-kawan..apalagi timbullah gejala menghisap rokok, merempit dan sex bebas.

    ReplyDelete
  2. ambo setuju sangat dengan apa yang diperkatakan tu.

    ReplyDelete
  3. Walaupun peratus yang berlaku kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan orang Melayu. Tapi ia sudah menjadi barah yang semakin merebak. Terharu kerana ada ngo yang berusaha terus untuk menyelamatkan mereka, terutama pelajar-pelajar yang telah melencong ini ke jalan yang lurus.

    ReplyDelete
  4. Kak Tirana, makaseh. Saya tak berharap orang lain setuju dengan pandangan saya, tapi kak sendiri melalui pengalaman menggetirkan semasa persekolahan dulu.

    Bandingkan dengan sekarang, memang jauh beza, dari aspek semangat dan kesungguhan.

    Hari ini, pelajar lelaki kurang berdaya saing berbanding perempuan.

    Mungkin juga kesibukan ibu bapa menyebabkan keadaan begini berlaku.

    Saya tidak percaya lelaki semakin bodoh, atau anak orang miskin tidak pandai.

    Yang membezakan Nik Nur Madihah, anak nelayan di Kelantan dengan budak-budak lain ialah kesungguhan.

    Itu yang tiada dalam diri kebanyakan anak Melayu sekarang.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...