Thursday, August 27, 2009

Terima Kasih Kartika!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Umum sedia maklum dengan kisah seorang model sambilan beragama Islam yang telah dijatuhi hukuman denda, penjara dan sebat oleh mahkamah syariah Pahang setelah mengaku bersalah minum arak di sebuah premis. Hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Soekarno yang telah diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang telah ditangguhkan pelaksanaannya atas beberapa faktor.
Sebenarnya, kita perlu berterima kasih kepada Kartika. Ini kerana dia mengakui kesalahannya dan bertekad untuk menerima hukuman sebat TANPA MERAYU kepada pihak berkenaan. 
Kedua, hakikat sebenar yang dialami oleh mahkamah syariah di negara ini, adalah ia masih dipandang rendah biarpun hukumannya berlandaskan hukum Islam. Jurucakap ABIM, Fadhlina Siddiq, polemik ini  berlaku kerana masyarakat masih tidak faham dengan pelaksanaan undang-undang sebatan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
"Tidak kurang juga yang gerun lalu menentangnya kerana momokan hukuman sebatan ini sangat kejam kerana membawa kepada kecederaan kekal, mengaitkannya dengan gambaran negatif pelaksanaan sebatan di Mahkamah Sivil di bawah Kanun Prosedur Jenayah 1998." ujarnya.
"ABIM ingin mengingatkan bahawa hukuman sebatan ini telah diperuntukkan di bawah kuasa negeri, di mana Raja adalah bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama termasuk dalam hal pelaksanaan undang-undang syariah yang diperuntukkan di bawah enakmen ataupun akta di sesebuah negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Di Malaysia, khususnya di bawah peruntukan undang-undang jenayah Islam negeri, pelaksanaan bagi hukuman sebat bagi pelbagai kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah telah diperkenalkan dan dilaksanakan.Namun demikian, sehingga kini hanya negeri Kelantan dan Pahang sahaja yang telah melaksanakan hukuman sebatan ini.
Kelmarin, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika sempena menghormati kemuliaan Ramadan.
Ironinya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hukuman Syariah bukan perkara enteng yang boleh dilaksanakan semudahnya lebih-lebih lagi apabila Jabatan Penjara tidak mempunyai sebarang pengalaman. Malah, Jabatan Penjara juga tidak mempunyai tukang sebat yang berkelayakan. (Rujuk Utusan)

Ulasan Menteri, Datuk Shaharizat Abdul Jalil, biarpun berlapik, menunjukkan betapa ada kalangan Menteri yang masih belum memahami aspirasi di sebalik hukuman sebat ke atas pesalah jenayah syariah.

Sebaliknya, Mufti  Perak dalam kenyataannya menempelak golongan yang mempertikaikan hukuman sebat dengan menjelaskan sebatan yang dikenakan ke atas pesalah jenayah syariah tidak sama dengan sebatan terhadap pesalah jenayah sivil.

Kartika masih dengan pendiriannya untuk menjalani hukuman sebat kerana meminum arak tetapi ditangguhkan pada saat-saat akhir dengan alasan perintah tahanan terhadapnya tidak dapat dilaksanakan ketika ini. Apa pun, isu Kartika menjelaskan banyak perkara tersirat di sebalik hukuman sebatan itu sendiri.

2 comments:

  1. menarik yop kalau mahu dibincangkan seterusnya kes ni..
    masing2 dah menyatakan pandangan...itu dan ini.
    kesimpulannya.
    kenapa pak sukarno nak anaknya diajar..
    kenapa kerajaan tangguh.
    ada persoalan !

    ReplyDelete
  2. Hmm, kerajaan sendiri fikir hukuman tu 'keras'.

    Penyelesaiannya, suruh merayu agar hukuman ditarik atau diubah... Tapi model tu berkeras nak terima hukuman sebat.

    Nilah masalahnya kalu hukum Islam diletak pada nombor 34, dan Common Law British jadi pedoman....

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...