Saturday, August 1, 2009

Nama Tidak Melambangkan Peribadi

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Harian Metro hari ini memuatkan berita tentang seorang penjenayah, Abu Bakar Musa, 25 tahun yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah merogol dan membunuh seorang gadis berusia 15 tahun pada 2006 yang lalu.

Apa yang menariknya adalah cara pemuda biadab ini 'meraikan' keputusan hakim, dengan mengherdik Timbalan Pendakwaraya dan ibunya sendiri.

Amat malang ibu tersebut, yang mempunyai anak yang tidak punya naluri kemanusiaan. Di mana silapnya? Lahir sebagai muslim, tetapi salah haluan dan akhirnya, hayatnya sudah pasti diputuskan di tali gantung.

Namanya sehebat nama sahabat Rasulullah, tetapi sayang, pada usia yang masih muda, Abu Bakar Musa menunjukkan peribadi buruk yang tidak setanding dengan nama sahabat setia Nabi.

Dengan lakaran tatu di bahu kanan, penjenayah ini senyum sambil mukanya ditutup kain bagi mengelakkan keseluruhan wajahnya dirakam lensa kamera.

Tidak ada tanda keinsafan di wajah pemuda ini, biarpun keputusan hakim itu pasti merenggut jiwa nuraninya.

Kebiasaannya, banduan akhir sepertinya akan diberi masa dua hingga tiga tahun sebelum tali gantung menjerut lehernya.

Abu Bakar, kamu masih ada masa untuk merenung kekejaman kamu terhadap seorang gadis yang tidak berdosa. Malah, kamu masih ada masa untuk bertaubat. Moga-moga Allah mengampuni dosa kamu.

2 comments:

  1. Salam Sdr. Brahim

    Mungkin itu adalah sebenarnya seekor Syaitan dalam bentuk manusia. Dunia, macam-macam boleh jadi

    ReplyDelete
  2. Betoi Pakdin,

    Takut saya dengan suasana jenayah sekeliling kita sekarang ni.

    Pakdin, Saya amat menghargai tips yang Pakdin beri dulu, untuk mengatasi kegugupan. Saya gunakan sepenuhnya peluang, seperti kata Pakdin sebelum ni.

    Kali ni saya sekali lagi mewakili pengetua sebagai tuan rumah dalam satu program daerah, tapi kali ni saya lebih bersedia.

    Syukur ada teman blogger yang berkongsi tips yang bermanfaat.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...