Monday, August 24, 2009

Kurma Dan Ramadhan

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kurma sudah sinonim dengan bulan Ramadhan. Sukar mencarinya pada bulan-bulan lain. Tapi pada bulan yang mulia ini, mudah benar dicari. Berjenis-jenis pula. 
Kalau dahulu, kebiasaannya kurma merujuk kepada satu jenis. Entahlah. Tapi kurma itu tetap manis. Memang 'pantang' kalau mak tengok anak-anaknya berbuka tanpa menjamah kurma dahulu.
"Ambil kurma tu, sunat.." katanya kepada kami sewaktu berbuka puasa semasa kecil-kecil dahulu.
Hari ini, jenama kurma YUTA atau Yusuf Tayyub sudah terkenal di Malaysia. Agaknya, Yusuf Tayyub pun sudah menjadi jutawan kerana produk yang diborongnya ini semakin diterima oleh masyarakat termasuk masyarakat bukan Islam.
Hari ini, ada kurma dari jenis muda, bertangkai, dan entah apa lagi yang memang berbeza dari segi warna, bentuk mahupun rasa. Ada kurma mariami, safia, cafari, mabroam, madu dan rabia.

 
Seorang penjual sedang melayan pelanggan membeli kurma muda dari Bahrain

Tapi kurma tetap kurma. Ia sudah sebati sebagai sebahagian daripada juadah berbuka puasa. Kalau tiada, tak lengkaplah juadah berbuka sebenarnya.

8 comments:

  1. Kurma sekarang semakin sedap dan semakin kurang manis...Dulu2, kurmanya melekat-lekat dan manis bukan main lagi. Kak tirana suka kurma yang bertangkai tu.


    p/s Lama tak masuk sini..dah berubah lagi wajah blog cikgu Izzuddin. Semoga terus menulis..

    ReplyDelete
  2. Cikgu din,

    Biar betul...sekali nampak macam buah langsat la pulak kurma tu....^-^

    Saya suka kurma bertangkai sbb kurang manis.

    p/s org smk batu 10 rupanya cikgu din ni....kawan lizza yea...hihi.
    Kecil je rupanya alam maya kita yea...

    ReplyDelete
  3. dan sekarang kalau ke Mydin - ada macam2 jenis kurma...
    kalau di kampung - mesti pekena kurma dulu...
    kalau di KL - bede ayo dulu...he...

    ReplyDelete
  4. selamat menjalani ibadah puasa. sekarang bukan bulan ramadhan pun bole jumpa kurma. sekarang yang fresh pun dan ada dijual dulu tengok kat gambar je

    ReplyDelete
  5. Betul kak, dah ubah latar. Tak sehebat blog kak Tirana. Sentiasa ceria dan banyak cerita.

    Selamat berbuka, selamat bersahur.

    ReplyDelete
  6. Asyiq, begitulah resam dunia. Tak besar mana bumi Allah ni, semuanya kita kongsi bersama. Matahari, bulan, udara, semuanya bukan hak mutlak manusia.

    Saya doakan ustazah kembali sihat.

    ReplyDelete
  7. Bang Harun,

    La ni kurma macam-macam ghuper,tapi namanya tetap sama.

    Teman suka namanya, Safia, mariami, kan macam nama orang pempuan jer...

    Kata orang, pokoknya macam pokok sawit, tak penah ler teman tengok depan mata, tapi nengok gambor di TV jer..

    ReplyDelete
  8. Cikgu Yam, memang kurma semakin mudah dibeli, berbanding dulu.

    Selamat berbuka dan bersahur

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...