Friday, January 8, 2010

Apa Yang Dibimbangkan Dah Terjadi!

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Saya sudah menjangka, malah yakin kontroversi isu kalimah Allah  akan menimbulkan suasana tidak tenteram dalam negara yang kita cintai ini. Buktinya, awal pagi tadi, Jumaat 8 Januari, tiga buah gereja diberitakan dibakar. Meskipun tiada kemalangan jiwa, ia pasti menyebabkan penganut Kristian tidak berpuas hati.

Dalam ruangan facebook, forum-forum yang terhasil daripada pemikiran yang pelbagai  telah 'tumbuh bagai cendawan selepas hujan'. Ada baiknya, sebab melalui cara ini, perbandingan antara agama dapat dibuat. Malah ada sesetengah pandangan dibuat dalam bentuk wacana ilmu bersandarkan buku dan sumber yang 'sangat berani'. Tidak kurang juga pandangan yang menyokong keputusan mahkamah, dan menghina agama Islam.

Dalam fikiran saya, Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam, tentu tidak mahu ini berlaku. Malah ajaran Kristian yang asal juga tidak mengajak masyarakat bermusuhan. Pakiam mungkin beranggapan, demi memenuhi kehendak segelintir ahli missionary, permohonan untuk menggunakan kalimah Allah perlu dibuat. Nyatalah dia tersilap langkah. Perbuatannya itu, telah mendorong rasa tidak puas hati masyarakat Islam, dan pelbagai pihak termasuk NGO telah menyuarakan kebimbangan dan ketidakpuasan hati terhadap tindakan Ketua Paderi ini.

Kebetulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Lau Bee Lan membuat keputusan yang berpihak kepada Murhy Pakiam, telah menghiris hati masyarakat Islam. Manakala, kerajaan pula agak lambat mengambil tindakan susulan. 

Benarlah kata orang, sarang tebuan jangan dijolok, kalau dijolok, buruk padahnya. Perbuatan membakar gereja milik penganut Kristian, adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Islam tidak mengajar umatnya memusnahkan rumah ibadat penganut lain. Saya teringat peristiwa di Ambon, Indonesia, yang berlaku akibat perbalahan antara penganut agama. Ia bukan merugikan harta dan nyawa, malah menakutkan. Sukar dibayangkan jika ini berlaku di Malaysia. Hakikatnya, ketenteraman dalam negara kini terancam.

Persoalannya, apakah akan berlaku selepas ini? Jika penganut Kristian bertindak balas,  mungkin selepas ini kita mendengar berita masjid atau surau tertentu dibakar oleh pihak-pihak tertentu. Selepas itu, orang Islam tidak berdiam diri, lalu membalas dengan cara yang lebih radikal.

Apa kesudahannya? Mahukah kita ketegangan ini berterusan? Saya memohon kepada kerajaan, kembalikan keyakinan rakyat. Tindakan tegas harus diambil terhadap mereka yang menimbulkan kekacauan. Pakiam harus bertanggungjawab. Anda telah membayar dengan harga yang mahal untuk mendapatkan kalimah Allah.

4 comments:

  1. Oh, tak tahu pula ada gereja yang dibakar.

    ReplyDelete
  2. Salam Khairi,

    Dah ada, dan PM arahkan Polis kawal semua gereja sekarang..

    ReplyDelete
  3. betul tu...sarang tebuan jangan dijolok...mereka(kristian) mmg sengaja mahu menjadi golongan kafir Harbi!!!

    ReplyDelete
  4. Iqbal,

    Agaknya sebab kita terlalu 'tolerate' menyebabkan apa shj yang mereka fikirkan boleh dapat, mereka tuntut. Sewajarnya pihak gereja memahami situasi dan norma masyarakat tempatan agar tidak menimbulkan suasana tidak sihat seperti ini.

    Saya berharap baik Muslim atau bukan, jangan melatah.

    p/s: Tertarik saya dgn pandangan Sdr Faisal Tehrani; Ada tangan-tangan ghaib yang bertindak memanipulasi senario politik di Iran yang mendalangi tindakan Mir Husin menentang Ahmadenijad. Hingga kini, keadaan politik Iran menjadi tak stabil.

    Apakah ada tangan ghaib yang mahukan Malaysia berantakan?

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan