Thursday, January 7, 2010

Muzium Kota Ngah Ibrahim Di Matang

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pernah ke Taiping? Mungkin destinasi anda hanyalah Zoo, Taman Tasik yang mendamaikan atau Bukit Larut yang persis suasana tanah tinggi luar negara. Bagaimanapun, 12 km dari bandar Taiping, iaitu di Matang, terdapat satu destinasi yang tidak patut kita pinggirkan, apatah lagi jika  ingin mengetahui sejarah perkembangan politik Perak zaman penjajahan British.

Kota Ngah Ibrahim atau kini dijadikan Muzium Matang terletak bersebelahan Sekolah Menengah Matang, adalah bangunan rumah Melayu lama yang masih teguh berdiri. Ia menyimpan 1001 peristiwa.
 
 Inilah Kota Ngah Ibrahim
Selepas mewarisi kuasa pemerintahan daerah Larut daripada ayahnya Long Jaafar, Ngah Ibrahim telah membina kota ini. Ia diperbuat berdasarkan ciri-ciri moden ketika itu, dengan menggunakan kayu jati, cengal dan meranti. Kedudukannya berhampiran Sungai Matang, yang merupakan laluan keluar masuk kapal perdagangan ke Selat Melaka.

Selepas peristiwa pembunuhan JWW Birch, beberapa orang pembesar dan pejuang Melayu Perak termasuk Ngah Ibrahim, Dato' Sagor, Dato' Maharajalela dan Sultan Abdullah sendiri telah ditangkap dan dipenjarakan di kota ini. Bangunan ini juga menjadi tempat perbicaraan kepada mereka. pada 14 Disember hingga 22 Disember 1876.  Ia juga menjadi saksi kepada keputusan British menghukum Sultan Abdullah ke Kepulauan Seycelles. Dato' Maharajalela dan Dato' Sagor akhirnya dihukum gantung.
Semasa pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu, bangunan ini menjadi pusat pentadbiran tentera Jepun bagi Kompeni Taiping.
Selepas negara merdeka, kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Antikuiti dan Muzium telah memulihara bangunan ini dan dijadikan sebahagian daripada warisan sejarah negeri Perak


Jika ke Taiping, singgahlah ke sini. Masuk adalah percuma, tiada bayaran dikenakan.
Bagaimanapun, kurangnya promosi dan publisiti menyebabkan kedatangan para pelancong dalam dan luar negara terhad. Malah, persekitarannya juga lesu, seolah-olah hidup segan mati tak mahu. Ia mengingatkan saya kepada Kompleks Sejarah Pasir Salak yang juga sedang menelusuri zaman suramnya.

8 comments:

  1. sejarah melayu...
    anak2 patut ditahukan.....

    ReplyDelete
  2. best nya. kena melawat ni suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  3. insyaAllah nak juga melawat.nak ambil ikhtibar..betapa selama ini kita asyik tertipu oleh org2 Barat

    ReplyDelete
  4. zoo taiping pun aku dah tak sempat singgah kalau balik kg...

    ReplyDelete
  5. mcm baca buku sejarah..tq, i got some info frm u tonite.

    ReplyDelete
  6. Waaaaa...aku sendiri pun baru tahu. Inikan pulak anak-anak untuk mengetahuinya..adehhh. TQ Din.

    ReplyDelete
  7. Salam Bro Jinggo,

    Jati diri orang Melayu Perak patut jadi kebanggaan kita. Pembunuhan Birch, seorang Residen British membuka mata penjajah agar lebih berhati-hati menangani urusan agama dan adat masyarakat setempat.

    Khairi,

    Eloklah pergi. Di sebelah kota ini, terdapat pusara para pembesar yang hebat-hebat belaka. Sayangnya kalau kita lupakan akar umbi ini.

    Iqbal,

    Sejarah perlu dikongsi bersama, itulah yang saya lakukan untuk rakan blogger lain.

    Shifu,

    Sekali sekali balik kampung, singgah le Yop! Tak adanya rugi. Apa dihajapnya kalu anak-anak kita tak tau kepentingan bangunan macam Kota Ngah Ibrahim ni.

    Hani,

    Makaseh singgah. Saya sarankan anda ke sana untuk dapatkan banyak maklumat tentang kota ini.

    Lan,

    Hehehehe... Ate, kome bawakle anak-anak ke sini..

    ReplyDelete
  8. good information.. bole prgi utk cari mklumat psl kerja kursus sejarah..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan