Sesi pagi ini bermakna kerana kami dapat menimba ilmu daripada
Pulau lagenda, Langkawi memang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Pelancong Arab, Eropah dan Asia seperti Jepun dan Korea memang ramai ke sini.
Kami dibawa mengunjungi perusahaan produk gamat Nusantara dan menghabiskan sisa-sisa duit yang semakin menyusut di Pekan Kuah.
Selain gamat, produk lain yang turut mendapat sambutan di Langkawi ialah akar-akar kayu yang banyak khasiatnya. Aku sempat meneguk air Tongkat Ali, dan pahitnya melekat di tekak.
"Taubat saya tak mau coba lagi," Kata Yahya dari Labuan. Merah padam mukanya menahan kepahitan air Tongkat Ali yang diteguknya.
Antara hasil hutan lain dari bumi Langkawi ialah Akar Susun Ayam, Tanduk Litan, Hempedu Tanah, Akar Mertajam dan Lada Bukit.
Sempat juga Cikgu Hisham dan aku sempat 'berposing' bersama. Entah bila aku boleh ke Tampin, dan bilakah pula dia nak ke Lekir?
Aku, Isham, Yahya dan Hasnan menamatkan sesi darmawisata di pekan Kuah, kerana Isham masih tidak puas hati untuk mencari set dapur yang dikehendakinya.
Semasa menanti rakan-rakan yang masih memilih barang lewat petang ini, aku dapat melihat keruntuhan sosial remaja berlaku di depan mata. Dua orang anak Melayu yang tak tahu malu, sibuk memadu kasih, berasmara tanpa rasa malu.
Betapa rendahnya akhlak remaja kini, yang tidak tahu menjaga maruah agama dan adab bangsa. Ingin rasanya aku mengetuk kepala jantan jongos dan betina miang yang sedang berahi itu, tapi mujur mereka tiba-tiba 'tersedar', lalu beredar dari situ.
Kekadang, aku terfikir juga, mengapa ada ibu bapa yang sanggup menaikkan nilai hantaran ke jumlah yang tinggi, sedangkan wanita yang hendak dijadikan isteri, mungkin sudah ditebuk tupai. Bahkan, aku rasa tak layak mereka digelar wanita, betina mungkin gelaran yang sesuai.
Moga-moga anak dan muridku, tidak ada yang terdorong untuk melakukan perbuatan seumpama ini.