Tuesday, October 14, 2008

Pangkalan Hulu-Catatan Perjalananku (2)

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.
Berkursus atau bermesyuarat di luar daerah kekadang menimbulkan dilema bagi mereka yang sudah berkeluarga. Samalah dengan aku, yang dihimpit runsing kerana anak-anak yang masih kecil selalu sangat bertanyakan hal baba kepada uminya.

Ada input baru yang dapat kuterima semasa di sini. Misalnya, dapat menambah rakan baru, di samping bertemu semula dengan kawan lama.

Ada juga cerita baru, jenaka baru dan pelbagai lagi perkara lain termasuk bahan yang dibincangkan dalam seminar.

Tergelak aku mendengar kisah Cikgu Pin, apabila membuka cerita tentang lelaki berkepala botak.

"Tau tak, mengapa lelaki berkepala botak?" tanya Cikgu Pin kepada kami ketika menunggu sesi ceramah.

"Sebabnya, ada banyak, tapi kena tengok di bahagian mana botaknya," tambah Cikgu Pin lagi.

Bagai seorang tukang tilik, Cikgu Pin menerangkan kepada kami yang melongo memandangnya.

"Kalau botak di depan, lelaki tu seorang yang memandang ke hadapan, seorang oportunis. Pandai cari peluang." Ujarnya bersahaja.

Kami ketawa mendengar analogi tersebut, kerana tahu bukan itulah jawapan sebenarnya.

"Kalau botak belakang, bagaimana?" tanya seorang rakanku.

"Kalau di belakangnya botak, maknanya, dia ahli sejarah. Dia suka melihat peristiwa yang telah lalu." Cikgu Pin memberitahu sambil tersengih.

Kami terus ketawa mendengar jawapannya. Mujur ada cerita seperti ini. Sedikit sebanyak mengurangkan kerunsingan aku.

Moralnya adalah, apabila kalangan lelaki bersembang, ada cerita lucu yang dapat dikongsi bersama. Banyak juga yang kami bualkan. Kisah politik semasa, dan anugerah Datuk kepada seorang artis Bollywood juga turut diselitkan.

baba-ayah mengikut panggilan Arab
melongo-memandang dengan mulut ternganga

4 comments:

  1. Orang lelaki kalau berkumpul biasa. Cerita nya banyak. Kadang-kadang atas katil pun cerita lagi :)

    ReplyDelete
  2. Makaseh Pok Li.

    Memang pun, lelaki kalau jumpa geng di kursus, macam2 cite yang dibualkan. Cite pasal kisah double meaning pun banyak. Sampai boleh dibukukan.
    hahhahahahahahahahahahaha...

    ReplyDelete
  3. Nampaknya Pemuda UMNO bakal dipimpin oleh orang yang memandang ke depan.

    Pasal sembang-sembang bila berjumpa, banyak cerita dikorek. Kalau kena dengan gengnya, dua gelas teh tarik tak cukup. Ketawa berdekah-dekah. Kisah atas katil sebenarnya bukan lucah, tapi satu cara nak lepaskan tension.

    (Terima kasih berkunjung ke blog saya. Saya link blog saudara)

    ReplyDelete
  4. salam ziarah semula.. :)

    datukship kepada artis bollywood? sungguh saya tidak mempahami, almaklumlah, saya ni betul bendul. apa _ _ _ _ _ _ _ bagi kat dia, ek?

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan