Wednesday, October 8, 2008

Nak Naik Pangkat Memang Susah..


Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.


Pagi-pagi lagi, Shahrol, anak muda yang bekerja di pejabat mencari aku. Rupa-rupanya nak beri surat daripada Kementerian.

"Urgent surat ni, cikgu.. Saya kena serah pada cikgu cepat."

Aku membelek surat itu, lalu........

"Alamak, Kursus PTK DG44. Di Pulau Pinang, seminggu sebelum cuti." Hatiku bagai direnggut. Pada waktu begini, aku perlu berada di sisi anak murid sebelum menghadap SPM. Tetiba, kena kursus. Wajib hadir pulak tu.

Kalau tolak, lain kali susah nak dapat peluang. Kalau terima, banyak juga yang perlu aku fikirkan.
Mujur juga ada Broadband. Aku cari bahan di web yang dimaklumkan rakan, dan berjumpa dengan beberapa maklumat yang berguna untuk kursus nanti.
Entahlah. Semuanya rezek anak-anak. Kalau ada, luluslah, kalau tidak, terima sebagai pengalaman. Bukankah pengalaman itu guru yang terbaik?


13 comments:

  1. tahniah - pergi training bermakna -makan sedap , tidur sedap + dapat ilmu baru - cgu ni nak offer , kalau bawa datang budak lawatan ke KL , dan tak ada tempat nak tido - singgahlah kem teman - ni offer untuk budak2 perak aja...he..he...kroni.

    ReplyDelete
  2. Elok beno le tu.. Mungkin ada kengkawan sekolah nak bawak bebudak peh PMR ke sana. Nanti teman hubungi mike, kalau jadi le..

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH... rezeki, selain ditentukan Allah SWT, gabungan MASA, TEMPAT dan ORANG, juga memainkan peranan penting dalam merealisasikan impian itu.

    Umpamanya, jika TEMPAT dan ORANG udah menepati tetapi MASA belum wujud...ERMMM..tak jadi rezeki jugak tu... Fikir-fikirkanlah. Maka gabungan ketiga2 eleman itu penting..

    Perencanaan yang rapi tanpa keizinanNya, tidak kesampaian juga. Apa-apapun, usaha mau kuat beb!

    ReplyDelete
  4. salam aidilfitri juga cikgu..
    cikgu kan..?

    tkaseh singgah di blog sy..
    salam lebaran..salam kenal dr sy..
    puitis..? bahasa hati ..terpulang pd penafsiran masing2 maksud tersirat..

    ReplyDelete
  5. cgu izzuddin - nak pinjam ruang nak komen cgu azlan - semakin hari bahasa cgu gunakan semakin cantik dibaca...ktitis.

    ReplyDelete
  6. cikgu..
    terperasan sedikit kekeliruan pd nama sy..

    azza_izah..-cikgu izzuddin..
    azzah_irah..-cikgu jinggo..

    nama sy azza_irah..

    mekaseh...

    ReplyDelete
  7. salam cikgu..tahniah smoga berjaya..saya sentiasa doakan cikgu...walaupun batch kami dah lama tinggalkan sekolah,hope cikgu tak lupakan kami..tapi mungkin dgn budak-budak yang tingal diasrama lebih rapat dengan cikgu..harapan jue walaupun telah beribu anak murid telah dilahirkan oleh cikgu,semoga jue menjadi salah seorang yang diingati oleh cikgu yer...sememangnyer jue sentiasa menjadikan diri&peribadi cikgu sebagai panduan untuk jue terus berjaya..terima kasih cikgu izzuddin.. wassalam

    ReplyDelete
  8. hihihihihihihihihihihihi..........
    Maaf lah azza_irah. Tak perasan, terima kasih tolong betulkan. malu pulak rasanya.

    Orang yang sama, kan? Begitulah keadaannya. Mana ada orang yang sempurna.

    Maafkan kami,..maafkan kami.. (kata Bujang Lapok

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Maaflah azza_irah, tak perasan.
    Mana ada manusia sempurna, kan? Insya Allah saya betulkan.

    ReplyDelete
  11. Miss Jaz,

    Moga beroleh keberkatan dalam hidup. Memang ramai bekas pelajar yang masih ingat pada diri ini, Alhamdulillah. Miss Jaz seorang daripadanya.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan