Friday, October 24, 2008

Bersama Mempertahankan Islam!

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Sejak akhir-akhir ini, sudah ada pihak yang berani bertindak memperkecilkan agama Islam, sama ada secara terang-terangan, mahupun secara sulit.

Barangkali, itu jugalah punca mengapa Zulkifli Nordin, seorang aktivis politik dan peguam yang memperjuangkan kes-kes murtad di negara ini membidas golongan tersebut.

Zulkifli Nordin bidas pihak hina Islam

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Zulkifli Nordin hari ini membidas pihak-pihak tertentu yang dianggapnya sebagai menghina hal ehwal Islam.

Zulkifli (PKR-Kulim Bandar Baru) berkata ada pihak mempertikaikan tulisan jawi dan menyokong seseorang yang mahu murtad sehingga menjejaskan keharmonian antara kaum dalam negara.

Katanya ada kumpulan tertentu yang kelihatan tidak menghormati masyarakat Islam, sehingga berani mencabar apa saja berkaitan agama Islam termasuk mencemar perayaan Aidilfitri dengan membuat tuntutan yang tidak sepatutnya.

"Ada orang akan cakap saya berucap ini seolah-olah menyokong pihak lain tapi sebenarnya saya berjuang untuk agama Islam. Saya tidak peduli pandangan orang lain sebab nanti saya yang akan menjawab di hadapan Allah," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya Majlis Peguam juga tidak menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara apabila menyokong pihak tertentu yang mahu keluar dari agama Islam tanpa menghiraukan kenyataan bahawa badan berkenaan mempunyai lebih 40 peratus anggota yang beragama Islam. Zulkifli berkata Majlis Peguam turut mengadakan forum terbuka untuk membincangkan hal ehwal Islam sehingga menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama, baru-baru ini.

"Isu agama adalah sesuatu yang sensitif dan ia tidak boleh dibincangkan melalui forum terbuka atau mengadakan pembahasan mengenainya," katanya.

Beliau seterusnya mencadangkan supaya Artikel 3 dan 11 (1) Perlembagaan Persekutuaan dipinda supaya keutuhan agama Islam terpelihara dan tidak dicabar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Persidangan Dewan Rakyat bersambung hari Rabu nanti. BERNAMA

Sebenarnya, mempertahankan agama bukan tanggungjawab sdr Zul, malah semua pihak termasuk kita, wajib mempertahankan agama ini daripada diperkotak-katikkan oleh golongan yang berkepentingan.

Di sinilah titik pertemuan ahli politik yang berbeza ideologi. Kita harus bersatu demi mempertahankan maruah agama. Tidak kira, sama ada mereka politikus dari UMNO, PKR, atau Bebas (seperti Ibrahim Ali yang menang menumpang tiket PAS), semuanya harus menggembleng tenaga untuk mempertahankan agama suci di bumi yang bertuah ini.

Orang bukan Islam harus ingat dan faham, bahawa Islam tidak mengambil hak mereka.

Sebenarnya, kita banyak melakukan kesilapan, sehingga Islam mula dilihat sebagi lemah dan dinilai dengan penuh kebencian.

Siapa yang jaguh dalam gejala sosial, kalau bukan Melayu yang memang beragama Islam?

Siapa yang menjuarai bilangan penghuni Pusat Serenti, kalau bukan berkulit sawo matang seperti kita?

Perhatikan golongan yang buang anak, merempit, lari dari rumah dan seumpamanya. Kita sukar untuk menerima kenyataan. Hakikatnya, anak bangsa kita lemas diasak dengan hak-hal seperti ini.

Secara tidak langsung, tempiasnya kepada agama kita.

Apabila memikirkannya, aku berasa seolah-olah gurulah yang selalu menjadi 'kambing hitam' yang sering terpaksa memikul bebanan untuk membetulkan keadaan ini.

Sungguh tidak adil...

6 comments:

  1. Salam saudara Izzuddinali.
    Serangan terhadap umat Islam di Malaysia sekarang dari garisan vertikal hingga horizontal. Sesama Islam pun berbalah, apatah lagi Islam dengan bukan Islam. Pening memikirkan nasib umat Islam. Generasi muda juga semakin meluat dengan perangai kita yang asyik hentam kromo sahaja,melepaskan marah seolah-olah kitalah lebih Islamik,orang lain tidak Islamik.
    Moga diberi petunjuk Allah SWT agar umat Islam bersatu mempertahankan Islam. AMIN...

    ReplyDelete
  2. Iyelah, saya pun kekadang dah fedup dengan ahli politik kita, sedangkan bukan Islam memerhatikan tindak tanduk pemimpin dan membuat penilaian. Akhirnya, yang rugi ialah umat Islam sendiri.

    Mengapa tak duduk semeja, dan fikirkan masalah ummah, supaya kita boleh atasi segala kemelut yang membarah sekarang?

    ReplyDelete
  3. Cikgu Izzuddin..

    Islam lemah disebabkan umat islam sendiri dan orang2 bukan islam hanya menunggu peluang kita membuat kesilapan aje.. Sekali kita buat silap, mereka akan mengambil kesempatan.

    Di antara kita umat islam, sepatutnya ada kerjasama walaupun kadang-kadang tidak sependapat dalam sesuatu perkara.. Kalau kita berpegang teguh kepada Quran dan Sunnah..insyaAllah perbezaan pendapat itu akan dapat diselesaikan dengan baik tanpa pertelingkahan dan bertegang urat. "Sekiranya kamu berselisih faham dalam sesuatu perkara, hendaklah kamu kembali kepada kitab Allah dan Sunnah Rasul"

    ReplyDelete
  4. Salam saudara Izuddin. Catatan saudara "Sebenarnya, mempertahankan agama bukan tanggungjawab sdr Zul, malah semua pihak termasuk kita, wajib mempertahankan agama ini daripada diperkotak-katikkan oleh golongan yang berkepentingan."

    Saya bersetuju 100 peratus dengan pandangan ini. Tanggungjawab yang harus diwarisi dan diwasiatkan kepada generasi kita umat Islam.

    ReplyDelete
  5. saya x pandai nk mengolah ayat..tp memang sedih melihatkan semua ini berlaku. cikgu, apa agaknya saya sebagai pelajar bolah lakukan?

    ReplyDelete
  6. kita melatah bila islam dihina, tapi apa usaha kita untuk meninggkatkan imej islam???

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan