Thursday, October 23, 2008

Adilkah UPM, Kampus Hijauku (dulu)?

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Kupetik berita Malaysiakini tentang nasib dua pelajar UPM, berbangsa Melayu-Islam, cerdik dan bijak, tetapi atas sebab-sebab tertentu, mereka di'halau' secara tidak terancang oleh pengurusan kolej Tun Perak.

UPM: Farhana, Shafiqa boleh tinggal semula di kolej
Jimadie Shah Othman | Oct 22, 08 3:35pm
kemaskini 6:51pm Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dibuang kolej atas alasan "tinggal secara tidak sah" kini boleh kembali ke kolej itu setelah isu itu dihebohkan ke luar kampus.

Naib canselornya Profesor Datuk Nik Mustapha Raja Abdullah membenarkan mereka terus tinggal di Kolej Tun Perak sehingga tamat minggu peperiksaan akhir "atas dasar prihatin".

"Pelajar juga boleh memohon untuk tinggal di kolej kediaman lain tertakluk kepada kekosongan penginapan dan peraturan kolej berkenaan," jelas ketua Bahagian Komunikasi Korporat UPM Abdullah Arshad.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini petang ini [kenyataan lengkap di bawah], Abdullah berkata bagaimanapun kedua-duanya masih dianggap bersalah kerana melanggar peraturan kolej kediaman.

Difahamkan keputusan terbaru itu - selepas seminggu pelajar-pelajar wanita itu menumpang di rumah rakan mereka di luar kampus - dicapai oleh UPM pagi ini.

farhana pelajar upm 221008Bagaimanapun, pada semester depan, Nor Farhana Farzieana Azmi (foto kiri) dan rakan senasibnya Nur Shafiqa Mohd Ali dikehendaki membuat permohonan semula untuk menginap di asrama.

Dihubungi selepas keputusan rasmi itu, Nur Shafiqa berkata mereka belum membuat keputusan untuk kembali ke kolej.

"Barang-barang pun sudah dipindahkan, mungkin balik sekejap-sekejap," katanya.

Beliau masih tidak berpuashati dengan keputusan itu dengan alasan ia dibuat "seolah-olah hendak menutup kes ini."

"Surat (rasmi kebenaran tinggal semula) pun belum dikeluarkan, dan sebab pun tidak diberitahu," katanya, sambil menambah UPM telah memaklumkan keputusan itu kira-kira jam 4 petang tadi.

Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa (foto kanan), yang diarah keluar 15 Oktober lepas, mendedahkan nasib mereka di bangunan Parlimen hari ini dengan ditemani wakil rakyat PKR Zuraida Kamaruddin.

shafiqa pelajar upm 221008Di sidang media tengah hari tadi, mereka mendakwa banyak lagi mahasiswa yang mengalami nasib seumpama mereka tetapi tidak berani menyuarakannya.

Manakala Persatuan Mahasiswa Islam UPM mendakwa, dengan penyingkiran dua mahasiswi ini, seolah-olah wujud usaha sistematik sejak tiga tahun lepas tidak membenarkan pemimpin dan ahli persatuan itu tinggal di asrama

Dua pelajar itu mencapai keputusan CGPA lebih 3.5 mata turut bergiat aktif dalam kegiatan berpersatuan tetapi tetap didakwa "tidak cukup merit" untuk layak mendapat kemudahan asrama.

Mereka yang menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan eksklusif pelajar cemerlang universiti itu, kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.

Dalam surat arahannya 14 Oktober lepas, UPM menyatakan kedua-duanya berada di kolej itu "secara tidak sah" dan "tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej".

Kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.

Pada asalnya, nama mereka tidak tersenarai sebagai penghuni kolej itu semasa pendaftaran semester ini, awal Julai lalu, walaupun dimaklumkan mendapat tempat seminggu sebelumnya.

Hasil perbincangan dengan pentadbiran kolej, Malaysiakini difahamkan, mereka akhirnya dibenarkan tinggal.

Namun, Jumaat dua minggu lepas, selepas menginap lebih tiga bulan di asrama berkenaan, pintu bilik mereka telah dikunci oleh pengurusan kolej tanpa sebarang notis rasmi.

Borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) turut diselitkan bagi menyatakan mereka harus mencari kediaman di luar UPM.

Mereka bagaimanapun tidak mengisi borang itu kerana tidak berminat berbuat demikian.

Kedua-dua pelajar perempuan itu sekarang menumpang di rumah seorang rakan di Seri Serdang, taman perumahan bersebelahan kampus tersebut.

UPM, amat dekat di hatiku satu ketika dulu. Kenangan dan memori bersama rakan tidak mudah dilupakan. Kolej Tun Perak tempat aku mencari alternatif untuk membeli lauk pauk selain di kolej sendiri (Kolej Kelima).

Tindakan pihak kolej seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini merugikan, malah boleh menimbulkan tanda tanya. Siapa yang buat keputusan? Mengapa ia dilakukan tergesa-gesa? Mengapa dibuat ketika pilihan raya kampus bakal menjelang? Apa alasannya?

Akhirnya, aku membuat rumusan pendek. Tak masuk akal semua ni..

13 comments:

  1. Ha'a memang tak masuk akal.. Kadang-kadang boleh keliru dengan sistem pentadbiran..terlampau banyak birokrasi kot hingga hilang semua sifat-sifat kemanusiaan.

    ReplyDelete
  2. Tak hairanlah cara UPM menguruskan perkara2 yg dikatakan menentang mereka seolah-olahnya macam mencabar wibawa UPM.

    Sebenarnya,UPM dikuasai oleh ahli2 politik2 yg tertentu; maklumlah....sedia melakukan spereti yg telah dikenakan kpd kedua2 anak pelajar perempuan ini. Ingat ke pada satu masa yg lalu juga sesuatu yg telah berlaku keatas seorang Cina dimana laptopnya di rampas.

    Pentadbiran UPM adalah macam menindak keras2 tanpa prihatian

    ReplyDelete
  3. aduhai kampus hijauku..dari dulu ( zaman teman yop ) macam tu - kadang2 teman teringat cerita Hang Nadim - tak boleh pande lebih - biar bodoh lebih - itulah ceritanya -ada aja cerita yg ' nyakit'kan hati.

    teringat teman masa tengok HUJAH kat NTV9 - tetamunya DR RIDUAN TEH ( org kampung kita )- bila semua sistem di politikkan itulah padannya...

    ReplyDelete
  4. dah tgk list kat tepi tu, hohoho, misteri ek?

    UPM - siannyer kat yang terlibat, ada permainan di sebalik permainan, huhuhu

    ReplyDelete
  5. Tirana,

    ada tangan-tangan yang tak nampak, tapi sangat berkuasa ke atas pentadbiran kolej. Itu hakikatnya.

    Bebudak tu bukan hantu. Manusia biasa, tapi tangan-tangan ini 'bimbang' bagaikan mereka lebih daripada hantu..

    ReplyDelete
  6. Linda,
    terima kasih sudi ke sini. Sudikan lagi, tapi jejak tu, biarlah boleh diikut. Takde blog yer?

    ReplyDelete
  7. Bro Jinggo,

    Teman sian kat bebudak ni, anak bangsa kita, bijak, bukan jenis merapu. Kata orang Perak, bukan jenih joghen.

    Ape ke henye ngalo deme tak bersebab.

    UPM tetap di hati, tapi pentadbiran kolej yang begini nyakitkan hati...

    ReplyDelete
  8. Maksu, jangan marah erk, sesuai dah dengan Maksu yang sangattttttttttttttttttttttt berahsia.

    Takpe, Siti Nurhaliza kata, "Biarlah Rahsia.."

    hehehehehehehehehehehehe..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. cikgu..

    perkara2 seperti ini biasa berlaku, tp selalunya dapat diselesaikn secara aman..agak pelik bila perkara ini dijadikan topik besar oleh Malaysiakini..pd saya perkara kali ini mungkin agak berbeza kerana dikaitkan dgn politik..itu sbb dia jd besar..

    moga dpt diselesaikan dgn cara baik. usahlah kerana politik pelajar2 dijadikan mangsa. biar apa pun pegangan politik, kita seharusnya menyokong generasi muda kita yang 'mahu' belajar. cuba lihat keliling, berapa ramai bangsa kita yg muda2 hilang minat utk belajar? berapa ramai yang cukup puas hati dgn setakat lulus spm? kita sama-sama melayu, sama bangsa, dan agama.saya bangga bila ada kaum kita yg bijak pandai seperti mereka berdua, dan simpati bila mereka menghadapi ujian sebegitu.

    pihak universiti patut memperbaiki sistem. bukan setakat universiti, tp juga bdn2 kerajaan lain, sistem perlu dipertingkatkan selaras dgn perkembangan teknologi negara.

    ini cuma pendapat saya yang serba kekurangan..:)

    ReplyDelete
  11. Dik Wilda, bagus apabila 'budak U' pun dah celik tentang politik negara. Sebenarnya, mahasiswa/i hari ini pemimpin masa depan, yang bakal menggantikan pemimpin hari ini.

    Selain ilmu di kuliah, kepemimpinan melalui proses pilihan raya kampus juga satu cabang ilmu.

    Memang cikgu pun rasa kerugian apabila bebudak seperti ini diusir begitu sahaja. Berita terkini, pihak Kolej Tun Perak sudah pun menerima kembali kedua-duanya setelah NC menyatakan 'dasar prihatin UPM'. Baguslah...

    ReplyDelete
  12. Tuan...saya tak berapa gemor la dengar dia cakap "BAIK TAK PAYAH SOLAT KALAU TAK BAYOR YURAN!" dari web yang tuan amik la cakap... kalau benar bagai di kata, pecat saja pegawai tersebut!

    ReplyDelete
  13. Desperado, terima kasih tinggalkan jejak.

    Sebenarnya, saya pun tak suka ayat tu. Rasa-rasanya siapa yer? Pegawai... Tentu Melayu jugak, kan?

    Selalunya begitu, Melayu under estimate Melayu. Melayu pelingkup Melayu..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan