Wednesday, October 15, 2008

Sampai Bila Kita Asyik Ditipu?

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.


Dalam satu thread sebelum ini di akhbar alternatif Teranungkite, seorang forumer bertanya tentang Buluhmas dan konsep pelaburannya. Pelbagai respons daripada forumer lain sama ada yang pernah masuk, belum masuk, yang tinggal di Tg Karang dan seumpamanya, telah memberi hujah masing-masing.

Kesimpulan daripada itu, aku berpendapat Buluhmas memang satu pelaburan yang menipu. Senang cakap, Melayu tipu Melayu, sebab yang mengutip deposit haramnyanya Melayu, mangsanya pun, Melayu juga.

Memang Rasulullah s.a.w pernah menyatakan dalam hadis yang maksudnya, 9/10 rezeki yang Allah kurniakan di muka bumi ini datang daripada perniagaan, tapi bukannya dengan cara menipu orang lain. Kekadang, yang menghairankan, yang ditipu itu hebat-hebat, lulusan universiti, ada kerjaya dan boleh dikategorikan hidup senang. Bukan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Semalam, apa yang dinyatakan dalam thread itu benar belaka, apabila Bank Negara Malaysia membuat serbuan ke empat lokasi pusat perniagaan berteraskan deposit haram tersebut. (lihat berita Bernama 14 Oktober 2008):

The media reported Tuesday that Bank Negara raided four companies -- Buluhmas, Jazmeen (M) Sdn Bhd, Noradz Travel & Services Sdn Bhd and Eastana Farm Industries Sdn Bhd -- for suspicion of being involved in get-rich-quick scheme by taking deposits without licence and investing illegally in Kuala Lumpur, Selangor and Negeri Sembilan.

Kasihan pada yang melabur, termasuk dua tiga orang kawan aku yang dah mula cadang nak tukar kereta.

Moralnya ialah: manusia memang sukar belajar daripada kesilapan. Di Kedah dahulu ada Platinum Lane (PLSB), konsepnya sama juga. Sebelum itu, ada skim Pakman Telo di Taiping, semuanya melantak duit dengan mengutip deposit haram.

Bila lah mentaliti kita ni nak berubah?

11 comments:

  1. Cikgu,

    Yang kena tipu tu mestilah yang ada duit, yang kais pagi makan pagi, nak tipu macam mana.. dah memang tak berduit. Orang yang nak tipu orang pun bijak jugak memilih mangsa. Manusia memang kreatif menggunakan otak tapi sayang tersalah tempat untuk menggunakan daya kreatif yang Allah anugerahkan.

    Saya memang dari dulu2 tak percaya skim pelaburan cepat kaya. Tiada short cut untuk menjadi kaya kecualilah harta benda yang diwarisi oleh seorang anak yang kematian orang tua yang jutawan.

    ReplyDelete
  2. Betul Tirana.

    Kalau hubby jauh, memanglah semuanya terletak di bahu isteri.

    Isteri saya sejak malam tadi merintih, bagitau anak kecil saya si bongsu yang petah tak mau tido tunggu babanya.

    Terpaksa saya nyanyikan lagu WonderPet di telefon, dan pesan padanya;

    "Nuha, tidor ye, baba balik esok. Nuha jangan susahkan umi. Esok umi nak kerja."

    Ntahlah, dia mau tido atau tidak. Tapi selepas tu, isteri tak telefon lagi, ok lah tu

    ReplyDelete
  3. Orang tamak memang mudah kena tipu. Apabila otak dipenuhi dengan duit, maka semua cakap untuk kaya dipercayainya. Sebab itulah kita selalu diingatkan menggunakan kewarasan akal.

    Menipu bangsa sendiri memang mudah. Tengoklah orang yang melaungkan perjuangan Melayu, siapa sebenarnya yang diperjuangkan?

    ReplyDelete
  4. ya allah yop - ini nak kongsi - teman melabot juge dengan buluh mas ni - kerja teman ni membuatkan teman susah benor nak ngelak dari gang MELAYU TIPU MELAYU ni..madsudnya : teman kerja dengan public - dikatakan jalan pintas untuk ' benda2 macam ' - untuk pengatahuan yop dari banyak yang teman masuk - tapi sekadar untuk menutup mulut kawan.....rasanya nak kaya kena kerja kuat....sebab itu kena bakor jambatan yop....

    ReplyDelete
  5. salam perpaduan...nasib jue tak melabur kat buluh mas tue...ada saudara jue yang dah melabur beribu-biru asyik suh jue melabur...dia kata sebulan dia dpat banyak ler RM..xpe,kalau menipu takkan kemana..jatuh juga akhirnya...dah abih dah kursus..sehari jer..ttg hargaminyak turun tu,sangatler bersyukur.walaupun turun sikit,tapi amat bermakna bagi orang mcm jue nie..yelah sejam nak kesekolah..pegi balik dah dua jam .duit gaji abis bayor minyak jer...

    ReplyDelete
  6. Moga kali ini "mereka" dapat pelajarannya.

    bukan senang nak senang.....

    ;-)

    ReplyDelete
  7. Puterabumi,

    Yang saya heran tu, dah banyak contoh terjadi, nape masih ada yang tak mau berfikir? Mujur saya tak join. Bukan sedikit kawan-kawan yang melabur. Ada yang sampai 17 ribu, pada saya jumlah tu banyaklah.

    Betul tak?

    ReplyDelete
  8. bRO jINGGO,

    Itulah masalahnya, kalau teman di tempat mike, mungkin juga 'terpaksa' melabur kerana nak jaga hati customer.

    Sudahnya, kita makan hati je, sebab nanti dituduh macam-macam, tak mau bantu bangsa sendirilah, lupa dirilah.

    Jadi 'cikgu cabuk' sampey tua pun, tak kisahlah, Bro Jinggo..

    ReplyDelete
  9. Miss jazz,

    Daddycool satu sekolah ke?

    Syukur Miss Jazz tak masuk. Elakkan lah melabur dalam skim yang pelik-pelik ni. Konon menguntungkan dalam tempo yang cepat.

    Ibarat kata orang tua-tua, nak untuk secupak, rugi segantang.

    Hambeeeeeeeeeeeeeeeeekkk..

    ReplyDelete
  10. Pendekar,

    Apa nak dikata, kalau nasi dah jadi bubur, tepat kot?

    Biasanya alasan mereka yang disiasat ialah:

    "Syarikat berjalan seperti biasa, pelabur jangan bimbang. Kita akan bayar keuntungan selepas 3 bulan, iaitu apabila penggantungan ditarik balik.."

    Ayat klise tu. PLSB pun macam tu juga dulu. Pakman Telo, pun begitu lah, akhirnya berkubur dengan duit pelabur yang berjuta-juta.

    Sendiri mau paham la............

    ReplyDelete
  11. Ketamakan kita kepada kehidupan mewah dan berprestij melupakan kita kepada jerat. Jerat tidak pernah lupa pada pelandok. Pelandok sahaja yang lupa kepada jerat. Apapun saya pernah jadi mangsa skim 350 (1990).

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan