Thursday, December 31, 2009

"Allah" Kini Bukan Milik Eksklusif Orang Islam?

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Selama hidup saya, saya mengenali nama Allah sebagai Tuhan Yang satu-satunya, Tiada Tuhan Yang Disembah, Melainkan Dia. Tiada anak, tiada roh kudus atau konsep Trinity.

Selama saya membesar sebagai Muslim, saya tidak pernah mengetahui bahawa orang bukan Islam, khususnya penganut Kristian merujuk tuhan mereka sebagai Allah. Mungkin juga kerana 'kejahilan' saya tentang agama tersebut, sehinggalah satu lagu penyanyi Indonesia yang dikenali di Malaysia, iaitu Agnes Monica. Satu lagunya yang tak saya tahu tajuknya, merujuk Tuhan Kristian sebagai Allah.

Ia menimbulkan polemik dalam kalangan akhbar negara ini. Bagaimanapun isu itu tidak terhenti di situ sahaja. Rupanya, sejak sekian lama golongan pemuka Kristian negara ini, yang diterajui oleh paderi yang mempunyai hubungan rapat dengan Pertubuhan Kristian Sedunia berpusat di Rom, berusaha mendapatkan kebenaran kerajaan agar istilah "Allah" juga dianggap merujuk tuhan mereka.

Lalu, apa kesudahannya?

Mahkamah putuskan perkataan 'Allah' boleh digunakan Herald Catholic Weekly (Berita Harian online 31 Disember 2009)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.

Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam.

Pada 16 Februari lalu, Pakiam, sebagai penerbit akhbar berkenaan, mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.


Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Pakiam yang bertindak sebagai pemohon, menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden, pertama dan kedua.


Pakiam, antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang beliau menggunakan perkataan 'Allah' dalam He-rald Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan 'Allah' bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam saja. 


Ironisnya, keputusan mahkamah itu dibuat oleh seorang hakim bukan Islam, yang tentu sahaja jahil tentang agama Islam. Malam ini, sambutan perayaan tahun baru diadakan di seluruh negara, dengan konsert dan hiburan mendominasi ruang-ruang yang ada.


Jauh di sudut hati saya, saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku, dan saya anggap mereka yang menyambut kedatangan tahun baru ini seolah-olah bagai meraikan kejayaan Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam yang menang dalam rayuannya.

Lalu, di manakah kita sebenarnya? Mana dia jaguh-jaguh yang kononnya ingin mempertahankan Islam? Mahu berpeluk tubuh? Masih mahu bertolak ansur? Kerana terlalu bertoleransilah, agama dan hak kita semakin terhakis.

Allahuakbar! Allahuakbar! Moga orang Islam bersatu kembali demi agama kita.

Wednesday, December 30, 2009

Pengalaman Berniaga Semasa Dulu

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Disebabkan bukan keluarga senang, mak dan ayah sentiasa menggalakkan kami, anak-anaknya untuk berusaha lebih. Misalnya semasa belajar, ayah akan mengulang kata-katanya.

"Ayah tak ada harta. Kamulah harta ayah. Ayah bagi kamu peluang untuk belajar, tapi kamu tak boleh mengulang. Kamu gunalah peluang itu sebaiknya."

Mak pula selalu menggalakkan kami menjual apa yang boleh. Pernah saya menjual nangka, kemudian dicucuk dengan lidi seperti sate. Setiap lidi mengandungi tiga ulas nangka. Lalu saya dan adik akan mengelilingi kampung menjual nangka.

"Nangka! Nangka!" saya menjerit sambil mengayuh basikal tua.

Sani atau Oun akan duduk di belakang memegang bakul nangka. Kadang kala habis dijual, ada kala sebaliknya.

Semasa di UPM, matlamat mengumpul wang untuk Lawatan Sambil Belajar ke Medan mendedahkan saya dengan pengalaman berniaga makanan. Saya dan rakan lain seperti Odin Bundel, Jagung, Balok, Keri, Nin, Mas, dan lain-lain telah membuka gerai burger di kafetaria Kolej 5. Berniaga cara ini lebih mudah, tetapi kena buang sifat malu.

Kami juga mengambil kesempatan Pesta Konvo tahun 1993 untuk menempah tapak gerai di Bukit Ekspo. Kami berniaga makanan basah seperti nasi ayam, nasi goreng, mi goreng dan seumpamanya. Pengalaman ini berharga kerana pernah terjadi peristiwa lucu buat saya ketika melayan pelanggan. Saya agak 'gabra' untuk mengira harga makanan tetapi lebih mudah menerima tempahan.

Setelah pelanggan makan, dia memanggil saya, "Tolong kira, dik," katanya.

Saya yang sedia gabra tak boleh mengelak, kerana rakan lain juga sibuk dengan kerja mereka. Kali pertama kira, dah salah. Pelanggan itu tak puas hati, lalu menyuruh saya mengira sekali lagi.

Kiraan kali kedua, berbeza dengan yang pertama, malah lebih mahal pula. Pelanggan lelaki itu mula meninggi suara, dan meminta saya mengira sekali lagi.

Waktu itu, malu bukan kepalang. Saya kira dan siap bagi diskaun. Barulah dia tersenyum, sebab bayarannya 'amat murah'.

Selepas peristiwa itu, saya nekad berada di bahagian dapur, dan tidak melayan pelanggan.

Bila terkenang semua itu, saya senyum sendiri. Tapi pengalamannya tak boleh dilupakan.

Monday, December 28, 2009

Mi Udang Kuala Sepetang


Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Blog Mazidul, pengacara TV3 yang sinonim dengan rancangan 360, pernah menceritakan kehebatan mi udang Mak Jah di Kuala Sepetang.

Kebetulan saya diarahkan ke Matang, Taiping untuk tugasan pasukan pemeriksa SPM. Peluang tersebut saya gunakan untuk singgah menikmati mi udang Mak Jah.

Saya datang pada waktu tengah hari, dan ramai pengunjung yang sedang menikmati mi udang tersebut. Hemat saya, tentulah ia hebat, sebab itulah ramai pengunjung sama ada bersendirian atau berkeluarga yang singgah di situ. Dari bandar Taiping, jaraknya lebih kurang 12 km. Di belakang warung tersebut, ada sebuah masjid yang membolehkan pengunjung menunaikan solat dengan mudah.

Suasana di situ agak santai tetapi bersih. Saya mencuba mi udang biasa (mi udang istimewa, udangnya lebih besar) dan semangkuk mi tersebut sudah memadai untuk orang berperut kecil seperti saya.

Apa yang boleh saya nyatakan, ia berbaloi dengan harga. lebih daripada itu, gerainya bersih dan suasananya menyenangkan.

(Maaf tiada foto untuk menyokong pandangan ini)

Sunday, December 27, 2009

Tak Takut Naik Bas?

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Bagi kebanyakan orang, menaiki bas ke satu-satu destinasi adalah satu keperluan, malah dianggap lebih selamat dan mudah tiba ke tempat yang dituju.

Di negara kita, umum mengetahui sikap pemandu negara ini. Jalan raya yang cantik, tapi minda kita masih di takuk lama. Buktinya, kemalangan jalan raya di negara kita berada di tahap yang membimbangkan.  Kejadian terbaru ketika masyarakat beragama Kristian menyambut Krismas, negara dikejutkan dengan kemalangan jalan raya melibatkan bas ekspres dua tingkat. Jumlah yang terbunuh mengejutkan. 10 orang mati dan semuanya berada di tingkat bawah bas malang tersebut.

Pada 2006, kemalangan ngeri bas dari Kelantan ke KL di Merapoh, Kuala Lipis meragut 14 nyawa. Begitu juga kemalangan bas di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) pada Mac 2007 yang meragut nyawa insan tidak berdosa. Pada Ogos 2007, satu kemalangan berlaku di PLUS berdekatan Bukit Gantang, turut meragut lima nyawa insan yang menjadi harapan keluarga.

7 Disember 2008, kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dari Ipoh ke Johor Bahru meragut 10 nyawa. Contoh kejadian tersebut berlaku kerana kelalaian manusia. Sebagai orang Islam, kita mempercayai Qada' dan Qadar, tetapi itu bukan alasan untuk membiarkan keadaan ini berterusan. Menyalahkan takdir semata-mata, tanpa melihat dari sudut yang kecuaian pemanduan adalah tindakan yang tidak bijak.

Apa yang perlu dinilai kembali adalah struktur bas dua tingkat, adakah ia benar-benar selamat untuk mengangkut penumpang? Persoalan ini harus dipertimbangkan sewajarnya oleh LPKP dan Kemneterian Pengangkutan. Hal ini kerana jumlah kematian akibat kemalangan melibatkan bas dua tingkat sangat besar jumlahnya.

"Saya terlelap." kata pemandu bas dua tingkat Sani Express yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara awal pagi ini yang mengakibatkan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera.

Menurut Ketua Trafik Ipoh, Deputi Supritendan Mohd Rodzi Rejab berkata, siasatan awal polis mendapati pemandu berkenaan merancang untuk bertukar giliran memandu dengan pembantunya sebaik tiba di kawasan Rehat & Rawat Sungai Perak dekat sini.

"Ujian alkohol dan dadah yang dijalankan ke atas pemandu berusia 38 tahun itu didapati negatif," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
                                                                                                             (disesuaikan daripada Mstaronline)

Pemandu berkenaan direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tapi apa juga tindakan selepas ini, ia tidak dapat menghidupkan kembali insan yang terkorban dalam nahas tersebut.

P/S: Dulu, kemalangan bas sering dikaitkan dengan Syarikat Bas Naeila, sehingga menyebabkan orang ramai takut menaiki bas berkenaan. Akhirnya syarikat tersebut tutup setelah tidak mendapat kepercayaan orang ramai. Adakah Sani Ekspres juga akan mengalami nasib yang sama? 

Thursday, December 24, 2009

Cetusan Hati Kendalian Jamal Jamaluddin

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Bagi pendengar SINARFM, nama juruhebah Jamal Jamaluddin tak perlu diperkenalkan lagi. Dia lebih dikenali sebagai JJ, adalah seorang daripada DJ SINARFM yang mempunyai tarikan tersendiri. Rancangan kelolaannya "Cetusan Hati" sangat diminati oleh kumpulan pendengar pelbagai lapisan, sama ada pasangan kekasih, atau suami isteri.

Lazimnya, dalam masyarakat Melayu, kita agak kekok untuk menyatakan kasih sayang kepada pasangan secara terbuka. Sukar untuk mendengar suami menyatakan kasih dan sayangnya kepada sang isteri, sebaliknya ia hanya dizahirkan melalui perbuatan.


Tetapi JJ berjaya mengubah suasana itu. Jika anda tidak pernah mengikuti Cetusan Sinar. Dengarlah, dan sertailah sama. Buat panggilan dan JJ akan mencadangkan anda memberi 'Ganda 23'..

Cetusan Hati akan dihentikan seketika pada pukul 11 malam selama 3 minit, untuk selingan berita bola, termasuk gosip EPL. Pada hemat saya, JJ juga peminat Man U, sebab selalunya dia akan sebut "Manchester Uuuuuuuuuunited.."

JJ, samalah kita.

PMR: Berhasilkah Sasaran Kamu?

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Khusus untuk pelajar dan calon PMR 2009, hari ini 24 Disember 2009 adalah hari penting untuk kamu. Selama belajar 3 tahun di sekolah menengah, kamu menduduki PMR dan keputusannya kamu peroleh hari ini.

Sudah bersedia? Datanglah ke sekolah dengan pakaian yang bersopan. Mohonlah restu ibu bapa sebelum meninggalkan rumah. Bersedialah menerima apa juga keputusan dalam PMR. Jika banyak yang kamu usahakan, banyak jugalah yang kamu peroleh. Sebaliknya, jika kamu tidak bersungguh-sungguh semasa menjawab PMR, jangan salahkan guru atau orang lain.


Kepada pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang, tahniah. Ini langkah awal untuk lebih cemerlang. Kepada calon yang kurang elok keputusannya, jangan patah semangat. Gagal PMR bukan bermakna gagal dalam hidup. Manusia boleh berjaya jika belajar daripada kesilapannya.

Jangan lupa, jumpalah guru-guru dan ucapkan terima kasih kepada mereka. Panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana apa yang berlaku adalah dalam ketentuan-Nya, " Kamu merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang.." (Al-Quran)

Tuesday, December 22, 2009

Gempar Lagi Pasal Enjin!

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

PUTRAJAYA: Kisah pelik berlaku lagi di Malaysia. Kali ini, dengan slogan "Enjin RM50 juta Boleh!" telah mengejutkan negara apabila sebuah enjin pesawat pemintas F-5E bernilai RM50 juta hilang sejak 2007.  Kes ini bagaimanapun menyebabkan beberapa pawang dan ahli silap mata turut hairan kerana 'kehilangan' enjin jet tersebut  tidak dapat dikesan awal. TUDM dalam kenyataan awalnya mengesahkan kehilangan enjin tersebut berlaku pada 2007 dan hanya disedari baru-baru ini setelah dibuat siasatan dalaman.

Seorang bomoh yang terkenal di pedalaman Pahang, En. Sengkuang bin Malaon, mengesahkan enjin tersebut dilarikan oleh orang bunian. Ketika diajukan soalan, beliau dengan menaruh keyakinan orang bunian telah mengambil enjin tersebut ketika waktu malam.
"Saya pernah melihat sekumpulan bunian cuba mencuri kepala kereta api di Stesen Kuala Lipis, tapi kerana saya ada di situ, mereka terus melarikan diri." katanya sambil mengurut-ngurutkan janggutnya. Beliau tidak mahu mengulas lanjut, sebaliknya mengambil sikap tunggu, lihat dan goyang kaki sahaja.

Seorang tabib Cina, Master Koo Thee Poo yang ditemui di Kepong, tidak menafikan kewujudan makhluk  asing yang sangat berkuasa sehingga membolehkan enjin pesawat tersebut hilang tanpa dapat dikesan pihak berkuasa.
"Ayya, gua talak yakin itu enjin ada lagi maa... Dia sulah pigi langit maa..."

Master Koo Thee Poo tidak yakin ini kes pertama dan terakhir. Beliau menjangkakan akan ada lagi enjin  bersaiz mega yang akan dirampas oleh makhluk asing tersebut. Dia menjangkakan enjin tersebut akan digunakan oleh makhluk asing untuk mengkaji kejuruteraan masyarakat bumi.
"Lu tengok aaa... Itu enjin kapal selam pun boleh hilang maa.. Lu tunggu la." katanya berbisik kepada wartawan sebelum mengakhiri perbualannya.

Presiden Gabungan Ahli Gilap Mata Sentul, En. Manadaki a/l Kupalabaran ketika ditemui mengesahkan perbuatan itu tidak dilakukan oleh ahli-ahlinya.

"Mana ada? Saya pun boleh hilangkan enjin kereta control saja, enjin kereta pun tabley buat lagi!" Ujarnya dalam telefon ketika dihubungi petang kelmarin. Beliau agak marah dengan dakwaan mengatakan ada ahlinya terlibat dalam kes kehilangan enjin bernilai RM50 juta itu.

"Saya ada cakap sama itu TUDM, itu enjin jet kena mandi bunga, belakang dia orang tarak percaya.. Sekarang, apa suda jadi?" katanya seakan-akan kesal dengan apa yang berlaku.

Seorang amah Indonesia yang enggan dikenali berkata, "Pak, saya bisa menghilangkan barang kecil di rumah majikan saya. Enggak pernah saya hilangkan enjin, Pak... Besar bangat itu." katanya sambil menjuihkan bibir.

Lanjutan kehilangan ini, beberapa pihak telah disiasat dan bakal diambil tindakan. Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, sebuah lagi enjin jet jenis yang sama dikhuatiri telah dibawa ke Eropah dengan modus operandi yang sama.

Berita ini telah dibawa ke meja pengarang, tetapi di'reject' kerana tak cukup syarat. Hehehehe...



Monday, December 21, 2009

Permohonan Ke IPTA Melalui Talian Internet

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Menurut Bernama, permohonan ke IPTA seluruh negara mulai sesi 2010-2011 akan menggunakan aplikasi internet sepenuhnya.

Menurut Kementerian Pengajian Tinggi semalam, permohonan diadakan dalam dua fasa dan bagi fasa pertama ia telah dibuka kepada pemohon mulai 2 November lalu dan tarikh tutup pada 31 Disember ini.

Fasa kedua permohonan pula akan dibuka pada 2 Februari 2010 mulai jam 12 tengah hari sehingga 30 Mac 2010.

Kenyataan itu berkata, permohonan kali ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori A bagi pemohon SPM 2009, kategori B bagi lepasan SPM 2008 atau 2007, kategori C untuk lepasan SPM 2006 atau sebelumnya atau yang mempunyai sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dan kategori D adalah bagi lepasan SPM 2007 dengan sijil ulangan 2008 atau SPM 2007 dengan sijil ulangan 2009, atau SPM 2008 dengan sijil ulangan 2009.

Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan mendaftar melalui URL laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.


ULASAN SAYA:

Tahun 70-an, 80-an dan awal 90-an, pelajar yang memohon kemasukan ke IPTA perlu merujuk  iklan permohonan yang diuruskan Unit Pusat Universiti atau UPU. Iklannya dipaparkan di akhbar-akhbar utama. Kelam-kabutlah memohon borang yang perlu diisi lengkap sebelum diposkan kembali ke UPU. Tunggulah keputusannya dalam tempoh 2 bulan, dan jawapannya akan diperoleh melalui pos juga.

Kalau ada posmen cuai atau tak amanah, alamatnya permohonan tersebut  akan menghadapi masalah.

Kini, situasi sudah berubah. Dulu lain, sekarang lain. Aplikasi online sudah menjadi kebiasaan. Cuma, saranan saya, kerajaan harus memastikan penyedia kemudahan internet seperti TM, Celcom, Maxis dan Digi menambah kecekapan talian internet di kawasan luar bandar agar masyarakat di situ tidak berasa dianaktirikan.

Friday, December 18, 2009

Hukum Karma: Jahat Dibalas Jahat

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Selalu kita membaca berita betapa kejamnya peragut yang berhati binatang; meragut sehingga menyebabkan kematian insan yang tak bersalah. Siapa saja boleh jadi mangsa kepada peragut: Wanita tua, gadis remaja, lelaki dewasa malah perempuan hamil turut menjadi mangsa mereka.

Hari ini, saya puas membaca berita kisah peragut yang terbunuh akibat kemalangan selepas meragut.

Berita disesuaikan daripada Utusan online

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.15 petang semalam, kira-kira sejam selepas kedua-dua peragut berkenaan meragut telefon bimbit seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di Taman Sri Gombak.
Orang ramai yang menyaksikan insiden itu cuba mengejar, bagaimanapun kedua-dua penjenayah, masing-masing berusia 16 dan 18 tahun itu berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z.
Tidak lama selepas itu, kedua-dua suspek mengalami kemalangan apabila dirempuh sebuah kereta di persimpangan Greenwood mengakibatkan suspek berusia 16 tahun meninggal dunia manakala rakannya parah.
Polis yang menyangka kemalangan biasa mula curiga apabila mendapati kedua-duanya memiliki tiga unit telefon bimbit dan siasatan akhirnya mendapati ia adalah milik mangsa-mangsa ragut.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sejurus sampai di lokasi kejadian, kedua-dua suspek dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bahagian muka serta kepala.
Beliau menambah, hasil pemeriksaan menemui sebuah beg galas berwarna hitam mengandungi tiga unit telefon bimbit termasuk jenis Sony Ericsson milik mangsa di Taman Sri Gombak.
''Siasatan mendapati, kedua-dua suspek juga sebelum itu cuba menyamun seorang lagi pelajar berusia 15 tahun yang sedang berjalan kaki di Batu 5, Jalan Gombak, Sentul.
''Dalam kejadian pukul 4 petang itu, kedua-dua suspek cuba meragut rantai leher tetapi gagal kerana mangsa sempat memegang barang kemas tersebut,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa cedera ringan di kaki dan tangan kerana terjatuh manakala kedua-dua suspek pula melarikan diri.
Abdul Rahim memberitahu, suspek berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Selayang manakala rakannya dilaporkan berada dalam keadaan stabil di hospital sama.
Beliau memberitahu, siasatan terhadap motosikal yang ditunggangi suspek mendapati kenderaan itu milik keluarganya.


Majlis Kristian Desak Pengetahuan Bible Untuk SPM

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sebelum diteruskan, saya mengucapkan tahniah kepad skuad bola sepak Malaysia yang menyumbang emas ke-40 setelah mengalahkan Vietnam dalam final malam tadi. Kejayaan ini sangat manis, apatah lagi ia merobek ego Vietnam yang memandang rendah keupayaan skuad bola sepak negara.

PETALING JAYA: Majlis Sekolah-sekolah Kristian Malaysia meminta Kementerian Pelajaran untuk memasukkan Pengetahuan Bible sebagai antara mata pelajaran pilihan untuk dua subjek tambahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pengerusi majlis itu Yap Kok Keong berkata keputusan kerajaan untuk mengehadkan subjek tambahan  akan memberi kesan kepada jumlah calon Pengetahuan Bible.
Pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata terdapat 1,350 calon yang ingin mengambil subjek Pengetahuan Bible pada peperiksaan SPM.
"Sekarang, kami perlu memberitahu mereka yang telah mengikuti subjek Pengetahuan Bible selama setahun bahawa mereka tidak boleh mengambil subjek itu dalam SPM kerana ia di luar kuota dan ramai pelajar akan menggugurkan subjek itu.
"Akhirnya, ia akan menamatkan satu subjek penting dalam kurikulum sekolah kita," katanya.
Dari sumber - BERNAMA

ULASAN SAYA:

1. Jika 1350 orang calon daripada 453,000 orang calon yang ada, jumlah itu bersamaan 0.29% sahaja. Bagaimana ia boleh dianggap subjek penting?


2. Ramai pelajar akan menggugurkan subjek ini? Subjek ini adalah pilihan, bukan wajib. Jadi, calon SPM yang tak berminat akan menggugurkan subjek ini. Itu kenyataannya.


3. Adakah ini kesan pelaksanaan 1Malaysia? Ada pihak mula meminta itu dan ini, dan sesetengahnya mencetuskan polemik berpanjangan yang boleh menjejaskan kesejahteraan negara.

Thursday, December 17, 2009

Apakah Malaysia Mampu Menuai Emas Menentang Vietnam?

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Ramai memperkatakan keupayaan skuad bola sepak negara selepas berjaya ke perlawanan akhir Sukan SEA di Laos. Dari kedai kopi hujung kampung, sehinggalah ke ruang lobi Parlimen, malah PM sendiri terdetik untuk 'mendoakan' kejayaan skuad Rajagobal, setelah 20 tahun gagal melakukannya.


Foto bendera dua negara serantau: Sengaja besarkan Jalur Gemilang, sebagai tanda sokongan!

Hakikatnya, inilah masa terbaik untuk skuad B-23 negara menunjukkan keupayaan. Jika perlawanan di peringkat kumpulan menjadi sandaran, Vietnam yang menjadi lawan kita pada final nanti pasti mempunyai kelebihan. Ketika itu, anak buah Rajagobal tidak boleh mengawal emosi menyebabkan mereka 'menyerang' pengadil yang dikatakan berat sebelah.Tindakan bodoh Zakuan Adha tempoh hari pasti sudah dilupakan.

Memetik kata-kata Rajagobal di Utusan online;

"Pada saya, Malaysia dan Vietnam sama handal, cuma kita kalah tempoh hari kerana pemain kita gagal mengawal emosi mereka apabila dengan pantas bertindak balas terhadap keputusan pengadil.
"Apabila emosi menguasai diri, permainan jadi tidak menentu.
"Jadi saya menasihatkan pemain supaya jangan sesekali bertindak balas terhadap apa juga keputusan pengadil.
"Beraksilah dengan tenang, berikan persembahan bertenaga. Jika kita beraksi dengan cara permainan kita, saya yakin kemenangan akan memihak kepada kita," katanya.
Mengenai kehadiran semula penyerang Zaquan Adha ke dalam skuad kebangsaan selepas pulih daripada masalah mata, Rajagobal berkata, tiada jaminan Zaquan akan mendapat tempat secara automatik ke dalam skuad.
Katanya, dia perlu bersikap adil terhadap pemain lain apatah lagi mereka telah menunjukkan permainan yang bagus di sepanjang ketiadaan Zaquan yang digantung dua perlawanan.
"Adalah tidak adil jika saya mengetepikan sama sekali pemain yang membawa skuad ini mara ke final.


Kini, pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air. Bertemu Vietnam di pentas final tentu berbeza dari segi persembahan. Apatah lagi, skuad negara telah menunjukkan semangat juang yang hebat semasa berdepan tuan rumah Laos berserta lebih 20,000 penyokongnya.

Ayuh Malaysia, jika tak ke Afrika Selatan sekalipun, tunjukkan kemampuan kita di peringkat ASEAN!



Wednesday, December 16, 2009

Jual Bayi Jadi Sumber Rezeki?

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


Lian Kim Wan (kanan) bersama dua anaknya, Ang Bee Ling (tengah) dan Ang Bee Churn dibawa ke Mahkamah Klang semalam untuk didakwa selepas terlibat dalam satu sindiket memperdagangkan tiga bayi perempuan di Hospital Metro Maternity, Jalan Pasar Klang, Disember lalu. – Utusan/ Mohd. Shaharani Saibi


KLANG 15 Dis. – Seorang ejen insurans dan dua anak perempuannya yang dipercayai terlibat dalam sindiket penjualan bayi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdagangkan tiga bayi berusia sehari kira-kira dua minggu lalu.
Lian Kim Wan, 56, yang berasal dari Banting bersama Ang Bee Ling, 36, dan adiknya, Ang Bee Churn, 31, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia sehari yang dilahirkan oleh warga Indonesia yang dikenali sebagai Kristina untuk maksud eksploitasi.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Hospital Metro Maternity, No. 34, Jalan Pasar Klang di sini antara pukul 2 pagi dan 5 pagi, 3 Disember lalu.
Mereka juga didakwa melakukan kesalahan sama terhadap bayi perempuan berusia sehari yang dilahirkan oleh warga Filipina, Anie Lida pada masa dan tempat yang sama.
Sementara bagi pertuduhan ketiga, Kim Wan, Bee Ling dan Bee Churn didakwa memperdagangkan seorang lagi bayi perempuan berusia sehari yang dilahirkan oleh warga Indonesia, Ninik Rahayu Suhaimi.
Bagi setiap pertuduhan, tiga beranak itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

ULASAN SAYA:

Dah makin parah keadaan masyarakat kita. Bukan setakat jenayah ragut yang tak mengenal mangsa, bayi yang tak berdosa pun jadi mangsa kepada binatang berjasad manusia ni.  

Monday, December 14, 2009

Tragedi Hidayah dan Bapanya

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Maghrib Sabtu lalu, saya menerima mesej memberitahu kemalangan menimpa Nurhidayah dan bapanya, Md Rashid. Mereka mati di tempat kejadian setelah motosikal yang dinaiki ditabrak sebuah Toyota Vios. Beritanya ada di dada akhbar SINAR, Metro dan Berita Harian hari ini.


Wajah comel Hidayah dalam majalah PERMATA 2007; Dua jenazah bapa dan anak  kaku di surau
 
Saya mengenali Hidayah, seorang bekas pelajar saya yang mengambil SPM 2007 yang lalu. Gadis yang baik dan bersopan. Wajahnya juga manis.Biarpun keluarganya sederhana, dia tergolong dalam kumpulan pelajar yang bijak. Anak sulung ini diharap dapat membantu keluarganya, tetapi kemalangan maut itu meragut seluruh harapan dan impiannya.

Saya bergegas ke kampung selepas solat Isyak sebagai penghormatan terakhir kepada arwah kedua-duanya. Setibanya di sana, sanak saudara dan rakan taulan sudah pun membanjiri kawasan rumah. Sempat juga saya solat jenazah buat kesekian kalinya. Sayu melihat kedua-dua jenazah terbujur kaku di ruang surau. Malam itu juga jenazah dua beranak itu dikebumikan dalam satu liang.



Penduduk kampung bertungkus lumus mengorek liang; Suasana di tanah perkuburan



Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kedua-duanya.  

"Hidayah, cikgu doakan kamu tenang di sana. Cikgu juga doakan kamu dan ayah kamu ditempatkan di sisi mereka yang beriman.."


Saturday, December 12, 2009

Usia Hanyalah Angka..

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Ramai orang tidak selesa memberitahu orang lain tentang umurnya. Hakikatnya, usia bersifat relatif. Tua atau muda, ditentukan dengan siapa perbandingan itu dibuat.

Mudahnya begini; saya sudah tua jika dibandingkan dengan usia seorang remaja di bangku sekolah. Tetapi saya masih muda jika dibandingkan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, atau Tun Dr. Mahathir umpamanya.

Hidup berumahtangga, kadangkala ada 'syarat' agar lelaki yang ingin berumah tangga mesti tua 5-10 tahun daripada isteri. Perempuan pula akan dinasihatkan mencari pasangan hidup yang lebih berumur. Hakikatnya, usia hanyalah angka. 

Suami yang lebih tua, atau isteri yang lebih berusia, semuanya mempunyai kelebihan masing-masing. Ada beberapa penilaian yang boleh dilihat dari sudut positif and negatif. 

Sesetengah wanita beranggapan lelaki muda biasanya lebih cenderung mencari teman wanita untuk bersuka ria, tetapi lelaki tua inginkan hubungan serius kerana mereka lebih matang.

Wanita yang ingin lelaki tua dan berharta menjadi pasangan hidup kerana menyangka lelaki muda tidak romantik dan kurang memberi komitmen dalam perhubungan. Selain daripada itu wanita memilih lelaki berusia dan berharta sebagai pasangan hidup kerana mahu mencari kemewahan segera, dan ini juga tidak dapat dinafikan.

Sudut Positif:

  • Lelaki berusia lebih matang dalam membuat keputusan
  • Kewangan stabil
  • Pandai mengambil hati
  • Boleh membimbing isteri
  • Komitmen tinggi dalam perhubungan kekeluargaan
  • Lelaki berusia dikatakan mampu menguruskan rumah tangga serta mengawal emosi dan kerenah wanita muda

Negatif:
 
  • Wanita yang memilih lelaki tua sebagai suami berisiko mengalami kepincangan rumah tangga jika lelaki itu suami orang dan seterusnya mengalami perceraian.
  • Risiko si suami ditinggalkan: Isteri telah berjumpa teman lelaki yang menepati citarasa, Cinta hanya kerana harta, apabila suami tidak berharta maka lenyaplah cinta si isteri, telah mendapat sejumlah harta yang dimiliki untuk mampu berdikari.
  • Si Isteri mudah putus asa dalam menghadapi asam garam rumah dan liku hidup kerana telah mendapat kemewahan di permulaan alam perkahwinan


Mengambil dari kisah hidup Rasulullah, Isteri baginda yang pertama tidak terlalu muda malah lebih berusia.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

P/S: JAIS menaikkan belanja  mas kahwin di Selangor daripada RM80 kepada RM300. Ia mendapat reaksi pelbagai daripada NGO dan lapisan masyarakat. Bagaimanapun, jumlah perceraian pasangan Islam tidak bergantung kepada nilai mas kahwin, sebaliknya faktor lain seperti kecurangan, kewangan dan keserasian yang mendominasi punca perceraian.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Di tengah-tengah keributan isu dana untuk masjid oleh Ahli Parlimen DAP, saya ingin berkongsi pandangan dengan anda tentang perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dipersetujui semua pihak pada tahun 1948. Biarpun ia sudah lama, perlembagaan inilah yang menjadi asas kepada pembentukan Persekutuan Malaysia yang kita sayangi ini.

Pada tahun 1946, orang Melayu ketika itu bangun menentang Malayan Union yang secara jelas bercanggah dengan pendirian orang Melayu dan Raja-raja Melayu ketika itu.

Pada tahun 1948, British yang ketika itu masih menjadi 'tuan' telah memperkenalkan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu bertujuan menggantikan Persekutuan Malayan Union.

Antara kandungan perlembagaan PTM 1948 ialah:
1. Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar.
2. Sultan diperakui melalui Undang-undang Tubuh negeri, manakal MB bertanggungjawab mengetuai pentadbiran negeri dalam persekutuan.
3. Kuasa kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri tertakluk kepada Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
4. Hak istimewa orang Melayu dan bumiputera diperakui semua pihak
5. Perlindungan terhadap agama Islam sebagai agama rasmi
6. Bahasa Melayu diperakui sebagai bahasa yang dilindungi
7. Kontrak sosial menjadi asas pembentukan masyarakat majmuk
8. Perkongsian kuasa antara kaum di Tanah Melayu dijadikan teras kemajuan negara

Moga dengan memahami sejarah, kita akan lebih menghargai apa yang kita miliki pada hari ini.

Friday, December 11, 2009

Tahniah Malaysia! Layak ke Separuh Akhir.

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Jauh di sudut hati, saya masih berharap skuad bola sepak kita menyinar di persada antarabangsa, atau setidak-tidaknya di ASEAN.

Baru sekejap tadi, skuad bola sepak negara mengalahkan Thailand 2-1, dalam perlawanan peringkat kumpulan di Sukan SEA di Laos. Berita itu tentulah memeranjatkan biarpun tidak mustahil.

Tahniah kepada Rajagobal dan skuadnya. Harapan saya, janganlah jadi skuad yoyo.

Kepada media cetak, jangan terlalu ghairah mengisi berita ini di dada akhbar, sebab ia boleh menjadi racun yang membunuh semangat.

Apa pun, saya rasa semua kita gembira dengan keputusan perlawanan ini, apatah lagi, jika dilihat dari sudut rekod, kita sering kalah dengan Thailand sepanjang 3-4 tahun sebelum ini.

Thursday, December 10, 2009

"Tersasar Di Jalanmu" Memang Layak Dinobatkan!



Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Saya menonton drama Tersasar Di Jalanmu (TDJ) tiga tahun lalu, melalui cd yang dibekalkan KPM kepada sekolah. Mulanya, saya beranggapan ia drama tidak berkualiti, tetapi gambar promo di cd itu berserta tajuknya sangat mengujakan.

Mengejutkan kerana drama tersebut duarahkan oleh artis yang tidak asing lagi, iaitu Erma Fatima.

Lantas, saya jadikan Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk ditonton dan dikupas oleh pelajar, khususnya Menengah Atas. Saya tertarik dengan persoalan dan mesej yang disampaikan oleh Erma melalui drama ini.

TDJ menang kategori utama Drama Terbaik, Pengarah Terbaik Drama, Pelakon Wanita Terbaik Drama (Rosnah Mat Aris) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Norish Ismail) selain Lakon TV Terbaik dan Video Terbaik dalam Anugerah Skrin 2009 baru-baru ini. Ia mengalahkan teledrama yang dibintangi Jalil Hamid, yang saya fikir tidak kurang hebatnya. Saya tak ingat tajuknya, tapi drama tersebut mengisahkan bapa yang mencari rezeki dengan pengayuh beca untuk menyara keluarga.

Sebenarnya, Erma Fatima sendiri berjaya  mengupas isu sosial secara realistik kerana sebagai anak kota, Erma mempunyai hubungan erat dengan golongan masyarakat yang tinggal di Chow Kit, dan Lorong Haji Taib. Mereka sinonim dengan kehidupan songsang, seperti pelacuran dan gejala dadah. Kebanyakan mereka dianggap terpinggir daripada arus kesopanan dan kesusilaan, apatah lagi keagamaan.

Erma tidak mengangkat dan menjulang golongan ini, sebaliknya mengupas isu tersebut dengan harapan agar masyarakat memberi peluang kepada mereka untuk berubah Saya secara peribadi yang sudah menonton drama ini bersama pelajar, dan adegan yang menyentuh perasaan termasuklah ketika anak pelacur makan  nasi bungkus di tepi tangga.

Adegan pelajar perempuan mengalami keciciran sekolah akibat ponteng, dan terjebak dengan 'jantan-jantan sundal' yang memperkosanya memang berlaku dalam masyarakat hari ini. Ia mengajak penonton untuk merenung diri dan menyelami kehidupan manusia yang berada di 'lorong gelap' kerana ada ketikanya  desakan hidup menjadikan mereka mengambil apa juga peluang untuk mencari sesuap nasi.

 Saya tetap beranggapan pelacuran dan dadah tetap menyalahi moral dan agama, tetapi selagi mereka bergelar manusia, golongan seperti ini mempunyai perasaan dan wajar dibantu.

Banyak adegan dalam drama ini dibuat dengan teknik yang menarik. Lampu suram, lorong gelap dan kedai makan tepi jalan menjadi sebahagian latar kehidupan manusia yang dipinggirkan ini.

Erma Fatima berjaya mengetengahkan nilai kemanusiaan antara pelacur dan pondan, kasih sayang adik  dan kakak, persahabatan antara pelacur dengan pemilik gerai makan, di samping  hubungan tidak mesra dalam keluarga, yang menjadikan drama ini sangat sesuai saya jadikan ABM untuk karangan dan pemahaman.

Watak pondan yang bertekad hidup bahagia dengan pasangannya, mengundang rasa lucu pelajar saya.  Apa yang terjadi dengan pondan tersebut, biarlah anda sendiri menontonnya.


Pada hemat saya sebagai guru, drama ini amat sesuai untuk ditonton oleh pelajar terutama awal remaja, supaya menghargai setiap detik kehidupan yang dimiliki. TDJ, yang berkisar mengenai manusia di ‘lorong neraka’ mempunyai nilai pengajaran yang sangat tinggi.

Moga Erma Fatima akan terus menghasilkan drama yang berkualiti dan mempunyai nilai tanggungjawab sosial, kerana itulah sebenarnya yang menjadikan anda lebih dihargai oleh masyarakat.


Wednesday, December 9, 2009

Antara Arak dan Tapai

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


“Arak ialah Alkohol dlm bentuk ethyl alcohol dan merupakan sejenis dadah yang bertindak ke atas otak manusia dan seringkali menyebabkan ketagihan. Ia dihasilkan oleh sel2 ragi atau yeast yg bertindak ke atas karbohidrat yang terdpt dlm buah2an atau biji2an.”

Definisi arak sebenarnya ialah: Sesuatu yang mengandungi alkohol yang memabukkan dan dikenali juga dengan panggilan minuman keras.

Semua arak mengandungi alkohol dari jenis ethyl alkohol atau pun nama lainnya etanol tetapi etanol semata-mata adalah bukan arak kerana tidak ada pun arak yang terdiri semata-mata hanya etanol. Tambahan pula etanol selain boleh dihasilkan dari proses penapaian ragi / yeast , ia juga boleh dihasilkan di dalam makmal tanpa melibatkan langsung proses penapaian.

Secara umumnya, arak boleh di kategorikan kepada:
1.   Bir mengandungi 6% alkohol etanol
2.   Wain yang mengandungi 10-20% alkohol etanol
3.   Wiski yang mengandungi 35% alkohol etanol

Apa yang diharamkan oleh Islam adalah arak yang mana arak ini terdiri daripada air, karbohidrat (glukos), mineral, vitamin dan etanol iaitu sejenis alkohol.

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, daripada Ibn Umar mafhumnya:
“Daripada Ibn Umar, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda; semua yang memabukkan adalah arak, dan semua yang memabukkan adalah haram”.

Jumhur ulamak mengelaskan arak sebagai najis. Apabila arak ini dikategorikan sebagai najis, apa yang najis bukanlah etanol sahaja yang terkandung di dalam botol arak tetapi apa yang dihukumkan najis adalah juga keseluruhan arak yang terdiri daripada air, karbohidrat, mineral, vitamin dan etanol. Air di dalam arak adalah najis dan begitulah juga vitamin yang terkandung di dalam arak. Sekiranya diasingkan air daripada minuman arak yang 100% terdiri hanya air, ia adalah tetap di katakan najis kerana air ini berasal dari najis arak. Sekiranya etanol dari arak ini diasingkan lalu menjadi 100% etanol, ia tetap najis kerana berasal dari najis arak. Namun sebarang etanol yang diperolehi selain daripada arak, ia adalah tidak najis. Kebanyakan alkohol di makmal tidak diperolehi daripada arak.

Nasi yang dimasak pada tengahari atau petang apabila dibiarkan semalaman lalu di makan keesokan harinya, ia sudah melalui proses penapaian dan mengandungi sedikit alkohol. Alkohol di dalam nasi ini boleh diasingkan melalui proses penyulingan. Persoalannya adakah nasi yang berusia hampir 24 jam ini dihukum sebagai haram kerana mengandungi etanol?? Hukumnya tetap halal dan masih harus dimakan kerana nasi ini tidak memabukkan hatta kalau dimakan sebanyak 3 pinggan.

Tapai pulut dan tapai ubi sangat sedap  sekali. Ia dibuat dengan memasak pulut atau ubi sehingga masak dan setelah masak ia disejukkan pada suhu bilik. Selepas sejuk ia dicampurkan dengan ragi yang sudah ditumbuk halus. Kemudian ia dibungkus atau dibiarkan dalam periuk atau sebarang bekas selama 2 atau 3 hari. Menjadilah makanan ini tapai pulut atau tapai ubi. Amat manis sekali dan sungguh menyegarkan.
               
Proses membuat tapai ini dinamakan Proses Penapaian di mana yeast atau ragi tersebut menukarkan karbohidrat kanji di dalam pulut atau ubi menjadi glukos di samping pembebasan air, karbon dioksida dan pelbagai vitamin lain sebagai hasil sampingan.  Proses penukaran karbohidrat kepada glukos ini tidak terhenti disitu kerana ragi /yeast akan terus menukarkan glukos yang terbentuk kepada etanol.

Daripada penjelasan ini bermakna, tapai ubi / pulut yang telah diperam selama 2 atau 3 hari tersebut telah mengandungi  air, glukos, etanol selain vitamin dan produk lain. Persoalannya ialah adakah tapai ini haram dan najis kerana kandungan di dalamnya adalah menyamai dengan minuman bir?

Jawapan kepada persoalan ini ialah tapai pada usia 2 atau 3 hari ini adalah halal  kerana ia bukan sesuatu yang memabukkan. Kalau minum / makan tapai dengan kuantiti banyak  pun memang ia tidak memabukkan. Tapai pada usia ini iaitu 2 atau 3 hari hanya mengandungi sedikit kandungan alkohol etanol namun kandungan etanol dalam tapai ini adalah lebih tinggi daripada nasi yang sudah berumur hampir 24 jam.

Apabila tapai pulut atau tapai ubi ini dibiarkan pada suhu bilik untuk beberapa hari lagi, lebih banyak karbohidrat kanji ditukarkan kepada glukos dan etanol. Tapai yang sudah berusia 6 hari rasanya walaupun manis namun terdapat rasa yang tidak enak dan rasa ini sebenarnya adalah disebabkan rasa etanol. Pada usia tapai 6 hari ini, kandungan etanol di dalam tapai boleh menjangkau lebih daripada 6 atau 7 peratus iaitu menyamai kandungan etanol di dalam bir. Sekiranya kita makan tapai ini bersama airnya dalam kuantiti satu gelas besar, insya-Allah muka peminumnya akan menjadi kemerahan dan kepala mula pening. Inilah yang dikatakan MABUK. Pada tahap ini tapai yang asalnya adalah harus telah menjadi haram kerana ia memabukkan.

Bagi mereka yang ingin sekali minum arak, mereka selalu berhujah “saya tahu bir memabukkan tetapi kalau saya minum sedikit bir pastinya ia tidak memabukkan”.

Persoalan seperti ini adalah persoalan yang diajarkan oleh syaitan semoga manusia minum bir.

Jumhur ulamak telah memutuskan bahawa “setiap yang apabila diminum banyak memabukkan, maka sedikit pun adalah diharamkan.” Berdasarkan ketetapan ini maka bir adalah diharamkan sama ada ia diminum sedikit atau pun banyak.

Terdapat minuman bir tanpa alkohol dan adakah minuman ini diharuskan?? Dari penjelasan saya di atas telah dinyatakan bahawa minuman arak adalah najis. Najis ini merangkumi segala komponen arak ini termasuk air, glukos, etanol, vitamin dan segala garam galiannya. Sekiranya arak yang terbentuk ini disuling untuk mengeluarkan segala alkohol etanolnya sehingga tidak ada lagi baki etanol dalam arak ini, umat islam tetap tidak boleh minum arak tiada alkohol ini kerana ia adalah tetap dihukumkan sebagai najis. 

Pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan di Ipoh pada 11-14 April, 1984, Majlis Fatwa telah mcngambil keputusan tentang alkohol iaitu:
1.      Setiap minuman arak mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol itu daripada arak. Alkohol daripada proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum Berdasarkan keputusan ini, pembuatan Mousy dan Malt Extract adalah haram.

2.      Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

3.      Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.

4.      Tapai halal dimakan

5.      Alkohol yang terjadi secara sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boIeh dimakan.
6.      Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol hukumnya harus dan dimaafkan.

Apa yang perlu ditegaskan berhubung keputusan majlis fatwa nombor 4 di atas yang mengatakan bahawa tapai halal dimakan adalah tidak mencukupi atau tidak lengkap. Memanglah tapai yang berusia 2-4 hari adalah halal dimakan dan tidak memabukkan tetapi tapai yang dibiarkan pada suhu bilik melebihi 5 atau 6 hari adalah haram dan memabukkan. Namun tapai yang dibeli dan  disimpan di dalam peti sejuk insya-Allah boleh terus dimakan walaupun berusia  seminggu kerana proses penapaian oleh ragi / yeast adalah teramat perlahan apabila disimpan di dalam peti sejuk kerana suhunya yang rendah.

Apa yang menarik sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Islam ialah apabila arak ini telah bertukar kepada cuka, ia menjadi halal semula. Bermula sebagai halal iaitu pulut dan ubi serta tapai, kemudian ia bertukar kepada haram apabila menjadi minuman memabukkan namun apabila ia bertukar kepada cuka, ia kembali halal walau pun di dalam cuka ini mengandungi sedikit etanol yang masih belum sempat bertukar.

Karbohidrat kanji (halal) => glukos (halal) => etanol (sedikit halal banyak haram) => cuka (halal)

Saya harap perkongsian maklumat ini dapat menjelaskan kepada kita tentang perbezaan hal ini.
Sumber: Halaqah.net

Sunday, December 6, 2009

Kekalahan Chelsea Satu Petanda?

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Perlawanan antara dua kelab kaya dan elit dalam EPL malam tadi, iaitu Manchester City vs Chelsea memang dinanti oleh peminat mereka, termasuk peminat pasukan tangga kedua, iaitu Manchester United.

Shay Given, penjaga gawang Ireland yang mewakili Man City dianggap wira apabila menyelamatkan penalti lewat Frank Lampard  dan serangan bertali arus Chelsea dalam 10 minit terakhir permainan.



Carlos Tevez, bekas pemain Man U turut menyumbang gol kemenangan

Chelsea mendahului melalui gol sendiri bekas pemain Arsenal, Emanuel Adebayor. Pemain tersebut membalas kesilapannya apabila menyamakan kedudukan dan kemenangan pasukan pimpinan Mark Hughes itu disahkan melalui gol Carlos Tevez pada minit 56.

Apakah kekalahan ini petanda Chelsea kembali ke rentak perlahan? Harapnya tidak, sebab perlawanan liga masih panjang. 

Seloka ini khas untuk para penyokong Chelsea dan mereka yang anti- Manchester United.

Garang wajah Carlo Ancelotti, mengharap tuah berdepan City,
firasatnya boleh dibenam pasukan ini, seperti pasukan lain sebelum ini.


Bola di padang ke sana ke mari, barulah nampak malang si Chelsea,
Drogba tak menjadi, pemain lain apatah lagi, tanda kalah semakin pasti.


10 Minit sebelum tamat, pemain Chelsea datang semangat
Penalti diambil oleh Frank Lampard, tapi sayang bola tak tepat.

Kepada Rashid di Kuala Berang, Imran di Bachok dan rakan lain yang anti Man U, terimalah kekalahan ini.

Hahahahahahahahahahahaha....

Saturday, December 5, 2009

Indonesia Merasai Bahang Kehilangan Pengaruh Di Asia Tenggara?

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Selain daripada e-akhbar tempatan, saya gemar melayari Kompas.com kerana  beritanya masih dalam lingkungan yang difahami, cepat dan menyeluruh, biarpun kekadang tidak tepat 100%, terutama melibatkan negara kita.

Cuba baca berita ini, dan tafsirkan, bagaimana pandangan Indonesia terhadap kita. 
Malaysia Sukses Gelar "Air Show" Berkat Belajar dari Indonesia
 
Prayitno Ramelan dan bukunya, Intelijen Bertawaf: Teroris Malaysia Dalam Kupasan.
Sabtu, 5 Desember 2009 | 14:35 WIB
Laporan wartawan KOMPAS.COM Wahyu Satriani Ari Wulan

JAKARTA, KOMPAS.com — Dalam kurun 20 tahun terakhir, Malaysia dan Singapura sukses menggaet sekitar 60 persen pangsa pasar industri kedirgantaraan dari Paris dan Inggris. Ini terjadi sejak dua negara ini menjadi tuan rumah pameran peralatan pertahanan dalam lingkup maritim dan kedirgantaraan atau luar angkasa serta peralatan sipil lainnya (The Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition/LIMA). Padahal, ajang ini biasanya digelar di Paris dan Inggris.
Demikian disampaikan mantan Kepala Staf TNI Angkatan Udara Marsekal (Purn) Chappy Hakim saat peluncuran buku Intelijen Bertawaf: Teroris Malaysia Dalam Kupasan karya Prayitno Ramelan, di Apartemen Essence, Jakarta.
"Malaysia dan Singapura telah menyelenggarakan sepuluh kali air show, dan merebut pangsa pasar sekitar 60 persen dari Paris dan Inggris yang berpindah ke Malaysia dan Singapura," kata Chappy, Sabtu (5/12).
Chappy mengatakan, masyarakat dunia telah familiar dengan penyelenggaraan LIMA yang digelar di Langkawi, Malaysia pada tahun ganjil, dan pada tahun genap digelar di Singapura. Pasalnya, jadwal air show ini telah masuk dalam kalender global. Chappy menilai hal ini ironis karena sebenarnya Malaysia dan Singapura belajar penyelenggaraan LIMA dari Indonesia pada tahun 1980-an lalu.
"Yang menyedihkan, mereka (Malaysia dan Singapura) menyelenggarakan air show setelah Indonesia menyelenggarakan air show tahun 1980-an dan setelah itu Indonesia tak lagi menyelenggarakannya," pungkasnya.

ULASAN SAYA;

Kejayaan penganjuran LIMA saban tahun menjadikan Malaysia dicemburui. Itulah hakikatnya.

"Jabulani" Beraksi Di Piala Dunia 2010!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Inilah Jabulani yang menanti untuk disepak Jun 2010 nanti

Undian Piala Dunia 2010 yang dijadualkan berlangsung 11 Jun sehingga 11 Julai telah pun selesai di Capetown, semalam. Keputusannya, ada skuad pilihan yang berada dalam saingan selesa, manakala  pasukan Brazil, termasuk dalam kumpulan G yang dianggap 'grup maut'.

Apakah kumpulan maut? Ia diistilahkan sebagai kumpulan yang mempunyai lebih daripada dua pasukan kuat. Brazil selaku bekas juara dunia, akan bermain menentang Portugal, bekas juara Eropah, yang mempunyai pemain termahal dunia, Ronaldo.(Itu pun jika Ronaldo tak cedera). Kumpulan G turut disertai Korea Utara dan Ivory Coast, yang kedua-duanya memang diketahui mempunyai kekuatan tersendiri.

Pasukan lain, bagaimanapun tidak melalui jalan mudah ke pusingan berikutnya. Kita nantikan sepak mula di Afrika Selatan Jun depan.

2010 World Cup draw

Group A: South Africa, Mexico, Uruguay, France
Group B: Argentina, South Korea, Nigeria, Greece
Group C: England, USA, Algeria, Slovenia
Group D: Germany, Australia, Ghana, Serbia
Group E: Netherlands, Japan, Cameroon, Denmark
Group F: Italy, New Zealand, Paraguay, Slovakia
Group G: Brazil, North Korea, Ivory Cost, Portugal
Group H: Spain, Honduras, Chile, Switzerland
sumber; BBC Sports

Bola Piala Dunia 2010 yang direka dan dikeluarkan oleh Adidas telah diperkenalkan dalam majlis yang sama. Ia dipanggil "jabulani", yang bermaksud  untuk kemeriahan dalam bahasa Zulu. Terdapat 11 warna yang berbeza mewakili 11 pemain dalam setiap pasukan bola sepak. Ia juga adalah bola rasmi ke-11 Adidas dalam Kejohanan Piala Dunia, di samping simbol 11 bahasa rasmi yang digunakan di Afrika Selatan.

Pada tahun 1986, saya, ayah, Sani dan Oun menonton perlawanan yang diadakan antara pukul 2.00- 4.00 pagi. Untuk menanti waktu perlawanan, mata memang tak tahan, sudahnya kami tertidur. Bila bangun pagi, ayah yang tahu keputusan kalah menang perlawanan itu. Kami malu sendiri apabila disindir oleh ayah.. Bancuh kopi, pasang ubat nyamuk, tapi akhirnya tidur depan TV.

"Tak usahlah siksa diri, bukan kamu yang tengok TV, TV yang tengok kamu.." nasihat ayah.

Begitulah kenangan kami bersama ayah. Ketika itu, kami menonton pun pada hujung minggu. Kalau hari sekolah, memang tak ada peluang. Dalam kejohanan tersebut, Maradona memacu Argentina menang menjadi juara biarpun dibayangi kontroversi 'tangan tuhan'.

Piala Dunia mempunyai sejarah yang tersendiri, di samping kenangan terhadap peminat bola sepak. Bagi negara yang menyertainya, ia adalah satu penampilan eksklusif. Berada dalam kalangan 32 pasukan berkenaan, dianggap pencapaian yang menjadi kebanggaan seluruh negara.

Itulah kuasa bola sepak. Bagi yang tidak berminat, ia tidak menganggapnya sesuatu yang berbaloi. Tapi bola sepak mempunyai peminat di seluruh dunia. Istilah bola membolosi gawang yang digunakan dalam semua bahasa ialah 'gol' yang dibunyikan dalam pelbagai dialek tapi masih bunyinya sama.

Thursday, December 3, 2009

Fazdil (Fatine) Membuka Mulut..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Blog Mazidul pun sudah mengulasnya. Saya hanya mengambil sebahagian daripada petikan berita Mstaronline tentang pondan Malaysia, Fatine yang 'berkahwin' dengan lelaki mengikut undang-undang keluarga di UK.

Fatine Takut Pulang Ke Malaysia

 
Fatine (kiri) bersama 'suami'nya, 
Ian Young semasa perkahwinan mereka. 
-Foto FACEBOOK
 
LONDON: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British.
Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya menghina kerajaan Malaysia.
Mohammed Fadzil atau Fatine kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya.
Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama.
"Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya," katanya yang mengulas tentang laporan akhbar tersebut yang didakwa memberikan gambaran kurang tepat mengenai kisah percintaan mereka sehingga mencetuskan reaksi negatif.
Bercakap pertama kali selepas akhbar The Sun di London mendedahkan berita itu, Fatine berkata dia tidak tahu hendak membuat apa-apa lagi kerana keluarganya telah memutuskan hubungan dengannya.
"Saya telah menghabiskan masa berjam-jam membuat panggilan telefon untuk memohon kemaafan. Saya amat menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku," kata jurusolek artis berusia 36 tahun itu.
Fatine yang berasa kesal dengan laporan tersebut yang didakwanya telah memutarbelitkan kisah cinta mereka sedangkan mereka tidak berniat untuk menghina masyarakat Melayu.
"Mereka juga telah menyiarkan nama bapa saya, sedangan itu sebenarnya tak perlu. Ibu saya pula berasa takut untuk meninggalkan rumah sekarang," tambahnya.
Fatine kesal kerana masyarakat Melayu berasa tersinggung ekoran perkahwinan mereka, walhal mereka cuma ingin hidup bersama di UK memandangkan mereka tidak boleh berbuat demikian di Malaysia.
 
Fatine sedar orang-orang Melayu 
memegang nilai-nilai tradisional dan 
tidak dapat menerima orang sepertinya".

Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya". Bagaimanapun, dia berharap keadaan akan beransur reda.
Fatine "berkahwin" dengan Ian Young, 30, pemilik syarikat penyelenggaraan hartanah dalam satu upacara sivil Mei lalu, menghadapi tindakan dihantar pulang ke Malaysia selepas permohonannya untuk mendapatkan visa 'Leave to Remain' ditolak oleh Pejabat Dalam Negeri ekoran foto "salah".
Permohonan kedua yang disertakan foto berukuran pasport berlatar belakang putih dan bukannya biru telah dikemukakan untuk pertimbangan semula, namun permohonan itu juga telah ditolak Oktober lalu.
Pasangan itu baru mengemukakan permohonan buat kali ketiga untuk mendapatkan 'Right to Family Life (hak untuk kehidupan berkeluarga)' di bawah Akta Hak Asasi Manusia di Britain.
Pada Isnin lalu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, Jabatan Imigresen berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Fatine.
Ini kerana katanya, pihaknya memandang serius kes rakyat Malaysia tinggal melebih tempoh di luar negara.
Young bagaimanapun menegaskan permohonan Fatine masih sedang diproses oleh Agensi Sempadan UK. Justeru, katanya, Fatine tidak sepatutnya dikategorikan dalam golongan yang tinggal terlebih tempoh di UK.
"Setahu saya, pihak berkuasa tidak dibenarkan menahannya buat masa ini," katanya.
Ekoran laporan tersebut yang tidak memaparkan perkara sebenar, Young mendakwa, orang ramai beranggapan cerita mereka merupakan satu penghinaan kepada Islam sedangkan mereka tidak berniat berbuat sedemikian.
Fatine (duduk) kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk bersama dengan lelaki yang dikasihinya.
"Kami cuma mahu berkahwin, hidup bahagia bersama. Satu-satunya cara kami dapat berbuat demikian adalah di UK," kata Young.
Tambahnya, laporan tersebut juga seolah-olah menggambarkan mereka menghina undang-undang Islam.
"Ekoran gambaran sedemikian, saya berasa kami akan berada dalam keadaan bahaya jika kami cuba tinggal di Malaysia," ujarnya.

Bahaya? Di mana bahayanya? Apakah Fatine berasa tidak selamat jika pulang ke Malaysia? Sebenarnya, jiwa Fatine yang kacau sebenarnya. Moga dia kembali ke pangkal jalan. 

Wednesday, December 2, 2009

Rokok 20 Batang Sekotak Mulai Jun 2010! (Kempen Anti Rokok)

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


Gambar hiasan :-)

 
Isu merokok seakan-akan klise dalam masyarakat kita. Biarpun pelbagai kempen diadakan, jumlah perokok semakin bertambah. Malah, jumlah remaja yang terlibat dalam gejala ini juga tidak menyusut. Kebanyakannya, pelajar sekolah, anak muda belasan tahun yang masih berharap wang saku ibu bapa. Mereka berlagak bagai orang dewasa merokok di tandas sekolah, perhentian bas dan tempat awam.

Menyedari kegagalan kempen TAK NAK! yang pernah diadakan dahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertindak melarang penjualan rokok kurang daripada 20 batang sekotak. Mulai Jun 2010, rokok yang dikeluarkan oleh syarikat rokok di negara ini mestilah berjumlah 20 batang sekotak dan tidak kurang daripada itu.

Kempen Tak Nak yang dilancarkan oleh 
PM terdahulu gagal menyedarkan generasi muda

Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan, larangan penjualan rokok kurang daripada 20 batang sudah diwartakan sejak 2004 lagi, tetapi kerajaan mengambil kira rayuan pengilang dan syarikat rokok untuk menangguhkannya selama enam tahun.

Ini menimbulkan persoalan, apakah tindakan ini akan mencapai matlamat mengurangkan jumlah perokok? Kerajaan, sebenarnya menghadapi dilema untuk mengatasi masalah rokok. Dalam satu keadaan, jumlah perokok yang bertambah akan menjejaskan kesihatan rakyat. Malah kerajaan terpaksa berbelanja lebih untuk merawat pesakit yang diakibatkan oleh gejala rokok.

Dari satu sudut yang lain pula, kerajaan menerima cukai rokok pada kadar yang sangat lumayan. Semakin ramai orang membeli rokok, makin bertambah pendapatan kerajaan. Sebatang rokok pada asalnya hanya menelan kos antara 15 sen hingga 25 sen. Selebihnya adalah cukai kerajaan. Kos termasuk cukai itu sanggup dibayar oleh perokok demi memastikan jantung dan paru-paru mereka sentiasa diisi dengan asap dan nikotin secara berterusan.

Perokok tegar sudah lali dengan apa juga larangan dan tegahan. Kita harus fokuskan kepada remaja yang masih muda. Itulah yang patut menjadi keutamaan kerajaan. Satu daripadanya, ialah menaikkan harga rokok sehingga RM60 sekotak. Ini mungkin mengurangkan keinginan mereka membeli rokok, tetapi bagi yang sudah ketagih, mereka akan terdorong untuk menghisap rokok berkualiti rendah yang lebih murah. Akibatnya, rokok seludup akan menjadi pilihan kepada perokok muda.

Hakikatnya, usah meletakkan beban gejala rokok terhadap kerajaan semata-mata. Masyarakat terutamanya, perlu bertindak proaktif memastikan generasi muda kita hari ini tidak terlibat dengan gejala ini. Hari ini, budaya menegur anak jiran tetangga yang melakukan kesalahan tidak lagi diamalkan.Kalau ada pun, ibu bapa remaja yang ditegur bersikap negatif mempertahankan tindakan anaknya. Bagaimanapun kita perlu bersikap kolektif; bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Usaha tegur menegur ini akan mengurangkan beban pihak guru mengawal pelajar terutama di luar kawasan sekolah.

Ibu bapa, seharusnya menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak. Selain itu, terapkan nilai 'benci rokok' kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Selain itu, berdoalah, agar anak-anak kita tidak terlibat dalam ketagihan najis rokok. (Bolehkah saya menggunakan istilah 'najis rokok'?)

Jika anda perokok, berhentilah. Jika pasangan anda perokok, anda juga adalah perokok pasif, yang mana kesannya sama atau lebih lagi daripada perokok aktif. Berhati-hati dengan najis rokok.

Coretan Aidil Adha......

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kami sekeluarga pulang beraya di rumah mertua sehari sebelum Aidil Adha. Di pertengahan simpang ke hala Simpang Pulai, berita di SINARFM memaklumkan tanah runtuh di Kenyir, menyebabkan saya membuat pusingan menghala ke Grik.  Dari Grik, kami melalui Jeli dan tiba di Batu Rakit selepas 11 jam perjalanan. Semuanya gara-gara tanah runtuh di kawasan Tasik Kenyir. Saya tidak sanggup menanggung risiko berpatah balik jika berada di sana.

Malam menjelang raya, saya mendapat perkhabaran daripada Oun, adik lelaki yang kini menetap di Batu Pahat, Johor. Anak keempatnya lahir malam sebelum raya. Dinamakan AHMAD ADIB ADHA. Saya doakan dia menjadi sebijak ibunya, dan sekacak ayahnya.

Hari raya di Terengganu nampaknya lancar dan meriah. Majlis kurban diadakan di sana sini, dalam keadaan cuaca cerah. Menjelang hari Tasyriq ke-3, hujan mula mencurah kembali. Semasa pulang ke Perak semalam, hujan berterusan sejak pagi, sehinggalah melepasi sempadan Kelantan. Di kawasan Tasik Banding, cuaca panas dan hanya mendung  di beberapa tempat.

Hentian kami di Masjid Grik agak sibuk dengan musafir dan pengembara yang sehaluan. Selepas melepaskan penat, kami teruskan perjalanan yang masih berbaki 3 jam. Akhirnya, kami tiba sebelum maghrib.

Sunday, November 29, 2009

Adik Nak Balikk...

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sudah menjadi rutin masyarakat di sekitar Batu Rakit, mengadakan majlis kurban atau disebut 'ghebang' di kawasan berdekatan rumah. Ada juga 'ghebang' dilakukan di masjid, tetapi jumlahnya terhad.

Pagi hari raya kedua, kami bercadang ke Pangkalan Atap, membantu Ayah Ngah dan Cek Ngah Yang menguruskan kurban seekor kambing dan lembu. Tetapi dua tiga orang anak saya 'mengekor' termasuk Nuha, yang bongsu.

Awalnya, dia tak kisah, tak takut pun. Tetapi apabila melihat lembu yang ditambat mula agresif, Nuha jadi takut. Dia mula buat hal, nak balik dan tak mahu tengok lembu kurban.

"Adik nak balik. Adik takut.." Katanya ketika dalam dukungan saya.


Keterangan foto (dari atas: Ayah Ngah memegang tali memastikan lembu bersedia disembelih; Tukang sembelih bersedia dengan pisaunya; Abang Long memisahkan kulit lembu; Bapa mertua melapah daging dan tulang.

Walaupun dipujuk, anak kecil ini 'tetap' dengan pendiriannya. Disebabkan dia asyik dengan rengekan takutnya, terpaksalah dia dihantar pulang dahulu. Selepas itu, barulah saya dapat menumpukan perhatian membantu melapah daging kurban.Saya bersama adik ipar, Shahrul dan Mie 'bertugas' di bahagian memotong daging yang telah dilapah.

Sangat besat pengertian kurban dari sudut agama Islam. Memanglah penat melapah dan memotong daging kurban, tetapi ia menyeronokkan. Apatah lagi ia bukan selalu kami lakukan secara bersama.

Sebelum pulang, Cek Ngah Yang mengajak kami makan dahulu di rumahnya. Gulai ayam kampung, katanya.

Apa lagi, 'sorru' la...

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...