Sunday, November 29, 2009

Adik Nak Balikk...

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sudah menjadi rutin masyarakat di sekitar Batu Rakit, mengadakan majlis kurban atau disebut 'ghebang' di kawasan berdekatan rumah. Ada juga 'ghebang' dilakukan di masjid, tetapi jumlahnya terhad.

Pagi hari raya kedua, kami bercadang ke Pangkalan Atap, membantu Ayah Ngah dan Cek Ngah Yang menguruskan kurban seekor kambing dan lembu. Tetapi dua tiga orang anak saya 'mengekor' termasuk Nuha, yang bongsu.

Awalnya, dia tak kisah, tak takut pun. Tetapi apabila melihat lembu yang ditambat mula agresif, Nuha jadi takut. Dia mula buat hal, nak balik dan tak mahu tengok lembu kurban.

"Adik nak balik. Adik takut.." Katanya ketika dalam dukungan saya.


Keterangan foto (dari atas: Ayah Ngah memegang tali memastikan lembu bersedia disembelih; Tukang sembelih bersedia dengan pisaunya; Abang Long memisahkan kulit lembu; Bapa mertua melapah daging dan tulang.

Walaupun dipujuk, anak kecil ini 'tetap' dengan pendiriannya. Disebabkan dia asyik dengan rengekan takutnya, terpaksalah dia dihantar pulang dahulu. Selepas itu, barulah saya dapat menumpukan perhatian membantu melapah daging kurban.Saya bersama adik ipar, Shahrul dan Mie 'bertugas' di bahagian memotong daging yang telah dilapah.

Sangat besat pengertian kurban dari sudut agama Islam. Memanglah penat melapah dan memotong daging kurban, tetapi ia menyeronokkan. Apatah lagi ia bukan selalu kami lakukan secara bersama.

Sebelum pulang, Cek Ngah Yang mengajak kami makan dahulu di rumahnya. Gulai ayam kampung, katanya.

Apa lagi, 'sorru' la...

7 comments:

  1. musim raya haji ni... selalu org pesan... ingat2 masa makan daging tu... kang ada pula yg terkorban.... hehehe

    ReplyDelete
  2. Shifu,

    Setuju sangat. Hehehehehe...

    ReplyDelete
  3. Bukan Nuha aje...sy pun tak sanggup tengok masa lembu tu disembelih.

    Masa berkorban pun sekadar hadir di tempat penyembelihan, lepas tu menyelit hilang entah ke mana.

    Hati orang pompuan kut....

    Pernah minta anak buah rakamkan proses penyembelihan korban utk bahan P&P, tapi diri sendiri nk tengok pun tutup mata...haha.

    ReplyDelete
  4. salam aidiladha.

    alahai... seronoknya. balik kampung ke? batu rakit kat ganu kitra ke?

    ReplyDelete
  5. Asyiq,

    Nuha saya ni berlagak macam berani, asalnya. Selepas tengok lembu dibaringkan, dia terus tak keruan. Sian lembu tu, sian lembu tu, katanya.

    ReplyDelete
  6. pengalaman anak member yang tinggal di ibu kota "meraung-raung supaya jangan disembelih lembu tersebut" kesian katanya.

    tahniah kerana menjayakan kurban.

    ReplyDelete
  7. Just as with a health club membership, a Bowflex is
    only truly worth the money when you is likely to make usage
    of it.

    Here is my web-site ... free weights for sale

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan