Sunday, December 27, 2009

Tak Takut Naik Bas?

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Bagi kebanyakan orang, menaiki bas ke satu-satu destinasi adalah satu keperluan, malah dianggap lebih selamat dan mudah tiba ke tempat yang dituju.

Di negara kita, umum mengetahui sikap pemandu negara ini. Jalan raya yang cantik, tapi minda kita masih di takuk lama. Buktinya, kemalangan jalan raya di negara kita berada di tahap yang membimbangkan.  Kejadian terbaru ketika masyarakat beragama Kristian menyambut Krismas, negara dikejutkan dengan kemalangan jalan raya melibatkan bas ekspres dua tingkat. Jumlah yang terbunuh mengejutkan. 10 orang mati dan semuanya berada di tingkat bawah bas malang tersebut.

Pada 2006, kemalangan ngeri bas dari Kelantan ke KL di Merapoh, Kuala Lipis meragut 14 nyawa. Begitu juga kemalangan bas di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) pada Mac 2007 yang meragut nyawa insan tidak berdosa. Pada Ogos 2007, satu kemalangan berlaku di PLUS berdekatan Bukit Gantang, turut meragut lima nyawa insan yang menjadi harapan keluarga.

7 Disember 2008, kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dari Ipoh ke Johor Bahru meragut 10 nyawa. Contoh kejadian tersebut berlaku kerana kelalaian manusia. Sebagai orang Islam, kita mempercayai Qada' dan Qadar, tetapi itu bukan alasan untuk membiarkan keadaan ini berterusan. Menyalahkan takdir semata-mata, tanpa melihat dari sudut yang kecuaian pemanduan adalah tindakan yang tidak bijak.

Apa yang perlu dinilai kembali adalah struktur bas dua tingkat, adakah ia benar-benar selamat untuk mengangkut penumpang? Persoalan ini harus dipertimbangkan sewajarnya oleh LPKP dan Kemneterian Pengangkutan. Hal ini kerana jumlah kematian akibat kemalangan melibatkan bas dua tingkat sangat besar jumlahnya.

"Saya terlelap." kata pemandu bas dua tingkat Sani Express yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara awal pagi ini yang mengakibatkan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera.

Menurut Ketua Trafik Ipoh, Deputi Supritendan Mohd Rodzi Rejab berkata, siasatan awal polis mendapati pemandu berkenaan merancang untuk bertukar giliran memandu dengan pembantunya sebaik tiba di kawasan Rehat & Rawat Sungai Perak dekat sini.

"Ujian alkohol dan dadah yang dijalankan ke atas pemandu berusia 38 tahun itu didapati negatif," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
                                                                                                             (disesuaikan daripada Mstaronline)

Pemandu berkenaan direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tapi apa juga tindakan selepas ini, ia tidak dapat menghidupkan kembali insan yang terkorban dalam nahas tersebut.

P/S: Dulu, kemalangan bas sering dikaitkan dengan Syarikat Bas Naeila, sehingga menyebabkan orang ramai takut menaiki bas berkenaan. Akhirnya syarikat tersebut tutup setelah tidak mendapat kepercayaan orang ramai. Adakah Sani Ekspres juga akan mengalami nasib yang sama? 

5 comments:

  1. baik naik kapal terbang.. air asia murah.. hehe

    ReplyDelete
  2. baru cadang nak bawa anak-anak naik bas, tak jadi lah namapa gayanya

    ReplyDelete
  3. Amir,

    takziah kepada keluarga mangsa. Pergi tak kembali.

    Anjang,

    Kekadang sewaktu di lebuh raya, aku bawak maksimum 120km/j tapi bas memotong dengan selamba. Bape gamaknya kelajuan deme?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cikgu.
    Terima kasih kerana 'masih sudi' mengunjungi blog xiiinam. Tapi...komen cikgu tu bukan untuk saya rasanya. Puas saya menyuai padankan dengan mana-mana entri.....tersilap orang agaknya!


    Selamat kembali ke sekolah.
    :)

    ReplyDelete
  5. Xiinam, maafkan saya, gara-gara brodband bermasalah le ni... Nak gi tpt lain, tinggal jejak kat tpt lain. Nasib badan..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan