Wednesday, December 30, 2009

Pengalaman Berniaga Semasa Dulu

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Disebabkan bukan keluarga senang, mak dan ayah sentiasa menggalakkan kami, anak-anaknya untuk berusaha lebih. Misalnya semasa belajar, ayah akan mengulang kata-katanya.

"Ayah tak ada harta. Kamulah harta ayah. Ayah bagi kamu peluang untuk belajar, tapi kamu tak boleh mengulang. Kamu gunalah peluang itu sebaiknya."

Mak pula selalu menggalakkan kami menjual apa yang boleh. Pernah saya menjual nangka, kemudian dicucuk dengan lidi seperti sate. Setiap lidi mengandungi tiga ulas nangka. Lalu saya dan adik akan mengelilingi kampung menjual nangka.

"Nangka! Nangka!" saya menjerit sambil mengayuh basikal tua.

Sani atau Oun akan duduk di belakang memegang bakul nangka. Kadang kala habis dijual, ada kala sebaliknya.

Semasa di UPM, matlamat mengumpul wang untuk Lawatan Sambil Belajar ke Medan mendedahkan saya dengan pengalaman berniaga makanan. Saya dan rakan lain seperti Odin Bundel, Jagung, Balok, Keri, Nin, Mas, dan lain-lain telah membuka gerai burger di kafetaria Kolej 5. Berniaga cara ini lebih mudah, tetapi kena buang sifat malu.

Kami juga mengambil kesempatan Pesta Konvo tahun 1993 untuk menempah tapak gerai di Bukit Ekspo. Kami berniaga makanan basah seperti nasi ayam, nasi goreng, mi goreng dan seumpamanya. Pengalaman ini berharga kerana pernah terjadi peristiwa lucu buat saya ketika melayan pelanggan. Saya agak 'gabra' untuk mengira harga makanan tetapi lebih mudah menerima tempahan.

Setelah pelanggan makan, dia memanggil saya, "Tolong kira, dik," katanya.

Saya yang sedia gabra tak boleh mengelak, kerana rakan lain juga sibuk dengan kerja mereka. Kali pertama kira, dah salah. Pelanggan itu tak puas hati, lalu menyuruh saya mengira sekali lagi.

Kiraan kali kedua, berbeza dengan yang pertama, malah lebih mahal pula. Pelanggan lelaki itu mula meninggi suara, dan meminta saya mengira sekali lagi.

Waktu itu, malu bukan kepalang. Saya kira dan siap bagi diskaun. Barulah dia tersenyum, sebab bayarannya 'amat murah'.

Selepas peristiwa itu, saya nekad berada di bahagian dapur, dan tidak melayan pelanggan.

Bila terkenang semua itu, saya senyum sendiri. Tapi pengalamannya tak boleh dilupakan.

8 comments:

  1. Salam cikgu Izzudin..

    Harga sebuah pengalaman tidak ternilai sebenarnya. Kak tirana pun pernah jual tapi jual jambu air yang dicucuk dengan lidi..jual kat kawan-kawan di sekolah aje.. hehehe..Bakat untuk melayan pelanggan tidak terserlah pada kak tirana..sebab tu tak boleh jual kat orang ramai..

    ReplyDelete
  2. Memang betui sifat malu kena buang, cool dan releks je, kalau tidak memang tak boleh berniaga, Dulu aku memang boleh berniaga, apa dibuat semua menjadi. kini semua tak jadi, aku ambik keputusan ngajo je la

    ReplyDelete
  3. Kak Tirana,

    Saya rasa diri ini sangat sesuai dengan pendidikan, tengok anak-anak murid depan mata, rasa simpati untuk membantu.

    Anjang,

    Aku pun macam tulah. Ada gak member bagi 'jalan' suruh buat direct selling, tak pekebende lagi, tapi aku selesa dengan mengajor.

    Tak payah nak menipu untuk dapat duit orang.

    ReplyDelete
  4. sebab tu la aku maleh nak meniaga ni.... memang tak de bakat kot... hehehe (cover lemah math.... hehehe)

    ReplyDelete
  5. Salam ukhuwah. Pengalaman yang menarik dan banyak memberi pengajaran serta dapat membetuk keperibadian. Saya pun masa di UKM dulu-dulu seronok juga berniaga apabila Pesta Konvo menjelma. Paling seronok apabila tiba masa kira duit dan bahagi kat kawan-kawan yang kongsi niaga. Satu untuk kau...dua untuk aku :)

    ReplyDelete
  6. Hai sahabatku, sesuatu pengalaman hidup begitu mahal kerana pengalamanlah yang mengajar manusia menjadi matang dan perlu sentiasa berwaspada dalam setiap tindakannya yang akan datang. Tu sebab dalam ajaran Islam ada 'muhasabah' tapi orang putih dok tukak jadi 'R & D' w/pun begitu maksudnya tetap sama iaitu utk meningkatkan prestasi setiap pekerjaan. Pendek kata ada 'nilai tambah' kata orang sekarang malangnya umat Islam dok tinggalkan sunnah Nabi tu maka porak-perandalah jadinya tu yang umat Islam dihina di serata dunia. Tak percaya 'lu fikirlah sendiri' kata .....Jadi berfikir sesaat lebih aula daripada melakukan sesuatu tanpa berfikir. Ni ingatan utk diri saya dan orang-orang yang mahu mempertingkatkan pencapaian prestasi dalam setiap pekerjaan dalam dunia yang serba mencabar sekarang ni. Tak kaya harta tak mengapa tapi kayalah budi bahasa. Arigato gozaimas.

    ReplyDelete
  7. Shifu,

    Setujuuuuuuuuuuuuuuuuu... Kekekeke

    ReplyDelete
  8. DrSam,

    Makaseh tinggalkan jejak. Saya dh singgah ke blog tuan, dan senaraikan di kanan blog saya. Bagus blog tu, tetapi agak personal. Semacam diari.

    Cikgurasid,
    Makaseh pandangan. Saya amat menghargainya.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...