Monday, December 14, 2009

Tragedi Hidayah dan Bapanya

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Maghrib Sabtu lalu, saya menerima mesej memberitahu kemalangan menimpa Nurhidayah dan bapanya, Md Rashid. Mereka mati di tempat kejadian setelah motosikal yang dinaiki ditabrak sebuah Toyota Vios. Beritanya ada di dada akhbar SINAR, Metro dan Berita Harian hari ini.


Wajah comel Hidayah dalam majalah PERMATA 2007; Dua jenazah bapa dan anak  kaku di surau
 
Saya mengenali Hidayah, seorang bekas pelajar saya yang mengambil SPM 2007 yang lalu. Gadis yang baik dan bersopan. Wajahnya juga manis.Biarpun keluarganya sederhana, dia tergolong dalam kumpulan pelajar yang bijak. Anak sulung ini diharap dapat membantu keluarganya, tetapi kemalangan maut itu meragut seluruh harapan dan impiannya.

Saya bergegas ke kampung selepas solat Isyak sebagai penghormatan terakhir kepada arwah kedua-duanya. Setibanya di sana, sanak saudara dan rakan taulan sudah pun membanjiri kawasan rumah. Sempat juga saya solat jenazah buat kesekian kalinya. Sayu melihat kedua-dua jenazah terbujur kaku di ruang surau. Malam itu juga jenazah dua beranak itu dikebumikan dalam satu liang.



Penduduk kampung bertungkus lumus mengorek liang; Suasana di tanah perkuburan



Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kedua-duanya.  

"Hidayah, cikgu doakan kamu tenang di sana. Cikgu juga doakan kamu dan ayah kamu ditempatkan di sisi mereka yang beriman.."


8 comments:

  1. haih
    kes kemalangan semakin menjadi2 skrg
    salah rakyat Malaysia dalam pemanduan

    ReplyDelete
  2. Salam Hans,

    entahlah. Malaysia ni memang dah punya jalan yang berkualiti, tapi sikap pemandu menakutkan.

    Sampai bila? Satu soalan yang tak ada jawapan, sebab sikap manusia begini merugikan semua pihak.

    ReplyDelete
  3. semua terletak dekat hati
    kalau masing2 tak nak berubah
    kalau masing2 nak tunggu orang lain berubah baru mereka nak berubah
    sampai bila2 pun benda ni xkan berubah

    ReplyDelete
  4. Salam Hans, thanks for sharing.

    Betul. Selagi sikap tak berubah, selagi itulah jalan raya di negara kita jadi 'sungai maut'.

    ReplyDelete
  5. Beginilah kita sehari-hari menonton mereka yang pergi sampai satu hari kita pula ditontoni pergi.

    isk...

    ReplyDelete
  6. Alfatihah untuk kedua-duanya. semoga keluarga mereka banyakkan bersabar..

    ReplyDelete
  7. Salam Khairi,

    Benar, setiap yang hidup pasti akan mati.

    Hazlin,

    Moga ibu tunggal itu bersabar. Bukan orang kaya pun.. Tapi dah janji Allah begitu.

    ReplyDelete
  8. Salam takziah....

    Moga bonda yang kehilangan anak itu tabah...dan diberi kekuatan menghadapu dugaan ini. Amin.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan