Friday, December 18, 2009

Majlis Kristian Desak Pengetahuan Bible Untuk SPM

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sebelum diteruskan, saya mengucapkan tahniah kepad skuad bola sepak Malaysia yang menyumbang emas ke-40 setelah mengalahkan Vietnam dalam final malam tadi. Kejayaan ini sangat manis, apatah lagi ia merobek ego Vietnam yang memandang rendah keupayaan skuad bola sepak negara.

PETALING JAYA: Majlis Sekolah-sekolah Kristian Malaysia meminta Kementerian Pelajaran untuk memasukkan Pengetahuan Bible sebagai antara mata pelajaran pilihan untuk dua subjek tambahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pengerusi majlis itu Yap Kok Keong berkata keputusan kerajaan untuk mengehadkan subjek tambahan  akan memberi kesan kepada jumlah calon Pengetahuan Bible.
Pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata terdapat 1,350 calon yang ingin mengambil subjek Pengetahuan Bible pada peperiksaan SPM.
"Sekarang, kami perlu memberitahu mereka yang telah mengikuti subjek Pengetahuan Bible selama setahun bahawa mereka tidak boleh mengambil subjek itu dalam SPM kerana ia di luar kuota dan ramai pelajar akan menggugurkan subjek itu.
"Akhirnya, ia akan menamatkan satu subjek penting dalam kurikulum sekolah kita," katanya.
Dari sumber - BERNAMA

ULASAN SAYA:

1. Jika 1350 orang calon daripada 453,000 orang calon yang ada, jumlah itu bersamaan 0.29% sahaja. Bagaimana ia boleh dianggap subjek penting?


2. Ramai pelajar akan menggugurkan subjek ini? Subjek ini adalah pilihan, bukan wajib. Jadi, calon SPM yang tak berminat akan menggugurkan subjek ini. Itu kenyataannya.


3. Adakah ini kesan pelaksanaan 1Malaysia? Ada pihak mula meminta itu dan ini, dan sesetengahnya mencetuskan polemik berpanjangan yang boleh menjejaskan kesejahteraan negara.

15 comments:

  1. Salam,
    Semoga hadirnya sinar baru 1431 Hijrah, menghijrahkan kita ke arah yang lebih baik...

    ReplyDelete
  2. Cikgu din....

    Salam Maal Hijrah. Saya ada baca cetusan rasa cikgu di blog TPM kak Tirana....saya doakan yang terbaik untuk cikgu. Bagus impian tu.

    ReplyDelete
  3. makin lama, makin byk yg diminta, kan. kesan toleransi dn kesamarataan ni kot ye. hish.

    ReplyDelete
  4. sikit apa yang kita ada pun semua dia nak, sikit-sikit dikikisnya. akhirnya semua dia dapat, kita pula mengemis di bumi sendiri

    ReplyDelete
  5. bangsa bangsat macam tu la...yob...salah kita, melayan melebih2...patut buat ja macam Indonesia, hatta nama pun guna keindonesiaan wp bukan melayu, ...bukan menyokong Indonesia (wp aku suka dangdut)..tapi mereka lebih advance....maaf jika silap..

    salam maal hijrah..

    ReplyDelete
  6. Teringat erti sepotong ayat surah Al Kafirun
    "Kamu dengan apa yang kamu sembah yakni ugamamu, aku dengan apa yang aku sembah yakni ugamaku"...

    ReplyDelete
  7. kita kena tegas dalam hal ini
    jadi kerajaan perlu bertindak segera

    ReplyDelete
  8. Salam Hazlin,

    Moga 1431H memberi sinar untuk kita menempuh cabaran.

    ReplyDelete
  9. Salam Asyiq,

    Saya rasa tidak patut hubungan darah tersebut begitu. Lagipun, mengapa perlu berdendam, tak ke mana.

    Respons yang saya dpt ptg ni, mereka sangat memahami, malah menelefon untuk berbicara dgn saya. Cuma saya belum bersedia untuk bercakap, asyik mesej jer...Huhuhu..

    ReplyDelete
  10. Salam Khairi,

    Cuba bayangkan jika persepsi generasi muda Cina terhadap Melayu berterusan begini, mana mungkin kita dapat membina perpaduan antara kaum.

    Lama-kelamaan, akan mewujudkan satu kumpulan radikal terhadap kaum lain, dan akhirnya Masyarakat 1Malaysia yang dicanangkan oleh PM akan berkubur.

    Itu yang saya bimbangkan..

    ReplyDelete
  11. Anjang,

    Berdasarkan sejarah negara, pembinaan Pakatan Murni bertunjangkan hormat-menghormati antara kaum. Melayu, Cina atau India dan mana-mana bangsa di Malaysia mesti ada rasa hormat terhadap kepelbagaian etnik dalam Persekutuan.

    Mengapa timbul persoalan, "Many Malays here, I dislike.." lalu dijawab pula dgn nista, "Malays p** all.."

    Bukankah itu mencetuskan penghinaan jelas terhadap Melayu.

    Itulah peliknya. Andai kata Melayu juga berpandangan begitu, ia tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya tembok perkauman akan lebih menebal.

    ReplyDelete
  12. Salam Cikgudeen,

    Saya petik kenyataan Datuk Ng Yen Yen dlm Mstaronline hari ini:

    Program Inap Desa akan diperluaskan ke kawasankampung Cina bagi memperkenalkan konsep 1Malaysia khususnya kepada pelancong asing, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

    Beliau berkata, sehingga kini kira-kira 130 kampung dengan 3,600 buah rumah di seluruh negara telah menganjurkan program tersebut tetapi tiada perkampungan Cina yang terlibat.

    Katanya ia berkemungkinan disebabkan budaya kaum itu yang tidak biasa menerima kehadiran orang lain untuk tinggal bersama mereka.

    "Ini berbeza dengan masyarakat Melayu yang saya lihat mudah menerima kehadiran orang luar atau pelancong," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Kampung Sungai Chetang di sini, hari ini.

    Nampak tak? Budaya orang Cina sebenarnya sukar menerima kaum lain dlm masyarakat mereka.

    Itu sebabnya Cina boleh hidup di kampung Melayu, tapi jarang sgt Melayu yg kekal di perkampungan bermajoriti Cina..

    ReplyDelete
  13. Salam Kak Hida,

    Itulah penegasan dalm Quran betapa pentingnya org Islam mempertahankan haknya.

    Kita tak sepatutnya terlalu berlembut sehingga menampakkan kita bagaikan lemah.

    Adakalanya kita perlu mempertahnakan diri seperti mana Melayu 50-an mempertahankan Natrah.

    Semangat begitu dah makin luntur sekarang.

    ReplyDelete
  14. Hans, makaseh kongsi pendapat.

    Saya tak skeptikal terhadap bukan Melayu. Ramai juga rakan saya bukan Melayu yg hormat budaya kita.

    Tapi sebagai Melayu Islam, saya kira masyarakat kita perlu mempertahankan hak dalam negara yang kita sayangi ini.

    Jika bukan Melayu rasa mereka sebahagian drp rakyat negara ini, mereka harus terlibat dlm mempertahankan negara; menyertai Wataniah, Polis dan ATM, sebaliknya jumlah bukan Melayu semakin mengecil.

    Tidakkah ia memperlihatkan pola uniracial dalam institusi tersebut?

    Pelbagai kempen dibuat oleh kerajaan, tetapi generasi muda Cina dan India kurang berminat dlm mempertahankan negara..

    ReplyDelete
  15. Oh!jeleknya dgn org-org kristian ini...apa yg ada dlm bible?Bibble ialah KITAB TULISAN MANUSIA yg sejak ribuan tahun dahulu diubah dan diolah dgn sesuka hati utk kepentingan diri sendiri.adakah masihnboleh dikatakan itu sbgai kitab suci?Oh!semoga Allah beri hidayah kpd org kristian...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan