Thursday, December 24, 2009

Cetusan Hati Kendalian Jamal Jamaluddin

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Bagi pendengar SINARFM, nama juruhebah Jamal Jamaluddin tak perlu diperkenalkan lagi. Dia lebih dikenali sebagai JJ, adalah seorang daripada DJ SINARFM yang mempunyai tarikan tersendiri. Rancangan kelolaannya "Cetusan Hati" sangat diminati oleh kumpulan pendengar pelbagai lapisan, sama ada pasangan kekasih, atau suami isteri.

Lazimnya, dalam masyarakat Melayu, kita agak kekok untuk menyatakan kasih sayang kepada pasangan secara terbuka. Sukar untuk mendengar suami menyatakan kasih dan sayangnya kepada sang isteri, sebaliknya ia hanya dizahirkan melalui perbuatan.


Tetapi JJ berjaya mengubah suasana itu. Jika anda tidak pernah mengikuti Cetusan Sinar. Dengarlah, dan sertailah sama. Buat panggilan dan JJ akan mencadangkan anda memberi 'Ganda 23'..

Cetusan Hati akan dihentikan seketika pada pukul 11 malam selama 3 minit, untuk selingan berita bola, termasuk gosip EPL. Pada hemat saya, JJ juga peminat Man U, sebab selalunya dia akan sebut "Manchester Uuuuuuuuuunited.."

JJ, samalah kita.

4 comments:

  1. jarang la pulak saya dengar radio,lebih2 lg sinarfm.abg slalu dgar sinar ke?
    JJ tu bekas murid sekolah lama saya jugak tu...

    ReplyDelete
  2. bro lu memang big fan MU, keep it up

    ReplyDelete
  3. O.. Iqbal, sebenonya saya layan sebab lagu-lagu retro ssesuai dgn org lama macam saya.

    JJ tu skol lama,senior lah? gitu ke citernye...

    Anjang,

    Ko jgn marah erk... Just sonok-sonok je. Hidup tak perlu terlalu serius, nanti cepat 'naik darah'..

    Spurs amcam? Still got a chance? Kakakaka...

    ReplyDelete
  4. owh..jamal waktu dekat era dlu penah dgr masa sekolah2
    best dia tu

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan